Monday, March 05, 2012

Antara Israel dan Malaysia, kita jatuh tangga..

Sejak anwar ibrahim mengeluarkan kenyataannya mengenai keselamatan israel, setiap hari ulasan ulasan mengenainya keluar di media media mengecamnya, sehinggalah hari ini Tun M juga diseret kedalam isu ini. Sebenarnya sedar atau tak, sememangnya negara ini sudah lama hubungan dengan israel tapi secara tidak langsung. Walaupun secara tidak langsung ia menang memberi impak kepada kedudukan negara kita diatas muka bumi ini. Aku bukan nak heret isu ini kearah teori konspirasi tapi itulah yang berlaku. "TRUTH IS HURT". Kalau benar bencikan israel, kita juga perlu menutup hubungan kita dengan amerika dan uk yang juga adalah sekutu kuat israel, penyembelih umat islam dunia.


Jadi apa kejadahnya kita nak melompat bila tiba2 isu israel ini timbul? Apa kata kita fokus apa yg membuat mereka mereka ini amat memerlukan israel dan sekutunya amerika. Sedar atau tak isu ini dibangkitkan hanya untuk politik hampeh kedua dua pihak. Perhati dengan teliti kedua dua pihak yang respon kepada isu ini memang jelas hanya untung kepentingan politik atau periuk nasi masing2. Si anwar mungkin buat statement tu nak menunjukkan kepada dunia yang dia lah pemimpin terbaik utk malaysia. Untuk membodek sekutu kutu israel memberi bantuan kewangan apabila memerlukannya kelak. Geng geng BN pula membalas kononnya sayangkan palestin tapi sebenarnya cuma bertujuan menempelak musuh politik mereka dan berharap pengundi beralih kepada mereka.


Kalau benar lah palestin yang puak puak ni bela, lupakan perbezaan politik dan plan sama sama cam na nak bantu palestin atau nak musnahkan israel. Takkan buatnya kan? So tak payah lah berkobar sangat. Bunag masa dan menjelekkan ja. Tanggungjawab kat negara sendiri pun masih kucar kacir pastu nak tunjuk hero bela orang lain. Yg puak nak sokong israel ni plak satu hal, sibuk dengan orang lain sedangkan keselamatan negara yang kamu duduk ni pun masih tak ketentuan halanya.


Tak ada ke sekumpulan manusia yang teringin sgt memerintah Malaysia ini mempunyai yangbenar2 ikhlas nak memajukan negara dan membela agama Allah di muka bumi ini? Dulu Mmg takdak pilihan, lepas dia.. dia gak yg perintah.. bila di beri alternatif pun sama ja 2 x 5. Nampaknya tak lama lagi negara ni nak jadi cam negara negara arab, macam bom jangka ja..kalau BN menang.. slow sket... kalau PR menang .. maybe cepat sket rakyat rakyat sedar dari tidur yang lena...


Bangun lah dari tidur dibuai mimpi yang indah itu


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 10, 2012

Tentang Bulan

Jika anda berminat mengikuti artikel mengenai Teori Konspirasi, Sila ikuti link di bawah. Semoga ia dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan.

http://re-matrix.blogspot.com/p/tentang-bulan.html

Monday, January 09, 2012

DS Anwar bebas, Hasan Ali pun bebas

Hari ini mungkin ramai yang terkejut apabila mahkamah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat Saiful. Tidak kurang juga yang bergembira apabila mendengar keputusan mahkamah itu. Aku cuba memberi komen dari 2 sudut berbeza ini.

Di sudut BN, ia adalah satu bonus point kepada mereka. Ini kerana ia setidak tidaknya membersihkan sedikit ketidakpercayaan rakyat  kepada badan kehakiman. Secara tidak langsung dapat membersihkan tuduhan rakyat yang BN menggunakan institusi ini untuk membunuh musuh politiknya.Walaubagaimana pun ada juga yang berada disebelah pihak PR, mereka boleh menyangkal hal ini dengan mengatakan, keputusan membebaskan Anwar ini juga disusun oleh BN yang ingin meraih populariti. Ini dikuatkan lagi dengan hujah keputusan pihak polis membenarkan perhimpunan ada kaitan dengan pembebasan Anwar, iaitu meraih populariti dari situasi yang dicipta sendiri oleh PR.

