Monday, January 02, 2012

Perhimpunan Mahasiswa di UPSI

Seharian aku menunggu berita di ruangan Berita Mutakhir di media media utama seperti Berita Harian dan Utusan tentang perhimpunan mahasiswa yang diadakan di UPSI. Berita harian hanya melaporkan pada jam 8:11 mlm hampir 20 jam selepas kejadian. Nak kata pemberita tak efisyen, berita kat jepun pun cepat pulak ada dalam berita mutakhir. Tak apalah bukan itu yang ingin aku perkatakan di sini, sekadar mukadimah utk difikirkan bersama.

Semalam aku menulis tentang sambutan tahun baru yang tidak ketahuan puncanya beribu ribu manusia menyambutnya dengan meriah. Aku juga tidak salah dengan mengatakan hari ini akan ada berita berita tak baik  yang berlaku, malas nak taip banyak2 salah satunya berita tentang serbuan yang dibuat di satu premis di Sentul.

Dalam beribu ribu malah berpuluh ribu rakyat Malaysia menyambut tahun baru dengan terkinja kinja, ada yang ternganga nganga melihat keindahan bunga api; di sudut lain terdapat segelintir anak anak muda berhimpun dengan ada tujuan dan matlamat yang lebih jelas sekurang kurangnya lebih baik daripada berada dan bersekang mata hanya untuk belajar mengira secara terbalik di tengah malam buta. Tapi yang peliknya yang perhimpunan yang hanya beberapa ratus atau tak sampai seratus itu dan menyatakan tujuan mereka dengan jelas dihalau, dan ada pula yang ditangkap dan terdengar ada pula yang dipukul, wallahualam. Bukan aku menyokong sangat perhimpunan di UPSI tu, tapi kalau dibandingkan ia masih lebih baik daripada berrhimpun untuk menyambut tahun baru yang mereka sendiri tidak tahu atas dasar apakah mereka menyambutnya.

Berdasarkan kenyataan pihak polis yang aku dengar. "Mereka ini bertindak agak agresif, dengan berucap dengan cara yang agresif dan ada yang berbaring dijalan untuk menghalang polis". Kalau aku orang bodoh sekalipun aku tak percaya kenyataan tu, pihak yang buat kenyataan tu anggap rakyat Malaysia ni lagi bodoh dari orang bodoh ka? Cubalah bagi reason yang lebih munasabah sikit takpun lebih baik dari itu, contohnya perbuatan mereka ini boleh menggugat keamanan kerana ia mungkin akan berupaya menghasut orang ramai membenci kerajaan dan mencetuskan seperti suasana di Mesir ,whateva... .. so nampak la best sikit kenyataan camtu. Apapun come on la.. kalau di biar budak budak tu berdemo pun apa masalahnya pun.. dengar dan perhati la.. kalau nampak dia nak runtuhkan bangunan UPSI tu ka ko tangkap la.. alah 100 orang ja pun takdak senjata takkan tu pun x leh nak monitor dendiam. Nanti diorang penat menjerit diorang balik la tak pun singgah kedai mamak minum teh tarik. Yang berpuluh puluh ribu kat stadium tu boleh kawal, ini kan pula seciput je.

Sekali lagi aku tegaskan aku tidak menyebelahi mana mana pihak. Kalau pihak ini buat perkara betul, bagus la.. kalau pihak yang satu lagi buat benda yang baik bagus juga la.. kalau benda x betul dan yang salah yang dilakukan mana mana pihak sekalipun, aku juga takkan menyokongnya.

Kepada yang memegang kuasa, ingatlah.. ada satu kuasa yang lebih dan teramat hebat yang mampu menarik kuasa anda sekelip mata.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau xpihak mana mana kenapa komen mcm berat sbelah . Yang bkumpul ramai2 smbut tahun baru xde timbulkan msalah pape , dorg tgk bunga api , tp yg ni ? bkumpul utk ape ? Bkn nk kate salah utk menyampaikan hasrat dan jgn skali kali menuding jari kearah Polis . Tgk sndiri video phimpunan hari tu ada ke x dorg baring , ade ke x dorg jd aggresif . ape yg dorg ckp .. Polis cume jlnkan tugas bkn senang-senang nk pukul tgkap org . Banyak tatatertib yg perlu polis ambil kire untuk jlnkan tugas. Kalau tsilap langkah polis jugak akan disoal oleh pihak atasan. Sbgai student , mtlamat utama ialah belajar . Semua org ade kerja msing2,ade tugas msing2, cube jd Perdana Menteri skali . sekali je . boleh ke x nk handle 1 Malaysia ni ? Cube tgk kalau mampu . Sama jugak dgn kepakaran lain . Lain org lain tggungjawab nye .Besar tggungjwab nye untk hidup dalam keadaaan aman damai . Peace :)

Ajaque Rahman said...

Terima kasih kerana comment, peace bro..

Aku sebenarnya x pertikaikan soal tugas polis. Ada bbrp point yang aku nak luahkan yang bermain difikiran aku.

Satu tentang pemikiran 2 golongan dlm dua perhimpunan yang berbeza, yang mana pendapat aku perhimpunan yang ramai malam tu adalah satu yang sia sia.. dan yang satu lagi lebih baik. Pendapat aku la..

Kedua, tentang pemberita dalam media media utama negara.(Saya amil Berita harian online sbg cth)ada ruangan berita mutakhir tapi tak melaporkan langsung kejadian. Aku x minta media ini bagi penjelasan cuma laporan tentang ada perkara yang berlaku di sana. Amat memalukan jika kejadian yang dianggap merbahaya kepada negara tidak dilaporkan dengan cepat di dalam media utama.

Ketiga, tentang pihak tertentu yg memberi penjelasan biasanya mengeluarkan kenyataan yang tak munasabah. Bukan isu ni saja. Tapi tak munasabah bagi aku tak semestinya bagi saudara. Aku tengok video perhimpunan tu, memang diaorang berbaring.. so apa yang boleh bahaya sangat dengan perbuatan mereka tu.. Aku terima kalau kenyataan nya spt cth yang aku bagi tu.. atau kenyataan lain yg lebih jelas.

Aku tau tanggungjawab jadi PM memang besar, tapi aku tak setuju tanggungjawab mahasiswa dalah belajar sahaja.. belajar ni semua manusia kena belajar termasuklah PM sendiri. mahasiswa berdemo tu pun mungkin salah satu pembelajaran bagi mereka untuk tempuh kehidupan yang akan datang. PM hari ni bukannya hidup selama lamanya.. Generasi hari ini akan mengambil alih.. jadi kalau lunyai generasi hari ini.. bagaimana mereka nak jadik PM yang tanggungjawabnya besar seperti yang saudara katakan.

Thanks again bro..