Tuesday, January 03, 2012

901 : Fikir dulu..

901, itulah kempen terbaru yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim dan PR. Pihak yang satu lagi (BN dan penyokongnya) pula berusaha supaya kempen itu dihentikan. Inilah yang sering berlaku di negara yang kita sayangi ini, dan sebenarnya jika dilihat dengan lebih luas, inilah yang sering berlaku di seluruh dunia.

Dalam post aku yang lepas, ada pembaca berpendapat aku lebih berat kepada pembangkang. Sebenarnya aku berat kepada yang lebih baik mengikut persepsi aku. Tak semestinya persepsi aku itu benar kerana aku juga seoarang hamba allah yang lemah. Apapun aku ingin menyatakan pendirian aku yang aku tetap menganggap berhimpun menyambut Tahun Baru itu satu perbuatan yang teramat sia sia, manakala perhimpunan di UPSI lebih baik sedikit, sebab mereka jelas mempunyai hala tuju, tapi sama ada hala tuju atau pendirian mereka itu benar atau tidak, itu adalah persoalan lain.

Berbalik kepada kempen 901 yang cuba dirancang buat masa ini, jom kita lihat daripada atas (Orang putih kata, Helicopter View). Bayangkan anda seorang pembikin filem. Anda ingin membuat filem yang boleh mengaut keuntungan yang besar. Sekarang anda ada 2 pelakon hebat. Apa perlu anda buat?

A) Jadikan kedua dua pelakon itu hero, dan buat cerita tentang bagaimana 2 hero ini mengusahakan ladang cili sehingga berjaya
B) Jadikan seorang daripadanya orang jahat dan seoarang lagi orang baik. kemudian fokuskan conflict antara kedua mereka.

Saya yakin, anda akan memilih B, supaya ceritanya lebih menarik. Selain daripada menarik anda akan dapat grab kedua dua jenis penonton, yang suka orang jahat dan juga yang suka orang baik. Anda juga akan dapat review percuma dari peminat peminat dari kedua kedua pelakon utama ini. Yang pastinya cerita anda akan mengaut lebih KEUNTUNGAN dengan memilih plot B.

Konfius? Apa kena mengena kisah bikin filem dengan kempen 901? Hintnya adalah KEUNTUNGAN. Dalam sesuatu filem, tak kira pelakon itu jahat atau baik, dia kalah atau menang dia tetap mendapat bayaran yang lebih kurang sama nilainya. Tapi siapakah yang akan untung berlipat kali ganda kalau movie itu berjaya? Tentu pembikin filem tersebut. Siapa yang sentiasa rugi? Penonton dan peminat la kan, kena bayar tiket untuk menonton.

Persoalan yang perlu difikirkan dan dijawab sekarang ini, siapakah "Pembikin Filem" tersebut? Dan dalam bentuk "Keuntungan" apakah yang bakal dimiliki oleh "Pembikin Filem" ini.

Rajin rajinlah membaca dan melihat sekeliling kita, agar kita tidak terus menerus dikudakan. Bukalah mata hati kita, kerana mata hati saja yang dapat menilai sesuatu kebenaran. Seperti firman Allah di penghujung ayat 42, dalam surah Al Haj :

"Kerana sesungguhnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada".

Wallahualam.

No comments: