Respons seorang rakyat biasa pada isu isu negara dan dunia. Malaysia Tanahair ku.
 
Thursday, July 17, 2008
Anwar: Hari ini ditahan, Esok dibebaskan
Sebentar tadi Anwar telah dibebaskan dari tahanan atas jaminan Polis. Namun kesesakan jalanraya pagi ini sememangnya membuatkan penduduk sekitar ibukota menyumpah. mana tidaknya, sudahlah minyak mahal kemudian sangkut dalam kesesakan yang tidak sepatutnya berlaku.

Apa relevennya pihak polis membuat sekatan jalan raya di waktu orang sedang sibuk keluar untuk mencari nafkah? kalau betul pun ada percubaan untuk membuat perhimpunan haram, bagaimana pihak polis nak tahu yang pemandu tu nak pergi ke perhimpunan haram atau nak pergi kerja? pada pendapat aku, perhimpunan haram tetap akan berlaku kalau ia benar2 dirancang walaupun pihak polis melakukan sekatan2 jalan raya yang sememangnya tidak akn memberi apa apa kesan selain menyusahkan orang ramai.

Bagi aku tindakan pihak polis ini hanya menunjukkan mereka takut dengan bayang bayang sendiri, bukan kerana untuk mengelakkan dari berlakunya perhimpunaan haram. Tindakan ini hanyalah sia-sia dan amat menyusahkan orang ramai.

Labels: , , ,

posted by Ajaque @ 10:48 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
about me
My Photo
Name: Ajaque
Location: Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia

Think Wisely

Previous Posts
Archives
Links