Thursday, January 05, 2012

Ekonomi oh Ekonomi

Sedar atau tidak, ekonomi negara kita sedang dalam keadaan menurun. Bukan di negara kita saja malah di seluruh dunia. Alhamdulillah keadaan di negara kita masih ok jika dibandingkan dengan apa yang sedang melanda negara negara eropah. Namun begitu kita tidak patut merasa selesa dengan keadaan ini. Mungkin sebenarnya keadaan ekonomi lebih teruk daripada apa yang kita lihat. Mungkin apa yang kita rasa sekarang ini salah akibat daripada ketidaksampaian maklumat maklumat tertentu yang dipegang oleh mereka yang mempunyai kuasa dan kepentingan. Sebagai contoth, rakyat sudah merasakan yang harga property sekarang amat tinggi. Ramai yang masih tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Bagi aku, keadaan ekonomi seluruh dunia berada dalam keadaan tenat. Sistem ekonomi dunia yang berasaskan riba yang nyata ini adalah punca segala kekalutan. Kenapa? Jika yang bertanya soalan itu muslim, dengan mudahnya aku menjawab. Kerana Allah tidak membenarkan sistem riba, tentu saja apa jua yang tidak diredhai tuhan tidak akan bertahan. Kebenaran akan tetap mengatasi kebathilan.

Sebagai individu sudah tentu kita terasa amat helpless. Kita tidak mampu melakukan apa apa selain menurut sahaja dan terus terlibat dalam noda terbesar pada zaman ini.Mana tidaknya, rupanya ada pendapat mengatakan duit kertas yang kita gunakan setiap hari juga mempunyai permasalahan riba (Ulamak mempunyai khilaf dalam menetapkan bahawa wang kertas ini riba atau pun tidak) Namun begitu, banyak lagi urusan lain terutama dari segi pelaburan mempunyai unsur riba yang nyata.

Dalam persoalan tentang duit yang kita gunakan setiap hari ini, walaupun kita mengambil pendapat ianya tidak riba, tapi bila dilihat secara teliti, terdapat masalah yang besar dalam penggunaan wang kertas sekarang sebagai matawang ini. Tentu saudara semua ingat semasa sekitar tahun 1980-an kanak kanak sekolah hanya perlu membawa lebih kurang 50 sen sebagai perbelanjaan di sekolah.Tapi pada hari kita perlu membekalkan sekurang kurangnya RM 2 untuk perbelanjaan mereka. Jika kita menyimpan RM 2 semasa tahun 1980-an di dalam tabung, pada hari ini nilainya hanya seolah olah kita mempunyai RM0.50 mana pergi lagi RM 1.50 . Cth lain, pada sekitar 1980 an harga seekor kambing lebih kurang RM 250 tapi pada hari ini harganya mencecah RM1000. Jika kita simoan RM 250 pada tahun 1985 kita hanya boleh dapat 1/4 kambing pada hari ini. kemana hilangnya nilai RM 250 itu? Kenapa ini terjadi?

Tahukah saudara, harga 1 gm emas pada sekitar RM 50 ketika zaman itu?, ini bermaksud 5 gm emas boleh di gunakan untuk membeli seekor kambing. Hari ini harga 1 gm emas adalah sekitar RM180,  Jadi kita masih memerlukan lebih kurang 5gm emas untuk membeli seekor kambing. 5gm emas yang kita simpan itu masih sama nilainya. kita masih boleh membeli seekor kambing, walaupun kita simpan 5gm emas tu dibawah bantal. Kenapa nilainya tidak menyusut? kenapa nilai RM menyusut? fikirkan....

Inilah yang dinamakan inflasi mengikut terma ekonomi. Inflasi inilah yang menyebabkan harga kambing tadi meningkat. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan inflasi. Jika dikaji lebih dalam, faktor faktor ini menjurus kepada pelanggaran kepada Sistem Ekonomi Islam yang diajar didalam AlQuran dan Hadith. Penerapan sistem kapitalis dalam ekonomi dunia adalah punca kepada inflasi. Sistem riba(sbhgn dalam sistem ekonomi kapitalis) juga adalah punca kepada berlakunya inflasi, tidak menyandarkan matawang kepada Emas atau Perak menjadi salah satu punca kepada inflasi.

Kesimpulannya, jika kita berada dilandasan yang menuju kehancuran, wilayah kehancuran lah destinasi yang kita akan sampai. Begitu juga sebaliknya kita menggunakan landasan yang menuju kearah kejayaan, wilayah kejayaan lah yang menanti kita di sana. Marilah menuju kejayaan.

No comments: