Monday, January 09, 2012

DS Anwar bebas, Hasan Ali pun bebas

Hari ini mungkin ramai yang terkejut apabila mahkamah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat Saiful. Tidak kurang juga yang bergembira apabila mendengar keputusan mahkamah itu. Aku cuba memberi komen dari 2 sudut berbeza ini.

Di sudut BN, ia adalah satu bonus point kepada mereka. Ini kerana ia setidak tidaknya membersihkan sedikit ketidakpercayaan rakyat  kepada badan kehakiman. Secara tidak langsung dapat membersihkan tuduhan rakyat yang BN menggunakan institusi ini untuk membunuh musuh politiknya.Walaubagaimana pun ada juga yang berada disebelah pihak PR, mereka boleh menyangkal hal ini dengan mengatakan, keputusan membebaskan Anwar ini juga disusun oleh BN yang ingin meraih populariti. Ini dikuatkan lagi dengan hujah keputusan pihak polis membenarkan perhimpunan ada kaitan dengan pembebasan Anwar, iaitu meraih populariti dari situasi yang dicipta sendiri oleh PR.

Populariti PR agak tercalar dengan kuputusan PAS menyingkirkan Dr Hasan Ali. Jika BN terlibat dalam perancangan ini, ia adalah satu tindakan yang strategis oleh politikus dalam BN. Kenapa bagi aku ia mencalarkan kredibiliti PR terutamanya PAS? Ini kerana sejak sekian lama PAS memperjuangkan penubuhan negara Islam tapi bila ahlinya bersuara untuk meneruskan perjuangan itu dengan lantang, beliau disingkirkan, walaupun sebenarnya bagi aku dia disingkirkan bukan kerana keinginannya untuk meneruskan perjuangan menegakkan Negara Islam, tapi itulah yang pandangan orang ramai tentang insiden penyingkiran ini.

Walau apa pun kisah kedua dua isu terhangat ini, aku masih yakin apa yang berlaku didepan mata ini langsung tidak menjanjikan apa apa. Penyokong dari kedua-dua pihak seolah olah terus khayal dengan isu isu pertelingkahan antara 3 parti terbesar orang Islam-Melayu ini. Pemimpin pemimpin seolah olah sengaja membiarkan keadaan ini terus berlaku. Tidak ada yang betul betul ingin mengukuhkan ikatan antara orang Islam di negara ini. Adakah ini sengaja dibiarkan atas arahan pihak "tertentu"? Atau terlalu asyik untuk menjarah hasil kekayaan bumi bertuah ini? Apapun aku yakin ada pihak yang sedang tersenyum dan ada juga yang tertawa melihat keadaan umat Islam-melayu di Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia  khususnya umat islam dan yang bukan Islam amnya, lihat lah sekeliling anda, berfikirlah dengan lebih luas, kerana hari yang dijanjikan, pasti akan tiba jua.

Wallahualam.

No comments: