Wednesday, November 14, 2007

Demonstrasi : Demokrasi Adil?

Beberapa hari lepas KL dikejutkan dengan berita demonstrasi di Kuala Lumpur. Demonstrasi tersebut bertujuan menuntut agar demokrasi di Malaysia, khasnya pilihanraya diadakan dengan lebih adil dan saksama.

Aku berada di Riyadh, Arab Saudi, ketika demonstrasi tersebut diadakan. Aku mengetahui tentang demonstrasi tersebut apabila mengikuti siaran berita dari Al Jazeera News. Sebaik sahaja aku terbaca mengenainya pada newsfeeds siaran tersebut, aku terus membuat panggilan ke Malaysia untuk memastikan berita tersebut. Namun jawapan dari sana mengejutkan aku, sesiapa yang berada di rumah masih tidak tahu akan berita tersebut. Bayangkan betapa daifnya siaran TV di Malaysia dalam melaporkan berita terkini. Berita yang tidak penting seperti perkahwinan penyanyi kadang kadang lebih mendapat liputan yang hebat daripada berita yang sepatutnya mendapat liputan. Bayangkan jika seseorang itu hendak keluar ke KL pada hari demonstrasi itu berlaku dia terpaksa meredah kesesakan luar biasa. Siaran TV sepatutnya melaporkan kejadian seperti ini kerana ia lebih berguna daripada berita tentang perkahwinan penyanyi. Kadang berita yang berguna itu ada pahitnya bagi sesetengah pihak, namun sebagai pemberita mereka harus tahu tanggungjawab mereka melaporkan sesuatu peristiwa yang melibatkan orang ramai dilaporkan dengan secepat mungkin dan bukan hanya sekadar diam menyembunyikan maklumat mengikut arahan pihak tertentu.

Aku sebenarnya tidak menyokong tujuan demonstari itu diadakan begitu juga kerajaan yang memegang tampu pemerintahan sekarang. Aku akan menyokong demonstrasi itu jika ia bertujuan untuk menghapuskan terus Sistem Demokrasi secara total dan mengantikan sistem Islam atu demonstrasi menyeru kalifah untuk mengambil alih tampuk pemrintahan sebuah negara Islam. Demokrasi adalah sebuah sistem yang membolehkan manusia memansuhkan hukum atau undang undang ynag ditetapkan oleh al quran. Sistem ini juga menidakkan Al Quran sebagai sumber dalam segala hal dan segala permasalahan dunia.

Wallhualam.

Friday, November 09, 2007

DEB : Apa Sebenarnya?

Suatu ketika dulu di negara ini, satu perbalahan berlaku antara kaum kaum yang berkongsi bumi milik allah ini. Setelah diselidiki, didapati bahawa jurang ekonomi antara kaum adalah salah satu punca utamanya. Setelah bertungkus lumus mencari penyelesaian terbaik, akhirnya terhasilkan satu dasar yang dinamakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Bukan sejarah DEB ingin aku bincangkan sekarang. Aku cuba berfikir apa sebenarnya DEB dari kaca mata seorang rakyat biasa. Adakah maklumat ttg DEB itu sampai kepada golongan sasarannya? Lebih penting lagi adakah perlaksanaannya itu sendiri sampai kepada golongan sasarannya. Jika maklumat pun tidak sampai, bagaimana pula perlaksanaannya akan sampai.

Betulkah DEB itu kononnya DEB akan mengurangkan jurang ekonomi antara kaum? Dengan itu beberapa perlaksanaannya ia membahagikan peluang peluang ekonomi mengikut kaum tertentu. Jika difikir secara logik mudah, sememangnya akan wujud ketidakadilan antara kaum dalam perlaksaanaannya, walaupun sebenarnya tujuan ketidakadilan itu utk menghasilkan satu kebaikan. Ia perlu bagi usahawan yang baru, mungkin kerana wujudnya pemonopolian dalam beberapa bidang perniagaan. Ia perlu jika ingin membantu usahawan baru yang tidak mempunyai banyak modal untuk bersaing dengan usahawan lama yang makin kukuh sumber kewangannya.

Aku dengar, dalam perlaksaan DEB ini, ia akan menghasilkan usahawan melayu yang berjaya, kemudian usahawan ini pula akan membantu usahawan baru selepasnya utk berjaya. Adakah benar pendapat ini? Kalau benar ia adala satu idea yang bagus.

Aku sebenarnya akan terus cuba memahami Dasar ini, aku harap ada yang dapat memberi input mengenainya. Setakat pemahaman dan permerhatian yang sedikit ini , secara ikhlas, aku rasa macam DEB ini sememangnya tidak releven lagi bagi sebuah negara yang sudah separuh abad merdeka.

Wallahualam

Thursday, October 04, 2007

Lagi satu ruangan cetusan dari aku..

Ada satu ruangan cetusan rasa yang cuba mendasarkan setiap pemikiran atas dasar Islam.

http://mafhum.blogspot.com/

Harap pembaca yg lebih berilmu memberi teguran jika ada coretan yang tersasar dari landasan.

Wallahualam