Thursday, July 31, 2008

Alif mim nun wau - Sarkis

"Alif mim nun wau, alif tendang wau = sarkis."
Mesti semua ingat skrip di atas kan? Semalam di kawasan perumahan aku ada kes ugut mengugut antara puak yang disebut di atas. Yang sarkisnya kes itu hanyalah disebabkan pencalonon ketua Cawangan parti ini. Ia bermula apabila sms melobi yang bunti nya lebih kurang begini.
"Mari sama-sama sokong calon sipolan"
Kemudian si penerima membalas
"Aku tak sokong dia sebab akhlak teruk"

Hanya disebabkan sms ini, sampai datang datang umah orang siap ugut ugut. Come on la, grow up!! Aku bukan nak memburukkan sesiapa, cuma nak orang berfikir. Dulu setelah rasulullah wafat, kita lihat betapa beratnya Abu Bakar, Umar, Uthman dan ali hendak menerima perlantikan mereka sebagai khalifah, sedangkan kita tahu dari sejarah, peribadi mereka ini bukan calang calang malah dijanjikan syurga. Kenapa? kerana mereka sedar betapa besarnya tanggungjawab yang harus dipikul apabila menjadi seorang pemimpin.
Amat berbeza dengan yang berlaku sekarang. Golongan ini berlumba lumba, sampai bergaduh gaduh kerana kononnya nak jadi pemimpin, sedangkan mereka sendiri boleh menilai kemampuan diri masing masing. Fikirkanlah.

... selepas itu, akan kembali Khalifah Ala Minhaj An-Nubuwwah.

Wednesday, July 23, 2008

Terengganu: Nak juga beli mercedes

KUALA LUMPUR 23 Julai – Kerajaan Terengganu akan terus menggunakan kenderaan Mercedes sebagai kereta rasmi menggantikan Perdana V6 Executive kerana tindakan itu sejajar dengan kandungan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, jika kerajaan beranggapan langkah itu tidak tepat, maka pekeliling berkenaan juga perlu ditarik balik dengan segera.

Pekeliling itu mensyaratkan penggunaan kenderaan rasmi hanya terdiri kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD).

Ish.. ish ish.. kemaruk betul la orang tua sorang ni nak pakai mercedes. Walaupun ikut pekeliling tu, ok utk beli E200 tu, tapi sekarang ni semua orang dok pening kepala berjimat.. yang dia pula dok pening kepala macam mana nak bagi alasan nak juga beli mercedes. Kenapa yang kemaruk sangat ni? beli melalui company mana? Sapa salesman? berapa komisyen yang dia dapat?
Ahmad Said memberitahu, beliau juga bersedia memberikan butiran terperinci berhubung kos penyelenggaraan dan kerugian yang terpaksa ditanggung kepada untuk pengetahuan Kabinet dalam tempoh terdekat.
Kenapa nak tunggu kabinet minta, tunjukkan lah terus, publish kan. Ingat rakyat Malaysia nih bodoh sangat ke tak reti baca facts and figure.





Monday, July 21, 2008

BN Terengganu: Belum dapat royalti dah nak beli Mercedes

Ketika rakyat sibuk dengan mencari kaedah berjimat, akhirnya kerajaan Terengganu come out with one great idea on how to berjimat. Caranya mudah, ganti kereta Perdana dengan 14 Mercedez E200. Jumlah kesemua pembelian itu bernilai RM 3.43 Juta.

KUALA TERENGGANU 20 Julai – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (gambar) menafikan pembelian 14 kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baru anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri menggunakan wang royalti minyak.
Aduhai Tok Mat, tak kira le kau guna duit royalti minyak ke, duit cukai pintu ke... yang penting duit yang kau kuda tu, duit rakyat. Kalau dah kaya sangat guna duit kau tak pun duit bapak ko, sapa pun x marah. Ntah ntah kalau ko guna duit bapak ko, silap silap dengan ko ko kena buang dalam laut. RM 3.43JUTA tu hoii!! bukan RM3.43 je... Banyak lagi boleh dibuat dengan duit sebanyak tu.

‘‘Kita bukan hendak kata kereta nasional tidak baik tetapi hakikatnya tidak sampai dua tahun digunakan, ia terpaksa disenggara kerana beberapa komponen seperti kotak gear rosak.

‘‘Sebagai contoh, kereta yang digunakan oleh anggota Exco kerajaan negeri, Toh Chin Yaw sudah dua kali disenggara dalam tempoh dua tahun melibatkan kos RM50,000,” ujarnya.

Kepala hotak ko la Tok Mat!!! ko ingat kat dalam malaysia ni ko sorang je pakai Perdana ka? kalau kos penyelenggaraan sampai RM50000 2 tahun, itu menunjukkan korang tak maintain kereta tu elok elok. Kalau betul betul maintain, insyaallah taklah sampai begitu kosnya. Kalau betul pun sampai RM50K, tunjukkan le facts and figurenya. Jangan main sebut je, ingat rakyat Malaysia nih bodo sangat cam puak puak korang ke?

