Friday, November 09, 2007

DEB : Apa Sebenarnya?

Suatu ketika dulu di negara ini, satu perbalahan berlaku antara kaum kaum yang berkongsi bumi milik allah ini. Setelah diselidiki, didapati bahawa jurang ekonomi antara kaum adalah salah satu punca utamanya. Setelah bertungkus lumus mencari penyelesaian terbaik, akhirnya terhasilkan satu dasar yang dinamakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Bukan sejarah DEB ingin aku bincangkan sekarang. Aku cuba berfikir apa sebenarnya DEB dari kaca mata seorang rakyat biasa. Adakah maklumat ttg DEB itu sampai kepada golongan sasarannya? Lebih penting lagi adakah perlaksanaannya itu sendiri sampai kepada golongan sasarannya. Jika maklumat pun tidak sampai, bagaimana pula perlaksanaannya akan sampai.

Betulkah DEB itu kononnya DEB akan mengurangkan jurang ekonomi antara kaum? Dengan itu beberapa perlaksanaannya ia membahagikan peluang peluang ekonomi mengikut kaum tertentu. Jika difikir secara logik mudah, sememangnya akan wujud ketidakadilan antara kaum dalam perlaksaanaannya, walaupun sebenarnya tujuan ketidakadilan itu utk menghasilkan satu kebaikan. Ia perlu bagi usahawan yang baru, mungkin kerana wujudnya pemonopolian dalam beberapa bidang perniagaan. Ia perlu jika ingin membantu usahawan baru yang tidak mempunyai banyak modal untuk bersaing dengan usahawan lama yang makin kukuh sumber kewangannya.

Aku dengar, dalam perlaksaan DEB ini, ia akan menghasilkan usahawan melayu yang berjaya, kemudian usahawan ini pula akan membantu usahawan baru selepasnya utk berjaya. Adakah benar pendapat ini? Kalau benar ia adala satu idea yang bagus.

Aku sebenarnya akan terus cuba memahami Dasar ini, aku harap ada yang dapat memberi input mengenainya. Setakat pemahaman dan permerhatian yang sedikit ini , secara ikhlas, aku rasa macam DEB ini sememangnya tidak releven lagi bagi sebuah negara yang sudah separuh abad merdeka.

Wallahualam

4 comments:

fiz said...

assalamualaikum...
hurm..pasal DEB..sepanjang perlaksaaan DEb sejak tahun 1970 sehingga 1990 iaitu selama 2 tahun mmg bertujuan tuk menyeimbangkan ekonomi antara kaum di malaysia... kerana kerajaan pada masa itu melihat kesan penjajahana telah menyebabkan ekonomi masayarakat di amalaysia..khususnya bg kaum melayu berada pd tahap kemiskinan sebanyak 49.3%..kalu kita menilai balik..perlaksanaan DEB mmg berjaya meningkat ekonomi org melayu..cina dan india..namun tidak mencapai sasaran yg ditetapkan...
bg pandapat saya..mmg DEB membawa perubahan kepada nasib org melayu pada satu ketika dulu..namun untuk zaman sekarang..kita sudah tidak perlukan DEB lagi..sekarang rakyat kita sudah memppu bersaing dgn adanya kemudahan intelektual juga prasarana yg baik..justeru kita sebagai rakyat malaysia perlu mengekalkan keharmonian negara kita agar sejarah hitam peristiwa 16 mei tidak berulang..

Anonymous said...

Perlaksanan DEB, pada saya adalah politic tool. Sama ada, rakyat malaysia boleh manfaat itu adalah pertanyaan. Perbantahan DEB adalah sebab tiada kenyakinan, atau tidak mahu maju diri?
Saya adalah new generasi malaysia chinese. Dalam perjalanan hidup saya, semua orang adalah sama and tiada perbezaan. Semua kaum bertekun rumus untuk kerja and kelayakan adalah sama. Banyak kawan melayu yang lebih pandai daripada kaum lain. Malahan inilah golongan yang tidak pernah dapat manfaat daripada DEB. Pada alam sekarang kita hanya patuh kepada orang yang boleh bawa maju atau ada kepimpinan. DEB bukan satu keadaan yang sihat untuk maju diri.
Sekarang communication maju, kita patut tahu tentang dunia issue dan permandangan kita tidak patuh henti di Malaysia dan dapat manfaat diri sahaja.
Dalam permandangan generasi baru, DEB hanya mencipta jurang perbezaan kaya and miskin, bukan perkauman.

PulauErk said...

Saya setuju,

Tapi bagi saya, saya masih kurang yakin dengan perlaksanaan DEB.

Kerana DEB akan memberi ruang kepada pihak tertentu untuk mengaut sesuatu keuntungan dalam negara.

Walaubagaimanapun, ada cara yang lebih baik untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu.

Contohnya kalau kita sentiasa beri ikan kepada orang Melayu untuk dimakan, lama-kelamaan ikan-ikan tersebut akan habis dan kita terpaksa membekalkan semula ikan-ikan tersebut dan ini akan memupuk sifat manja dalam diri orang-orang Melayu.

Cara yang lagi satu ialah kita berikan mata kail dan pancing kepada orang-orang Melayu supaya berdikari dan mereka akan dapat mengaut ikan-ikan yang lebih banyak.

Pokoknya disini daripada kita membantu orang-orang Melayu dengan belaian2 manja, sampai bilapun orang Melayu takkan maju.

Tetapi kalau kita bantu orang Melayu dengan perubahan corak pemikiran yang berdaya saing dan maju. Inilah bantuan yang terbaik untuk orang-orang Melayu.

Bypass said...

Deb ini sudah 40 tahun berlalu... mmg hasil ya dapat dilihat dengan jelas bahwa ekonomi kaum melayu telah berkembang dengan baik. Walaupun demikian, Malaysia seharusya mencari cara penyelesaian yang tetap bagi mendukung kaum melayu, utamaya dari segi intelektual. Kenapa Deb ini masih perlu diwujubkan ? apa punca ya ? apa sebab ya ? jawapan ya ialah bagi mengselaraskan ekonomi kaum2. namun ada sesetengah pihak telah mengabaikan objektif deb dan mengambil kesempatan ini untuk mengaut keuntungan yang lebih besar.
Di samping itu, Deb ini lebih menguntungkan bagi pihak atasan atau orang yg mempunyai modal yg besar lalu tampa disedari pihak yg miskin tetap berada dlm tahap yg sama.
Pada pendapat saya Deb seharusya dilaksanakan bagi kaum melayu yg berpendapatan rendah sahaja dan juga menaikkan % ya supaya semua kaum melayu dapat berpeluang untuk hidup dengan lebih bermutu!! Dengan pelaksanaan deb ini, bukan sahaja akan memperlambatkan perkembangan kaum... ya juga boleh menyebabkan para atasan untuk menjadi lebih berleluasa. Lama-kelamaan, hal ini akan menjadi suatu kebiasaan dan deb ini akan dilanjutkan sehingga waktu malaysia hadapi krisis ekonomi atau waktu pupulasi kaum lain menurun(bukan ekonomi) Adakah ini yg diiginkan ? Biar kita sama2 lihat masa depan kita !!