Tuesday, March 05, 2013

Lahad Datu : Gendang penyatuan untuk rakyat Malaysia

Insiden yang sedang berlaku di Lahad Datu ketika ini menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran jika dilihat dengan lebih dalam. Namun adalah lebih baik bagi kita untuk tidak menuding jari mencari salah orang lain dalam menangani insiden ini.

Apa yang lebih penting, insiden ini adalah satu ruang  untuk menyeru penyatuan seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa jua fahaman politik yang dipegang. Kita lihat bagaimana Amerika yang menggunakan tragedi 911 utk menyatupadukan rakyatnya.

Kepada parti parti politik yang sibuk menuding jari menyalahkan satu sama lain, berhentilah.. tak kira dari BN mahupun PR.. hentikan menggunakan isu ini untuk meraih sokongan. Mual dan jijik bila melihat anda bertikam lidah menuduh itu dan ini. Kamu umpama 2 beradik yang bertelagah merebut harta pusaka sedangkan bapa kamu masih nazak di hospital.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sama bersatu hati bagi menangani isu ini. Berilah sokongan moral dan apa jua bentuk bantuan yang termampu kepada perwira perwira kita di medan perang. Kita doakan agar isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Berilah kerjasama yang sepatutnya.

Bila isu ini sudah ditangani nanti, barulah kita siasat puncanya, dan perbaiki kelemahan kelemahan yang ada supaya ia tidak berulang. Jika ada pengkhianat atau dalang yang menjadi puncanya, hukumlah mereka dengan hukuman yang setimpal tidak kira sebesar manapun pangkatnya.

Al Fatihah buat perwira perwira kita  yang terkorban dalam insiden ini. Dan iringan doa buat mereka yang sedang bertungkus lumus menangani pencerobohan ini. 

No comments: