Friday, December 15, 2006

Tol Tol Tol....

Tol naik lagi, pada pendapat aku 3/4 yang menggunakan kereta di KL terutamanya, pasti mengeluh mendengar berita ini kan. Aku sememangnya akan merasa kesannya sebab aku pengguna KESAS yang naik 50% dan LDP yang naik 60%, Dulu RM1.50 Kini RM2.20(KESAS) dan Dulu RM1.00 Kini RM1.60(LDP).

Siapa agaknya nak dipersalahkan? Bagi aku yang patut dipersalahkan adalah kita sendiri. Sebabnya? Rata-rata rakyat Malaysia memilih siapa utk memimpin negara? Sudah tentu BN, kalau tak takkan depa yang memerintah. Dan siapa yang meluluskan kenaikan ni? Sudah tentu pemerintah. So jangan dok melatah tak tentu pasal la.. Sendiri mau ingat..

Beberapa perkara yang perlu kita fikir dan renungkan:
  1. Apa tujuan lebuhraya di bina? Adakah tujuannya untuk kemudahan rakyat keseluruhannya atau untuk segelintir rakyat sahaja?
  2. Kenapa lebuhraya tidak dibina oleh kerajaan? Kenapa harus ia di miliki oleh Syarikat Swasta? Di mana Syarikat Swasta sudah tentu servisnya berasaskan keuntungan, manakala jika kerajaan ia cukup dengan "balik modal".
  3. Kenapa isu perbandingan kadar tol di negara asing dibandingkan secara sempit. kenapa tidak dibandingkan secara menyeluruh merangkumi dengan cukai jalan, cukai kereta, harga minyak, "Standard of Living", dan kemudahan pengangkutan awam di negara negara yang dibandingkan itu?
  4. Siapa pemilik Syarikat2 pemegang konsesi lebuhraya2 di Malaysia. Kot kot ada hubungan langsung atau tak langsung dengan pemerintah-pemerintah yang dipilih bukan terpilih.
  5. Adakah apa yang berlaku ini adalah kesan daripada kedudukan selesa kerajaan yang dipilih ini untuk terus dipilih oleh rakyat pada pilihanraya akan datang. Jadi mereka ini sesuka hati mengambil keputusan.
  6. Adakah ini berlaku adalah kesan daripada Sistem kapitalisme dan Sekularisme yang ditanam dalam Pemikiran Pemimpin dan Rakyat Malaysia.
  7. Adakah ini berlaku kerana kita rakyat Malaysia yang pemimpinnya terdiri daripada majoriti umat islam dan rakyat yang juga majoriti beragama Islam. Sudah tidak melihat aspek penyelesaian masalah mengikut landasan yang telah ditetapkan Allah.

Semoga kita semua dapat bermuhasabah tentang apa yang berlaku kepada kita dengan lebih mendalam. Bukan hanya menuding jari kepada satu golongan sahaja. Wallahualam.

Friday, December 08, 2006

Pemikiran Islam

Agak lama aku tidak menulis di wacana ini. Bukan kerana tidak ada isu yang nak dikupas, tapi kerana terlalu banyak isu untuk dikupas sehinggakan aku sendiri tenggelam dalam mencari kaedah terbaik menangani semua isu isu.

Dalam mencari, akhirnya aku bertemu dengan Hizbut Tahrir. Satu kumpulan yang boleh dikatakan mempunyai Cara Pemikiran Islam yang aku cari. Sebanrnya Hizbu Tahrir adalah lebih dari itu, tak mampu untuk aku terangkan dalam wacana ini. Untuk Maklumat lanjut sila ke http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/index.htm .

Umat Islam secara amnya percaya wujudnya Yang Maha Mencipta. Namun begitu tidak ramai yang merujuk kepadaNya jika wujud permasalahan dalam kehidupan. Bagi kebanyakan umat Islam sekarang akan merujuk kepada Yang Maha Pecipta apabila masalah tersebut berkaitan dengan penyembahan. Cthnya bila nak dirikan solat nak puasa, nak tunaikan haji, tidak jika masalah itu mengenai gejala sosial, persengketaan antara manusia dan sbg nya. Sedangkan kita percaya Dia yang mencipta manusia dan seluruh alam ini, maka tentulah kita dapat menyelesaikan apa juga masalah yang wujud dalam kehidupan ini dengan kaedah yang telah di ajar melalui Al Quran dan Sunnah. Satu contoh yang amat mudah difahami :

Antara kereta BMW dan Perodua Kancil, kita tahu BMW mempunya engineer engineer yang hebat maka enginenya juga memang hebat. Tapi jika kita mempunyai sebuah kereta Kancil, dan apabila ianya mempunyai masalah rumit sehinggakan mekanik biasa tidak tahu untuk membaikinya, sudah tentu kita akan hantar ke Perodua untuk dibaiki. Kenapa? kerana Perodua yang buat Kereta Kancil tersebut bukan BMW. Maka kerana Perodua yang membuatnya pasti kita sedar yang lebih mengetahuinya adalah Perodua dan bukan BMW.

Begitu juga dengan kita. Kita tahu siapa pencipta kita. Maka siapa yang lebih tahu tentang permasalahan kita? Saudara tentu dapat menjawabnya.