Friday, August 29, 2008

Merdekakah kita?

31 hb Ogos ini, rakyat malaysia akan menyambut sambutan Hari Kemerdekaan ke-51. Namun persoalannya adakah kita benar benar "Merdeka"? Atau kita sebenarnya masih dibelenggu oleh satu sistem yang hanya menampakkan kita sebagai seorang yang merdeka di permukaan.

Adakah kemerdekaan hanya satu perayaan yang diraikan dengan mengibarkan bendera dan berarak di dataran Merdeka? Sudah tentu jawapannya tidak. Apakah pengertian Merdeka itu sebenarnya? Ada yang memberi jawapan; Merdeka itu kita bebas dari penjajahan. Apakah pula makna penjajahan? Adakah penjajahan itu hanya dengan hadirnya secara fizikal negara asing ke dalam sempadan negara kita?

Pada pendapat saya, jika Malaysia menafsir negara ini sebagai Negara Islam, tidak boleh dikatakan negara ini merdeka, selagi kita tidak dapat mengimplimentasi syariat Islam dalam negara kita. Sebagai sebuah negara yang sekular sekali pun, kita masih tidak merdeka kerana kebanyakan rakyat dan pemerintah, masih terikat atau terjajah minda dan idealogi. Keputusan keputusan atau dasar dasar kerajaan masih terikat dengan idealogi idealogi penjajah. Ekonomi negara juga masih terjajah dengan negara lain. Sebagai contoh, kejatuhan nilai dollar US boleh menggugat ekonomi negara ini.

Apa juga pendapat kita tentang merdeka, marilah sama sama kita berusaha memerdekakan pemikiran kita dan seterusnya memerdekakan masyarakat disekeliling kita dan memerdekakan negara kita dalam erti kata merdeka yang sebenar.

Wednesday, August 27, 2008

Antara harapan dan angan angan.

Pilihanraya kecil P44 Parlimen Pematang Pauh telah selesai. Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 15671. Keputusan yang sememangnya dijangka oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Pelbagai perkara dapat diulas berdasarkan keputusan ini.

Jika kita imbas kembali sehari sebelum pilihanraya. Media media massa yang berpihak kepada kerajaan menyatakan keyakinan BN untuk menewaskan Anwar di P44. Inilah propoganda BN. Ia menunjukkan bahawa BN menggunakan cara menipu bagi meraih pengundi2 atas pagar. Namun malangnya ia meleset. Rakyat kini bukan rakya yang hanya boleh diperbodohkan dengan propoganda yang tidak berasas.

Di pihak Anwar pula, beliau mengeksploitasi tarikh "16 Sept" bagi mendapatkan sokongan. Walaupun harapan yang diberikan ini nampak samar, namun ia tetap satu harapan. Sedangkan BN hanya menyajikan angan angan kosong dan cuba bemain sentimen moral sedangkan dikalangan mereka juga mempunyai masalah yang sama. Jika cara jentera BN terus terusan menggunakan kaedah ini, nescaya kalau 16 Sept tidak menjadi kenyataan, hampir pasti BN akan meratap dalam PRU berikutnya.

Persoalan yang harus difikir oleh rakyat Malaysia mengenai perkembangan ini ialah, jika Anwar dapat menjejakkkan kakinya di Putrajaya, adakah perubahan ini akan memberi satu impaks yang positif? Apakah syariat Islam akan akan bersinar di bumi ini? Adakah akhirnya golongan kapitalis yang akan terus mendapat ruyungnya? Kita perlu ingat, kejayaan sesuatu individu, kaum dan negara bukanah dinilai dari segi meterialnya, ia diukur betapa kita menurut apa saja suruhan yang Maha Pencipta dan menjauhi apa jua laranganNya. Kalau negara kita kaya dengan pendapatan riba, ia bukanlah satu kejayaan. Jika Negara kita kaya kerana mengambil sesuatu yang bukan haknya ia bukanlah satu kejayaan. Jika negara kita aman kerana kita mengamalkan pluralisme dalam beragama, ia bukanlah satu kejayaan. Selagi kehidupan dan kerohanian masih dipisahkan, selagi itulah ia menjadi kegagalan kepada kita semua.

Wallahualam

Monday, August 25, 2008

Sumpah laknat

"Wallahi - Wabillahi - Watallahi"
Inilah lafaz pembukaan bagi sumpah seorang muslim. Semoga orang yang dengan berani melafazkan perkataan ini sedar, ia bukan perkara yang boleh dipermainkan. Kita sebagai umat Islam yang memahami hal ini perlua sedar, kita jangan lagi mempertikaikan orang yang melakukan sumpah ini. Kita tidak harus menilai sama ada benar atau tidak sumpahnya, kerana sebaik sahaja ia melafazkan sumpah itu maka urusan ya atau tidak itu adalah antara yang bersumpah dengan Allah SWT. Kita juga tidak berhak untuk mengatakan orang yang tidak bersumpah itu sebagai takut kerana salah. Ini kerana melakukan sumpah ini bukan antara kita manusia, ini antara si pelaku dengan Allah SWT. Ini kerana apabila orang kedua itu bersumpah. adakah kita akan kata dia juga dipihak yang benar? Jadi siapa yang benar? Jawapannya ialah Allah SWT yang lebih mengetahui.