Populariti PR agak tercalar dengan kuputusan PAS menyingkirkan Dr Hasan Ali. Jika BN terlibat dalam perancangan ini, ia adalah satu tindakan yang strategis oleh politikus dalam BN. Kenapa bagi aku ia mencalarkan kredibiliti PR terutamanya PAS? Ini kerana sejak sekian lama PAS memperjuangkan penubuhan negara Islam tapi bila ahlinya bersuara untuk meneruskan perjuangan itu dengan lantang, beliau disingkirkan, walaupun sebenarnya bagi aku dia disingkirkan bukan kerana keinginannya untuk meneruskan perjuangan menegakkan Negara Islam, tapi itulah yang pandangan orang ramai tentang insiden penyingkiran ini.

Walau apa pun kisah kedua dua isu terhangat ini, aku masih yakin apa yang berlaku didepan mata ini langsung tidak menjanjikan apa apa. Penyokong dari kedua-dua pihak seolah olah terus khayal dengan isu isu pertelingkahan antara 3 parti terbesar orang Islam-Melayu ini. Pemimpin pemimpin seolah olah sengaja membiarkan keadaan ini terus berlaku. Tidak ada yang betul betul ingin mengukuhkan ikatan antara orang Islam di negara ini. Adakah ini sengaja dibiarkan atas arahan pihak "tertentu"? Atau terlalu asyik untuk menjarah hasil kekayaan bumi bertuah ini? Apapun aku yakin ada pihak yang sedang tersenyum dan ada juga yang tertawa melihat keadaan umat Islam-melayu di Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia  khususnya umat islam dan yang bukan Islam amnya, lihat lah sekeliling anda, berfikirlah dengan lebih luas, kerana hari yang dijanjikan, pasti akan tiba jua.

Wallahualam.

Saturday, January 07, 2012

Perhimpunan "halal" 901 diberi permit

Nampaknya polis bertindak agak bijak dengan memberi permit bersyarat kepada penganjur perhimpunan ini. Mungkin agak sukar bagi pihak penganjur untuk 100% tidak melanggar syarat syarat yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh mereka.

Pada aku, tindakan pihak polis ini sedikit sebanyak menaikkan reputasi mereka. Secara psikologi, manusia amat gemar kepada perkara perkara yang dilarang. Bila pihak polis kata.."Jangan menghadiri perhimpunan.." menyebabkan golongan yang semenangnya suka buat benda yang dilarang ini akan bersemangat untuk hadir. Secara tidak langsung tindakan memberi permit ini mungkin akan mengurangkan bilangan mereka yang akan hadir.

Dalam masa yang sama, ada tekanan daripada pihak penganjur. Ini kerana bilangan orang yang hadir nanti akan menjadi ukuran sebenar tahap sokongan rakyat terhadap mereka. Apapun mereka semestinya sudah menyediakan jawapan jika bilangan penyokong yang hadir nanti tidak sebanyak yang mereka jangkakan.

Syabas kepada pihak polis atas keputusan bijak ini, dan good luck kepada penganjur.

Thursday, January 05, 2012

Ekonomi oh Ekonomi

Sedar atau tidak, ekonomi negara kita sedang dalam keadaan menurun. Bukan di negara kita saja malah di seluruh dunia. Alhamdulillah keadaan di negara kita masih ok jika dibandingkan dengan apa yang sedang melanda negara negara eropah. Namun begitu kita tidak patut merasa selesa dengan keadaan ini. Mungkin sebenarnya keadaan ekonomi lebih teruk daripada apa yang kita lihat. Mungkin apa yang kita rasa sekarang ini salah akibat daripada ketidaksampaian maklumat maklumat tertentu yang dipegang oleh mereka yang mempunyai kuasa dan kepentingan. Sebagai contoth, rakyat sudah merasakan yang harga property sekarang amat tinggi. Ramai yang masih tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Bagi aku, keadaan ekonomi seluruh dunia berada dalam keadaan tenat. Sistem ekonomi dunia yang berasaskan riba yang nyata ini adalah punca segala kekalutan. Kenapa? Jika yang bertanya soalan itu muslim, dengan mudahnya aku menjawab. Kerana Allah tidak membenarkan sistem riba, tentu saja apa jua yang tidak diredhai tuhan tidak akan bertahan. Kebenaran akan tetap mengatasi kebathilan.

