Friday, September 22, 2006

PBB : Satu Sen Pun Tak Guna

Menyampah dan sakit hati bila berita tentang persidangan PBB baru baru ini. Banyak pemimpin dunia memberi ucapan yang membuak buak semangat keadilan dan keamanan. Kita semua tahu yang sememangnya tak akan ada apa apa hasil dari persidangan itu. Yang tetap angkuh dan takbur adalah Khinzir khinzir Amerika dan sekutu sekutunya. Dan yang akan dikitai satu persatu adalah negara negara Islam.

Kali ini aku nak tulis perkara yang agak serius. Bukan nak tunjuk pandai, cuma mengingatkan diri aku sendiri yang juga masih jahil dalam serba serbi. Mungkin pendapat aku akan dipandang radikal oleh kawan kawan yang membaca blog aku ini, namun inilah hakikatnya. Kepada pembaca yang beragama Islam. Dalam islam tidak ada banyak negara untuk kita. Negara Islam hanya satu. Umat Islam adalah senegara, tiada batas atau sempadan geografi. Kita harus dipimpin dan taat kepada seorang sahaja khalifah. Jawapan kepada penindasan ini cuma satu, Sistem Khalifah mesti dikembalikan. Kita tak perlu dengan semua idealogi ciptaan manusia yang memang serba kekurangan. Kita tak perlukan Sekularisme, Kapatilisme, Sosialisme, Komunisme, dan sebagainya. Kita tak perlukan Sistem Demokrasi yang dilaungkan sebagai Sistem yang bagus. Yang kita perlu cuma satu Idealogi Islamisme yang sememangnya dicipta oleh yang Maha Kuasa(Allah SWT). Kita hanya perlu kepada satu sistem, Sistem Khalifah yang juga dicipta Allah dan diajarkan kepada manusia melalui Nabi Muhammad SAW.

Kawan kawan semua, bermulalah dari sekarang. Buka kembali minda kita, imbas kembali sejarah kita. Sempena bulan Ramadhan ini marilah kita kuatkan semula pegangan kita. Semoga kita sempat merasai suasana hidup dalam Negara Islam yang sebenar-benarnya. Kalau ada masa layarilah http://www.mykhilafah.com . Banyak artikel-artikel yang mungkin dapat memberi kesedaran yang lebih mendalam. Insyaallah.

Kepada kawan kawan yang bukan beragama Islam, percayalah Orang Islam BUKAN pengganas. Dan Orang Islam juga BUKAN pengecut. Nabi Muhammmad kami BUKAN ganas seperti yang digambarkan oleh Pope Benedict. Kajilah sejarahnya, anda tentu akan memahaminya.

Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari diri saya sendiri.

Wallahualam

1 comment:

Fikrul Mustanir said...

Tiada Islam tanpa jemaah (negara),
tiada negara tanpa kepimpinan (Khalifah),
tiada khalifah tanpa ketaatan (baiat)!