Wednesday, August 27, 2008

Antara harapan dan angan angan.

Pilihanraya kecil P44 Parlimen Pematang Pauh telah selesai. Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 15671. Keputusan yang sememangnya dijangka oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Pelbagai perkara dapat diulas berdasarkan keputusan ini.

Jika kita imbas kembali sehari sebelum pilihanraya. Media media massa yang berpihak kepada kerajaan menyatakan keyakinan BN untuk menewaskan Anwar di P44. Inilah propoganda BN. Ia menunjukkan bahawa BN menggunakan cara menipu bagi meraih pengundi2 atas pagar. Namun malangnya ia meleset. Rakyat kini bukan rakya yang hanya boleh diperbodohkan dengan propoganda yang tidak berasas.

Di pihak Anwar pula, beliau mengeksploitasi tarikh "16 Sept" bagi mendapatkan sokongan. Walaupun harapan yang diberikan ini nampak samar, namun ia tetap satu harapan. Sedangkan BN hanya menyajikan angan angan kosong dan cuba bemain sentimen moral sedangkan dikalangan mereka juga mempunyai masalah yang sama. Jika cara jentera BN terus terusan menggunakan kaedah ini, nescaya kalau 16 Sept tidak menjadi kenyataan, hampir pasti BN akan meratap dalam PRU berikutnya.

Persoalan yang harus difikir oleh rakyat Malaysia mengenai perkembangan ini ialah, jika Anwar dapat menjejakkkan kakinya di Putrajaya, adakah perubahan ini akan memberi satu impaks yang positif? Apakah syariat Islam akan akan bersinar di bumi ini? Adakah akhirnya golongan kapitalis yang akan terus mendapat ruyungnya? Kita perlu ingat, kejayaan sesuatu individu, kaum dan negara bukanah dinilai dari segi meterialnya, ia diukur betapa kita menurut apa saja suruhan yang Maha Pencipta dan menjauhi apa jua laranganNya. Kalau negara kita kaya dengan pendapatan riba, ia bukanlah satu kejayaan. Jika Negara kita kaya kerana mengambil sesuatu yang bukan haknya ia bukanlah satu kejayaan. Jika negara kita aman kerana kita mengamalkan pluralisme dalam beragama, ia bukanlah satu kejayaan. Selagi kehidupan dan kerohanian masih dipisahkan, selagi itulah ia menjadi kegagalan kepada kita semua.

Wallahualam

2 comments:

Anonymous said...

Bosan nyer web ko.. tak banyak faedah leh dapat.. ko terlalu banyak berfikir macam mat jenin... biar la sape menang sape kalah...

jika salah kita tentang habis-habisan... jgn cepat melatah... guna akal untuk tewas kan musuh...

Ajaque said...

Terimakasih saudara tak bernama. Siapa musuh saudara? Sudahkah saudara mengenal musuh saudara? Guna akal untuk mengenal musuh. Baru boleh guna akal untuk tewaskan musuh.