Sebagai individu sudah tentu kita terasa amat helpless. Kita tidak mampu melakukan apa apa selain menurut sahaja dan terus terlibat dalam noda terbesar pada zaman ini.Mana tidaknya, rupanya ada pendapat mengatakan duit kertas yang kita gunakan setiap hari juga mempunyai permasalahan riba (Ulamak mempunyai khilaf dalam menetapkan bahawa wang kertas ini riba atau pun tidak) Namun begitu, banyak lagi urusan lain terutama dari segi pelaburan mempunyai unsur riba yang nyata.

Dalam persoalan tentang duit yang kita gunakan setiap hari ini, walaupun kita mengambil pendapat ianya tidak riba, tapi bila dilihat secara teliti, terdapat masalah yang besar dalam penggunaan wang kertas sekarang sebagai matawang ini. Tentu saudara semua ingat semasa sekitar tahun 1980-an kanak kanak sekolah hanya perlu membawa lebih kurang 50 sen sebagai perbelanjaan di sekolah.Tapi pada hari kita perlu membekalkan sekurang kurangnya RM 2 untuk perbelanjaan mereka. Jika kita menyimpan RM 2 semasa tahun 1980-an di dalam tabung, pada hari ini nilainya hanya seolah olah kita mempunyai RM0.50 mana pergi lagi RM 1.50 . Cth lain, pada sekitar 1980 an harga seekor kambing lebih kurang RM 250 tapi pada hari ini harganya mencecah RM1000. Jika kita simoan RM 250 pada tahun 1985 kita hanya boleh dapat 1/4 kambing pada hari ini. kemana hilangnya nilai RM 250 itu? Kenapa ini terjadi?

Tahukah saudara, harga 1 gm emas pada sekitar RM 50 ketika zaman itu?, ini bermaksud 5 gm emas boleh di gunakan untuk membeli seekor kambing. Hari ini harga 1 gm emas adalah sekitar RM180,  Jadi kita masih memerlukan lebih kurang 5gm emas untuk membeli seekor kambing. 5gm emas yang kita simpan itu masih sama nilainya. kita masih boleh membeli seekor kambing, walaupun kita simpan 5gm emas tu dibawah bantal. Kenapa nilainya tidak menyusut? kenapa nilai RM menyusut? fikirkan....

Inilah yang dinamakan inflasi mengikut terma ekonomi. Inflasi inilah yang menyebabkan harga kambing tadi meningkat. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan inflasi. Jika dikaji lebih dalam, faktor faktor ini menjurus kepada pelanggaran kepada Sistem Ekonomi Islam yang diajar didalam AlQuran dan Hadith. Penerapan sistem kapitalis dalam ekonomi dunia adalah punca kepada inflasi. Sistem riba(sbhgn dalam sistem ekonomi kapitalis) juga adalah punca kepada berlakunya inflasi, tidak menyandarkan matawang kepada Emas atau Perak menjadi salah satu punca kepada inflasi.

Kesimpulannya, jika kita berada dilandasan yang menuju kehancuran, wilayah kehancuran lah destinasi yang kita akan sampai. Begitu juga sebaliknya kita menggunakan landasan yang menuju kearah kejayaan, wilayah kejayaan lah yang menanti kita di sana. Marilah menuju kejayaan.

Tuesday, January 03, 2012

901 : Fikir dulu..

901, itulah kempen terbaru yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim dan PR. Pihak yang satu lagi (BN dan penyokongnya) pula berusaha supaya kempen itu dihentikan. Inilah yang sering berlaku di negara yang kita sayangi ini, dan sebenarnya jika dilihat dengan lebih luas, inilah yang sering berlaku di seluruh dunia.

Dalam post aku yang lepas, ada pembaca berpendapat aku lebih berat kepada pembangkang. Sebenarnya aku berat kepada yang lebih baik mengikut persepsi aku. Tak semestinya persepsi aku itu benar kerana aku juga seoarang hamba allah yang lemah. Apapun aku ingin menyatakan pendirian aku yang aku tetap menganggap berhimpun menyambut Tahun Baru itu satu perbuatan yang teramat sia sia, manakala perhimpunan di UPSI lebih baik sedikit, sebab mereka jelas mempunyai hala tuju, tapi sama ada hala tuju atau pendirian mereka itu benar atau tidak, itu adalah persoalan lain.

