Sunday, March 09, 2014

Mencari MH370 : Doa untukmu..


Saat aku mengetuk keyboard menaip post ini, MH370 telah hilang lebih dari 24jam. Namun sehingga saat ini, pesawat ini masih lagi belum dapa dijejaki. Walaupun pelbagai spekulasi mengenainya mula membanjiri dunia tanpa sempadan, tapi aku personally masih mengharapkan agar semua penumpang dan krewnya dalam keadaan selamat.

Apa yang sedang berlaku ini, menimbulkan perasaan sedih pada diri aku sendiri walaupun tidak ada rakan mahupun saudara terdekat yang berada dalam MH370. Namun emphaty terhadap keluarga dan sahabat yang terlibat menyebabkan perasaan yang bercampur baur ini. Cuba letakkan sebentar diri anda pada kedudukan mereka yang terlibat, anak yang menanti ibu/bapanya pulang, isteri/suami yang menunggu pasangannya, ayah/ibu yang menantikan anak anaknya. Aku yakin, anda akan merasai keperitan, keresahan dan kegelisahan mereka.

Jika dilihat di media media sosial, ramai yang optimis dan masih mengharap agar mereka yang terlibat didalam MH370 dalam keadaan selamat. Namun begitu, tidak kurang juga sudah mula menuding jari kepada pihak tertentu yang bagi aku bukanlah masa yang sesuai. Isu ini sudah mula dipolitikkan oleh rakyat malaysia. Bukan kerana aku menyokong mana mana parti politik, tapi bukanlah masanya untuk kita politikkan isu ini. Siasatan akan dibuat tentang puncanya kemudian, tapi yang lebih penting adalah misi mencari MH370 yang hilang kerana selagi ia masih  belum ditemui ini bermaksud jiwa jiwa yang berada di dalamnya masih mempunyai harapan. Teringat aku apa yang berlaku di Lahad Datu, saat perwira negara berjuang, sudah ada yang menuduh itu dan ini. Cubalah untuk bersabar dalam membuat apa apa jua komen dan cuba susun priority dengan lebih teliti dalam menyelesaikan permasalahan. Dalam ke MH370 ini, prioritynya adalah mencari MH370 dan memastikan keadaan jiwa jiwa yang berada didalamnya. Tidak guna kita menuduh sesuatu kerana bahan bukti utama nya masih kekal hilang.

Marilah kita bersama sama berdoa terhadap ilahi agar MH370 ditemui dam mereka yang terlibat berada dalam keadaan yang selamat.

"Ya Allah, Sesungguhnya yang di langit dan di bumi ini adalah milikMu, Apa yang berlaku adalah ketentuanMu, berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga dan penumpang penumpang yang sedang bersedih dan berdukacita. Berikanlah sebarang tanda untuk pesawat ini dan permudahkanlah untuk kami menemuinya. Hanya padaMu kami memohon dan padaMu juala tempat kami meminta pertolongan. Aamiin Ya robbal a'lamin."