Aku amat berharap agar ulama' ulama' bangkit dan menyedarkan umat tentang isu sumpah ini. Takut nanti ia menjadi mainan mulut mulut manusia munafik. Aku yang agak jahil dalam hal ini pun merasakan ada yang tak kena dengan lafaz sumpah ini. Adakah ia berlandaskan syarak. Kalau ya, apa nasnya? Bagaimana pula caranya? Apakah syarat syarat seseorang itu kena bersumpah? Mana yang lebih didahulukan.. pengadilan di mahkamah.. atau sumpah dulu?

Semoga ulama' 2 response perkara ini secepat mungkin, supaya kesucian Islam tidak diperjudikan oleh manusia2 munafik di satu hari nanti.

Monday, August 04, 2008

Apabila amanah menjadi rebutan

Proses pemilihan pemimpin UMNO akan berlangsung di sana sini. Pelbagai berita yang enak dan tidak enak di dengar menjadi topik utama akhbar akhabr dan media media elektronik. Dewasa ini, amanah dianggap ringan. Yang menjadi agenda utama adalah kejar dahulu tempat tempat setinggi yang boleh, kemudian baru menilai amanah yang dipertanggungjawabkan.

KOTA TINGGI 3 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar mendedahkan, perjalanan mesyuarat cawangan UMNO bahagian itu sejak tiga minggu lalu adalah yang terburuk dalam sejarah kerana dicemari gejala politik wang, kehadiran anasir luar dan dipenuhi pelbagai ugutan serta ancaman.
Berita sepenuhnya : Utusan Malaysia

Najib mengulas tindakan BPR menahan calon Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang kerana disyaki memberi sogokan wang kepada seorang ahli parti itu untuk mengundinya pada mesyuarat cawangan.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull berkata, Mohd. Nor ditahan ketika memberi sogokan RM500 kepada ahli berkenaan di Seremban pada pukul 4 petang semalam.
Berita Sepenuhnya: Utusan Malaysia

Petikan berita di atas menunjukkan betapa amanah amat menjadi rebutan oleh umat manusia sekarang. Mereka sanggup melakukan apa saja bagi mendapatkan nama dan kedudukan

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menasihatkan kepada Abdurrahman bin Samurah :

يَا عَبْدَ الرَّحْمنِ بن سَمُرَةَ لاَ تَسْألِ الإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُعْطِيْتَها عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا وَ إِنْ أُعْطِيْتَهَا عَنْ مَسْأََلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْها
“Wahai Abdurrahman bin Samurah, janganlah engkau meminta kepemimpinan. Kerana jika engkau diberi tanpa memintanya, nescaya engkau akan ditolong (oleh Allah dengan diberi taufik kepada kebenaran). Namun jika diserahkan kepadamu kerana permintaanmu, nescaya akan dibebankan kepadamu (tidak akan ditolong).”
Hadits ini diriwayatkan Al-Imam Al-Bukhari dalam Shahih-nya no. 7146


Sungguh benar sabda Rasulullah ketika beliau menyampaikan hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُوْنَ علي الإِمَارَةِ وَ سَتَكُوْنُ نَدَامَةٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat berambisi terhadap kepemimpinan, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 7148)

إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ. قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُها ؟ قال: إِذَا وُسِّد الأَمْرُ إلى غَيْرِ أَهْلِها فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ
“Apabila amanah telah disia-siakan, maka nantikanlah tibanya hari kiamat. Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan menyia-nyiakan amanah? Beliau menjawab: ‘Apabila perkara itu diserahkan kepada selain ahlinya, maka nantikanlah tibanya hari kiamat”.” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 59)
Jelas dalam hadis hadis, baginda memperingatkan umat Islam supaya menilai kemampuan diri sendiri, dalam keinginan untuk memegang amanah. Namun apa yang terjadi sekarang adalah yang sebaliknya. Kebanyakan mereka ini berlumba lumba untuk memilikinya.

Pada satu ketika dulu para sahabat amat menitik beratkan soal amanah dalam memerintahkan negara. Seperti halnya dikatakan oleh sahabat Nabi, Abubakar As Shidiq kepada Umar Bin Khatab ketika menunjuk dirinya sebagai khalifah. Ketika itu Umar bin Khatab yang perkasa menangis tersedu sedu. “Jika benar anda mencintaiku ya Khalifah, jangan bebankan amanat sebesar ini kepundakku. Masih banyak orang lain yang lebih mampu dari pada aku.”
Dengan panjang lebar Abu Bakar menyampaikan alasan mengapa memilih Umar, dikatakan pula, bahwa saat sekarang Negara dan rakyat memerlukan pemimpin yang Al Qawiyyul Amin(orang yang kuat dan dapat dipercaya).

Dikatakan pula ada dua orang yang akan terjerumus kedalam neraka. Pertama orang yang nekad maju dan mempromosi diri untuk memperoleh jawatan padahal dia tahu bahwa ada orang yang lebih mampu daripadanya. Kedua, orang yang mampu dan meminta memegangnya(jawatan/tugas) tetapi ia menolak kerana lari dari tanggung jawab.

Semoga mereka yang amat bersemangat untuk menjadi pemimpin, terlebih dahulu bermuhasabah tentang kemampuan diri masing masing, kerana di bahu anda terletak satu bebanan yang amat besar.