Friday, December 08, 2006

Pemikiran Islam

Agak lama aku tidak menulis di wacana ini. Bukan kerana tidak ada isu yang nak dikupas, tapi kerana terlalu banyak isu untuk dikupas sehinggakan aku sendiri tenggelam dalam mencari kaedah terbaik menangani semua isu isu.

Dalam mencari, akhirnya aku bertemu dengan Hizbut Tahrir. Satu kumpulan yang boleh dikatakan mempunyai Cara Pemikiran Islam yang aku cari. Sebanrnya Hizbu Tahrir adalah lebih dari itu, tak mampu untuk aku terangkan dalam wacana ini. Untuk Maklumat lanjut sila ke http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/index.htm .

Umat Islam secara amnya percaya wujudnya Yang Maha Mencipta. Namun begitu tidak ramai yang merujuk kepadaNya jika wujud permasalahan dalam kehidupan. Bagi kebanyakan umat Islam sekarang akan merujuk kepada Yang Maha Pecipta apabila masalah tersebut berkaitan dengan penyembahan. Cthnya bila nak dirikan solat nak puasa, nak tunaikan haji, tidak jika masalah itu mengenai gejala sosial, persengketaan antara manusia dan sbg nya. Sedangkan kita percaya Dia yang mencipta manusia dan seluruh alam ini, maka tentulah kita dapat menyelesaikan apa juga masalah yang wujud dalam kehidupan ini dengan kaedah yang telah di ajar melalui Al Quran dan Sunnah. Satu contoh yang amat mudah difahami :

Antara kereta BMW dan Perodua Kancil, kita tahu BMW mempunya engineer engineer yang hebat maka enginenya juga memang hebat. Tapi jika kita mempunyai sebuah kereta Kancil, dan apabila ianya mempunyai masalah rumit sehinggakan mekanik biasa tidak tahu untuk membaikinya, sudah tentu kita akan hantar ke Perodua untuk dibaiki. Kenapa? kerana Perodua yang buat Kereta Kancil tersebut bukan BMW. Maka kerana Perodua yang membuatnya pasti kita sedar yang lebih mengetahuinya adalah Perodua dan bukan BMW.

Begitu juga dengan kita. Kita tahu siapa pencipta kita. Maka siapa yang lebih tahu tentang permasalahan kita? Saudara tentu dapat menjawabnya.

1 comment:

Anonymous said...

"Pemikiran Islam"
Aku kaji, teliti dan halusi oranisasi2 Islam melalui website, ceramah pemimpin2 oranisasi Islam serta ulama2, mufti, ustaz2 dan pak2 kiyai di seluruh nusantara ini dari semasa ke semasa.6 bulan aku jelajah ke tanah Jawa untuk meneliti perkembangan ilmu Islam. Kesemuanya begitu bersemangat nak bangunkan Islam. Semuanya menyebut nak tegakkan Al Quran dan Sunnah. Yang aku lihat dan dengar semuanya adalah keluhan dan rintihan tentang nasib umat Islam.Berbagai idea dilontarkan dengan hujah2 yang bersandarkan kepada ilmu2 Islam yang ada ditangan mereka.Baru aku sedar sebenarnya umat Islam sekarang ketandusan ilmu dan petunjuk yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh umat Islam di akhir zaman ini. Hizbut Tahrir kemukakan satu perjuangan yang tepat iaitu mewujudkan semula sistem khilafah yang dimusnahkan oleh Yahudi, British & Freemason di Turki. Cuma aku tertanya-tanya adakah matlamat itu disertakan dengan kaedah dan ilmu yang tepat dan bijaksana. Kalau kita peka dengan keadaan kita dapat lihat ada arus peralihan bermula sejak dari tahun 2000. Kita akan lihat banyak perkara akan mula berlaku pada tahun 2008 nanti terutamanya dari sudut ekonomi.

Teruskan apa yang kau perjuangkan.