Berbalik kepada kempen 901 yang cuba dirancang buat masa ini, jom kita lihat daripada atas (Orang putih kata, Helicopter View). Bayangkan anda seorang pembikin filem. Anda ingin membuat filem yang boleh mengaut keuntungan yang besar. Sekarang anda ada 2 pelakon hebat. Apa perlu anda buat?

A) Jadikan kedua dua pelakon itu hero, dan buat cerita tentang bagaimana 2 hero ini mengusahakan ladang cili sehingga berjaya
B) Jadikan seorang daripadanya orang jahat dan seoarang lagi orang baik. kemudian fokuskan conflict antara kedua mereka.

Saya yakin, anda akan memilih B, supaya ceritanya lebih menarik. Selain daripada menarik anda akan dapat grab kedua dua jenis penonton, yang suka orang jahat dan juga yang suka orang baik. Anda juga akan dapat review percuma dari peminat peminat dari kedua kedua pelakon utama ini. Yang pastinya cerita anda akan mengaut lebih KEUNTUNGAN dengan memilih plot B.

Konfius? Apa kena mengena kisah bikin filem dengan kempen 901? Hintnya adalah KEUNTUNGAN. Dalam sesuatu filem, tak kira pelakon itu jahat atau baik, dia kalah atau menang dia tetap mendapat bayaran yang lebih kurang sama nilainya. Tapi siapakah yang akan untung berlipat kali ganda kalau movie itu berjaya? Tentu pembikin filem tersebut. Siapa yang sentiasa rugi? Penonton dan peminat la kan, kena bayar tiket untuk menonton.

Persoalan yang perlu difikirkan dan dijawab sekarang ini, siapakah "Pembikin Filem" tersebut? Dan dalam bentuk "Keuntungan" apakah yang bakal dimiliki oleh "Pembikin Filem" ini.

Rajin rajinlah membaca dan melihat sekeliling kita, agar kita tidak terus menerus dikudakan. Bukalah mata hati kita, kerana mata hati saja yang dapat menilai sesuatu kebenaran. Seperti firman Allah di penghujung ayat 42, dalam surah Al Haj :

"Kerana sesungguhnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada".

Wallahualam.

Monday, January 02, 2012

Perhimpunan Mahasiswa di UPSI

Seharian aku menunggu berita di ruangan Berita Mutakhir di media media utama seperti Berita Harian dan Utusan tentang perhimpunan mahasiswa yang diadakan di UPSI. Berita harian hanya melaporkan pada jam 8:11 mlm hampir 20 jam selepas kejadian. Nak kata pemberita tak efisyen, berita kat jepun pun cepat pulak ada dalam berita mutakhir. Tak apalah bukan itu yang ingin aku perkatakan di sini, sekadar mukadimah utk difikirkan bersama.

Semalam aku menulis tentang sambutan tahun baru yang tidak ketahuan puncanya beribu ribu manusia menyambutnya dengan meriah. Aku juga tidak salah dengan mengatakan hari ini akan ada berita berita tak baik  yang berlaku, malas nak taip banyak2 salah satunya berita tentang serbuan yang dibuat di satu premis di Sentul.

Dalam beribu ribu malah berpuluh ribu rakyat Malaysia menyambut tahun baru dengan terkinja kinja, ada yang ternganga nganga melihat keindahan bunga api; di sudut lain terdapat segelintir anak anak muda berhimpun dengan ada tujuan dan matlamat yang lebih jelas sekurang kurangnya lebih baik daripada berada dan bersekang mata hanya untuk belajar mengira secara terbalik di tengah malam buta. Tapi yang peliknya yang perhimpunan yang hanya beberapa ratus atau tak sampai seratus itu dan menyatakan tujuan mereka dengan jelas dihalau, dan ada pula yang ditangkap dan terdengar ada pula yang dipukul, wallahualam. Bukan aku menyokong sangat perhimpunan di UPSI tu, tapi kalau dibandingkan ia masih lebih baik daripada berrhimpun untuk menyambut tahun baru yang mereka sendiri tidak tahu atas dasar apakah mereka menyambutnya.

