Monday, September 18, 2006

Mahathir,Paklah & Mahmoud Ahmadinejad

Aku terpanggil nak menulis kembali mengenai kisah Mahathir dan Paklah. Cuma kali ini aku nak selitkan Presiden Iran pula. Sebelum itu aku nak jawab comment dari orang yang tak menggelarnya "A Voice" yang mungkin malu dengan namanya sendiri atau malu dengan dirinya sendiri. Ataupun kalau kasar sikit "Another Coward Malay or Malaysian or person".

I am visiting just to find out what kind of blog this spiteful jerk writes. You see, kiddo. Whether you are pro-pak lah or pro-che det or pro-whatever, there is no depth and substantive issue in your analysis. Clearly you do not even understand the issues and totally lack any sense of objectivity. So typical melayu, taking a stand out of emotion and even vengence.


Sebenarnya aku menulis blog bertajuk "Che Det Vs Paklah" tu bukan untuk mengatakan sesapa yang salah sapa yang betul cuma untuk para pembaca berfikir tentang isu yang dibangkitkan oleh Che Det sendiri dan ditepis oleh Pak Lah sendiri. Sebenarnya aku sedikit pun tak heran dengan depa dua orang nih, memang tak guna satu sen pun. Sapa sapa yang menang dalam tu pun aku tak untung apa apa. Sebab aku ni bukannya sesapa pun, cuma rakyat biasa je yang kena tempias. Aku bagi komen tentang mereka sebab ia amat memalukan dan menjengkelkan bila orang tua, rakyat Malaysia No 1 plak tu bergaduh macam budak kecik. Nak kata kurang makan garam dah hidup lama dah. Mungkin la kot kurang makan garam tu yang sihat sampai ke tua tu. Apapun yang penting aku bukan Pro kedua duanya atau Pro sesapa, sebab belum ada seorang pemimpin yang betul betul aku segani di Malaysia ni. Bukan tak bagus cuma belum cukup bagus. Tapi berbanding dgn aku, memang diaorang lebih berjasa daripada aku ni.

Secara peribadi, kalau diikutkan aku suka dengan pemimpin Iran Mahmoud Ahmadinejad . Keberanian dan karismanya amat terserlah. Dia layak digelar negarawan Iran dan salah seorang pemimpin Islam yang boleh dicontohi.

Akhir kata, "Berani lah jika ingin berbicara tentang kebenaran". "Orang yang berkata-kata sesuatu disebalik topeng adalah mereka yang pengecut." "Orang yang tidak pandai adalah lebih baik dari orang yang bijak tapi pengecut". "Sebaik baik manusia ialah orang yang bijak dan berani serta berkata kata dengan kebenaran dan melakukannya kerana Allah SWT." Wallahualam.

4 comments:

zan said...

setuju! saya setuju yang ahmadinejad memang pemimpin islam yang berkaliber & berani. tak macam pemimpin islam yang lain. dia lah yang paling lantang menyuarakan kebenaran.

tapi perasan tak yang sekarang ni golongan yang benar2 kuat adalah golongan syiah. bukan menyokong tapi itu hakikatnya sekarang ni. ahmadinejad pemimpin iran dan iran majoritinya penganut adalah syiah. hizbullah di lubnan yang bermati-matian pertahankan negaranya daripada yahudi laknat, pun golongan syiah.

kita ?!!! kita terus pincang!!!

BB said...

SALAM ALYKUM....
YEA LAH BETUL CAKAP ZAN... LAA NI SHIAH KALO IKUTKAN LEBIH BERANI DARI AHLUSSUNNAH.. KADANG2 BILA BERCAKAP DENGAN ORANG2 SHIAH.. DIORANG DATANG DENGAN DALIL GUNA LOGIK ... TAPI SATU JE LAH.. BILA MENGUTUK PARA SAHABAT.. TAK TAHAN TELINGA NK DENGAR... TAPI TAKDE PEMIMPIN YANG LANTANG BERSUARA DAN SOLAT KAT TEPI JLN RAYA MCM PRESIDENT IRAN BUAT... SEORANG KETUA NEGARA YANG DISEGANI SOLAT TEPI JLN RAYA.. MMG SALUTE.. MASHAALLAH.. NK JADI MCM TU MMG SATU DLM SEJUTA ...RAKYAT BIASA MUNGKIN ADA.. TAPI INI PEMERINTAH NEGARA...PEMIMPIN SEPATUTNYA MENJADI CONTOH TELADAN RAKYAT .. BUKAN BERBALAH SESAMA SENDIRI UTK KEPENTINGN PERIBADI SERTA PANGKAT YG ADA... BUKAN ORG SINILAH.. ORG TEMPAT LAIN... HEHE..WALLAHU A'LAM

Anonymous said...

salam, tak baik kata orang..tiada mereka maka tak wujud malaysia yang serba lengkap..hidup ini jangan tiru keberanian negara orang kalau boleh cuba..

Anonymous said...

asslammualaikum...

kaji semula asal usul syiah sebelum anda menyokong segala tindakan mereka..

mengapa anda memikirkan mengenai tentera hizbullah mengapa anda tidak memikirkan mengenai perjuangan tentera hamas?

fikirkan....

islam itu hanya satu tiada dua, tiada tiga... islam yg berpegang pada hadis dan sunnah.. islam yg berpegang pada al-quran.. yg mengikuti ajaran Rasulullah S.A.W.