Tuesday, August 01, 2006

Che Det VS Pak Lah

Agak lama aku tak meluahkan isi hati melalui wacana ini. Mungkin kerana kesibukan harian mencari nafkah buat keluarga didalam negara yang sentiasa menagih wang untuk membenarkan rakyatnya hidup di dalamnya. Namun saban hari melihat membaca dan mendengar berita mengenai perbalahan antara Che Det dan Pak Lah membuatkan saya terpanggil untuk memberi pendapat mengenai isu ini.

Aku bukan rakyat yang mudah lupa. Aku bukan dari golongan yang dilabelkan oleh Che Det "Melayu Mudah Lupa". Aku tak lupa apa yang pernah Che Det buat tak kira samaada yang baik dan yang tak baik. Yang paling aku tak lupa tentang yang tak baik yang banyak dibongkarkan ketika kes pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Bagi aku apa yang dia buat sekarang tidak akan membuatkan aku membuta tuli menyokong beliau yang amat licik mempergunakan rakyat Malaysia yang mudah lupa. Ada perkara yang para pembaca semua perlu fikirkan tentang isu ini.

Pertama, kalau benar pun Pak Lah memang tak berguna, pengecut dan umpama lembu dicucuk hidung, kita harus ingat berdirinya Pak lah sebagai PM adalah kerana Che Det. Che Det lah yang mengangkat beliau. Che Detlah yang mencantas Anwar dan meletakkan Pak Lah sebagai penggantinya. Adakah kerana dia yakin yang dia mampu mencucuk hidung Pak Lah ketika dia sudah turun takhta, membuatkan dia memilih Pak lah sebagai penggantinya? Tapi akhirnya dia tidak berjaya memasang tali di hidung PakLah membuatkan dia memukul canangnya? Fikirkan?

Kedua, adakah benar isu pembatalan Jambatan Indah itu benar benar menjatuhkan maruah negara seperti yang dicanang oleh Che Det? Atau pembatalan tersebut merugikan kroni kroninya yang membantu memenuhkan koceknya? Kalau pun benar ia melibatkan maruah. Kenapa projek tersebut sudah dijalankan sedangkan masih banyak isu berkaitan yang belum diselesaikan?

Ketiga, kes nya disembur dengan gas/serbuk pemedih mata di Kelantan. Bukankah Che det terkenal dengan kelicikannya berlakon untuk menarik rakyat Malaysia yang mudah lupa untuk bersimpati dengannya? Adakah anda semua pasti insiden tersebut sememangnya sabotaj terhadap Che Det dan bukan Che Det mengsabotaj dirinya sendiri untuk mendapatkan liputan tentang dirinya? fikirkan..

Masih banyak lagi perkara yang anda boleh fikirkan sebelum anda dapat menerima semula kehadiran Che Det sebagai wira negara. Aku harap kita tidak akan berada dalam golongan "Melayu Mudah Lupa" atau "Rakyat malaysia mudah lupa", agar maruah diri kita tidak mudah diperkotak katik oleh manusia yang mempunyai agenda tersendiri. Berfikirlah secara bijak. Pekalah terhadap persekitaran. Beriktibarlah dengan sejarah.

5 comments:

A Voice said...

I came across your blog from reading yr comment on the blog tangent. That was a commendable article and you refute it out of spite for Tun Dr Mahathir.

I am visiting just to find out what kind of blog this spiteful jerk writes. You see, kiddo. Whether you are pro-pak lah or pro-che det or pro-whatever, there is no depth and substantive issue in your analysis. Clearly you do not even understand the issues and totally lack any sense of objectivity. So typical melayu, taking a stand out of emotion and even vengence.

lintas-langsung said...

"a voice..."
Nice comment!

Awae Hite said...

What a disgrace to the race..

malayneum said...

setelah apa yang aku baca lam blog ko ni..ko ni mmg jenis xfaham ap aisu tu..ko main bedal sedap jari je ko nak taip aper pun..tapi dari segi pengisian dan makna..KOSONG!! ko mesti org yang berilmu..aku tgk pakai tie cantik bukan main...aku ni keje kilang je tp aku kaji apa yang berlaku dan aku fikir apa natijah sebenarnye..aku melayu, ko pun melayu..salurkan lah rasa xpuas ati ko terhadap melayu ko tu kat saluran yang betul..bukan ini caranya..tulis dalam blog and bagi semua org baca termasuk semua bangsa..ko x pikir ke kalo bangsa lain baca dan apa yang diorang kata kat bangsa kita?? fikir2kan..jagan jadi melayu yang amalkan sikap "tak apa"

othello said...

Wah... aku terlambat 1 tahun lebih... tapi... apa pun aku percaya, kita satu "ummah" bukan lagi "bangsa".