Berdasarkan kenyataan pihak polis yang aku dengar. "Mereka ini bertindak agak agresif, dengan berucap dengan cara yang agresif dan ada yang berbaring dijalan untuk menghalang polis". Kalau aku orang bodoh sekalipun aku tak percaya kenyataan tu, pihak yang buat kenyataan tu anggap rakyat Malaysia ni lagi bodoh dari orang bodoh ka? Cubalah bagi reason yang lebih munasabah sikit takpun lebih baik dari itu, contohnya perbuatan mereka ini boleh menggugat keamanan kerana ia mungkin akan berupaya menghasut orang ramai membenci kerajaan dan mencetuskan seperti suasana di Mesir ,whateva... .. so nampak la best sikit kenyataan camtu. Apapun come on la.. kalau di biar budak budak tu berdemo pun apa masalahnya pun.. dengar dan perhati la.. kalau nampak dia nak runtuhkan bangunan UPSI tu ka ko tangkap la.. alah 100 orang ja pun takdak senjata takkan tu pun x leh nak monitor dendiam. Nanti diorang penat menjerit diorang balik la tak pun singgah kedai mamak minum teh tarik. Yang berpuluh puluh ribu kat stadium tu boleh kawal, ini kan pula seciput je.

Sekali lagi aku tegaskan aku tidak menyebelahi mana mana pihak. Kalau pihak ini buat perkara betul, bagus la.. kalau pihak yang satu lagi buat benda yang baik bagus juga la.. kalau benda x betul dan yang salah yang dilakukan mana mana pihak sekalipun, aku juga takkan menyokongnya.

Kepada yang memegang kuasa, ingatlah.. ada satu kuasa yang lebih dan teramat hebat yang mampu menarik kuasa anda sekelip mata.

Sunday, January 01, 2012

Happy New Year??

Saban tahun kita lihat seluruh dunia menyambut tahun baru dengan meriah. Dan saban tahun juga aku berfikir apa sebenarnya yang semua orang rayakan? Entahlah maybe masing2 ada reason reason tertentu, Tapi bagi aku 1hb Januari tak ada apa apa yang lain pun, lain lah kalau dia kawin pada 1 Jan so aku boleh faham lah kenapa dia celebrate atau dia menang nombor ekor semalam atau ada apa apa lah yang melibatkan diri masing masing. Yang peliknya sambutan tu tak melibatkan siapa atau pun sesuatu perkara yang patut di sambut meriah sehinggakan beribu ribu ringgit malah boleh mencapai jutaan ringgit(Seluruh dunia) dibelanjakan pada 1 hb Jan hanya dengan membakar bunga api.

Kalau kita tengok di TV pula, berita berita tentang sambutan tahun baru ini seolah olah ia sesuatu perayaan yang penting. Pemimpin pemimpin kerajaan pun sanggup bersekang mata hanya untuk countdown 10 saat terakhir.

Pakcik, makcik.. datuk nenek ..ibu ibu..bapa bapa.. adik abang .. adik kakak.. sanggup meredah kesesakan demi untuk menyambut kedatangan tahun baru sedangkan bila menempuh kesesakan untuk pergi ke pejabat atau pulang ke kampung tentu sumpah seranah akan keluar dari mulut. Pelik ..pelik..

Dan seperti biasa keesokan harinya kita akan dengar berita berita tentang orang mabuklah, kena tangkap basah lah.. parti liar lah dan macam macam lagi cerita negatif akibat dari sambutan tahun baru ini. Padahal hari sebelumnya media media juga yang siap menyeru lagi supaya orang ramai  keluar menyambut tahun baru di tempat tempat sambutan yang semestinya diluluskan oleh pihak berkuasa. Dan selepas setahun, perkara yang sama juga yang akan berulang. Pelik.. pelik..

Tahukah anda.. pada 1 hb Januari setiap tahun, matahari yg sama juga terbit dari sebelah timur, bulan yg sama jugak yang muncul di kala malam, langit yg sama jugak yang memayungi bumi...ia hanyalah hari hari yang biasa.. ia hanyalah persoalan masa dan waktu. Dan ingatlah kita hanya diberikan 5 masa ; Masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa senang sebelum susah, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum didatangi ajal.

Wallahualam

Aku nak share satu video dari youtube. Dalam beratus ratus video yang di upload di youtube mengenai New Year, yang ni menarik perhatian aku, mungkin sebab kecomelan dia, kalau tak pun, sebab pelat dia..