Thursday, September 18, 2008

16 September..

Setiap tahun kita hampir lupa dengan tarikh ini. Tarikh yang tidak kurang penting dalam sejarah Malaysia. Pada tarikh tersebutlah, pada tahun 1963, Malaysia ditubuhkan. Tapi pada tahun ini tarikh ini diingat semula, Anwar Ibrahim memilih tarikh ini untuk cuma mengambil alih pemerintahan Malaysia.

Pada tahun ini sekitar tarikh tersebut, Malaysia sedang menghadapi satu krisis kepimpinan yang nyata. Di sebelah pihak amat yakin sudah mempunyai cukup ahli untuk memerintah Malaysia. Di sebelah lagi pula, dengan yakin mempertahankan yang Malaysia akan terus diperintah oleh puak ini. Di sebelah pihak dengan lantang mendedahkan kepincangan, sebelah pihak lagi dengan angkuh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Rakyat malaysia kebanyakannya ingin melihat scenario ini berakhir secepat mungkin. Berakhir dengan kesan positif pada kehidupan seharian mereka. Tidak kira siapa yang menang, tapi yang penting kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Namun hakikatnya, Tidak ada yang lebih baik daripada penerapan Islam secara total, bukan sekadar diterapkan pada hari hari tertentu (had-hari) atau pada maslahat tertentu. Sebagai muslim, terutama pemimpin yang mengaku dirinya muslim, sepatutnya terus berusaha untuk membetulkan landasan ini agar tidak diazab di hari pembalasan kelak.

5 comments:

EmahTimah said...

umno dulu, kini dan selamanya..

K-E said...

Bro..

Any updates?

Anonymous said...

Kita boleh berangan atau boleh berharap tapi angan dan harapan tidak akan jadi kenyataan tanpa izin dari Allah.
Kalau Allah tak izinkan buatlah apa jua tak akan menjadi kenyataan....

Maunah said...

Islam sahaja Lah DULU KINI DAN SELAMANYA kekal tidak berubah seperti yang dibawa oleh rasul SAW dan para sahabat.

ALLAH tidak mengubah nasib hambanya sekiranya hambanya tidak mahu mengubahnya. IzinNya adalah urusan Nya tiada siapa yang Ketahui. Berangan dan berharap tanpa usaha adalah martabat YAKIN kepada ALLAH dan janji janjiNya diadalam Al-Quran.

Kannan said...

Good blog.