Katanya, walaupun kos permulaan pembelian kereta Mercedes tinggi tetapi kerajaan negeri dapat berjimat dari segi kos penyenggaraan dalam tempoh jangka panjang.
lagi sekali aku tegaskan kat sini, jangan cakap kosong, bagi facts and figure kalau bebetul boleh jimat.

Thursday, July 17, 2008

Anwar: Hari ini ditahan, Esok dibebaskan

Sebentar tadi Anwar telah dibebaskan dari tahanan atas jaminan Polis. Namun kesesakan jalanraya pagi ini sememangnya membuatkan penduduk sekitar ibukota menyumpah. mana tidaknya, sudahlah minyak mahal kemudian sangkut dalam kesesakan yang tidak sepatutnya berlaku.

Apa relevennya pihak polis membuat sekatan jalan raya di waktu orang sedang sibuk keluar untuk mencari nafkah? kalau betul pun ada percubaan untuk membuat perhimpunan haram, bagaimana pihak polis nak tahu yang pemandu tu nak pergi ke perhimpunan haram atau nak pergi kerja? pada pendapat aku, perhimpunan haram tetap akan berlaku kalau ia benar2 dirancang walaupun pihak polis melakukan sekatan2 jalan raya yang sememangnya tidak akn memberi apa apa kesan selain menyusahkan orang ramai.

Bagi aku tindakan pihak polis ini hanya menunjukkan mereka takut dengan bayang bayang sendiri, bukan kerana untuk mengelakkan dari berlakunya perhimpunaan haram. Tindakan ini hanyalah sia-sia dan amat menyusahkan orang ramai.

Anwar: Hari ini berdebat, Esok masuk penjara.

Hari Selasa lepas dia berdebat tentang "Hari ni memerintah, Esok turunkan harga minyak". Tapi yang terlaksana dan terbukti ialah, "Hari ini berdebat, Esok masuk penjara".

Sekali lagi Malaysia digegarkan dengan drama hebat. Jangan kita terlalu beremosi dengan drama ini, sehingga kita terlupa matlamat sebenar kita. Kalau ada bermatlamat untuk mengubati UMNO-BN dari dalam, tetapkan matlamat anda. Kalau ada yang bermatlamat mengalahkan UMNO-BN pun berpeganglah kepada matlamat anda. Kepada yang bermatlamat mengubah sistem busuk yang diterapkan di negara ini dan menggantikan sistem yang di ajar oleh Rasulullah SAW, teruskan usaha anda. Semoga apa jua matlamat kita ini, berada di landasan yang betul dan de redhai Allah.

Wednesday, July 16, 2008

Anwar Ibrahim Di tahan

Lebih kurang jam 1.11PM tadi Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ditahan polis. Anwar yang diberi tempoh sehingga jam 2 Ptg hari ini utk hadir memberi keterangan kepada Polis. Namun belum sampai waktu yang ditetapkan beliau telah ditahan.

Desperate sungguh pihak polis dalam mengambil tindakan. Pelik tapi itu lah yang berlaku. Walaupun sebenarnya aku mual dengan isu sebegini, naumn tindakan itu bagi aku tidak wajar sama sekali. Isu liwat mahupun isu Altantuya sebenarnya tidak memberi apa apa manfaat kepada rakyat ini dijadikan agenda besar golongan tertentu. Agenda rakyat yang sepatutnya dijadikan agenda utama akan lenyap dengan cerita "jubur" dan "faraj".

What a stinky world??


PS: Semoga keluarga Anwar Ibrahim bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Berserah kepada Allah, kerana Dia lah yang maha mengetahui apa yang kita semua tidak ketahui.

Anwar: Hari ini memerintah, Esok turunkan harga minyak"

Semalam kita disajikan dengan debat antar Anwar dan Sabree tentang isu ini. Walau apa pun yang diperkatakan semalam, aku tidak nampak akan ada apa perubahan yang akan berlaku dalam masa yang terdekat. Rakyat Malaysia akan terus terbeban dengan harga minyak yang tinggi dan disusuli harga barangan keperluan yang lain jua turut meningkat. Dan tidak lama lagi rakyat malaysia akan merasai beban akibat tekanan inflasi yang akan terus melonjak.

Komen aku tentang debat semalam: Anwar cuba sedaya upaya cuba membawa pendengar tentang isu minyak ini dengan lebih jelas. Isu yang bukan hanya melibatkan hara minyak dunia, ia juga cuba membawa mesej bahawa pengurusan kerajaan yang kucar kacir menyebabkan tekanan inflasi akan terus menjadi jadi. Walaubagaimana pun Sabree yang hanya berhujah berkisar dengan petronas dan kisah kejayaan kerajaan masa lalu yang sebenarnya tidak releven dijadikan hujah dalam debat ini. Jika debat ini mencari pemenang, jika aku sebagai juri, aku akan memilih Anwar yang membawa hujah hujah yang releven.