Thursday, August 03, 2006

Pantau Blog?? - Pantau jgn tak pantau

Petikan dari Berita Harian 3/8/2006
Mesyuarat Kabinet semalam memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk mengawasi semua blog dalam internet
serta mengambil tindakan sewajarnya.

Menterinya, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata walaupun kerajaan tidak akan menyekat atau menapis kandungan internet seperti dijanjikan ketika penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC), pemilik blog atau penulisnya yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan.


"Mana-mana penulis blog sama ada bergelar Datuk atau tiada Datuk, akan diheret ke mahkamah jika melanggar undang-undang. Kita boleh ambil tindakan mengikut undang-undang jenayah, Akta Hasutan atau apa saja,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini.

Inilah demokrasi kat Malaysia, sampaikan blog pun depa nak pantau. Kalau benda yang ditulis dalam blog tu tak betul, buat apa nak gelabah. Kalau jumpa blog yang tak betul, balas sahaja dengan komen dengan hujah hujah yang bernas.

Agaknya kementerian dah tak ada kerja lain nak suruh pegawai kerajaan pantau semua blog dalam internet ni. Bukankah lagi baik suruh pegawai-pegawai kerajaan pi pantau kawasan mana yang masih lemah infastruktur internet. Atau sememangnya nak biar mereka ni tak ada internet supaya tak boleh baca blog.

Tak salah aku beberapa minggu yang lepas Pak Lah ada cakap dia tak heran dengan blog blog kat internet sebab bila depa baca blog tu depa check dulu dengan media media cetak untuk pengesahan. Pak Lah pun tak kalut hangpa pula yang lebih.

Untuk penulis penulis blog, terus la tulis. Jangan dok berhenti. Dah la depa tutup mulut kita, sekarang depa nak potong jari kita pula. Lagipun sapa lah kita, orang nak masuk baca blog kita. Kita pun tak paksa suruh orang masuk baca blog kitakan? Lain lah media cetak yang diluluskan kerajaan tu kan??

Tuesday, August 01, 2006

Che Det VS Pak Lah

Agak lama aku tak meluahkan isi hati melalui wacana ini. Mungkin kerana kesibukan harian mencari nafkah buat keluarga didalam negara yang sentiasa menagih wang untuk membenarkan rakyatnya hidup di dalamnya. Namun saban hari melihat membaca dan mendengar berita mengenai perbalahan antara Che Det dan Pak Lah membuatkan saya terpanggil untuk memberi pendapat mengenai isu ini.

Aku bukan rakyat yang mudah lupa. Aku bukan dari golongan yang dilabelkan oleh Che Det "Melayu Mudah Lupa". Aku tak lupa apa yang pernah Che Det buat tak kira samaada yang baik dan yang tak baik. Yang paling aku tak lupa tentang yang tak baik yang banyak dibongkarkan ketika kes pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Bagi aku apa yang dia buat sekarang tidak akan membuatkan aku membuta tuli menyokong beliau yang amat licik mempergunakan rakyat Malaysia yang mudah lupa. Ada perkara yang para pembaca semua perlu fikirkan tentang isu ini.

Pertama, kalau benar pun Pak Lah memang tak berguna, pengecut dan umpama lembu dicucuk hidung, kita harus ingat berdirinya Pak lah sebagai PM adalah kerana Che Det. Che Det lah yang mengangkat beliau. Che Detlah yang mencantas Anwar dan meletakkan Pak Lah sebagai penggantinya. Adakah kerana dia yakin yang dia mampu mencucuk hidung Pak Lah ketika dia sudah turun takhta, membuatkan dia memilih Pak lah sebagai penggantinya? Tapi akhirnya dia tidak berjaya memasang tali di hidung PakLah membuatkan dia memukul canangnya? Fikirkan?

Kedua, adakah benar isu pembatalan Jambatan Indah itu benar benar menjatuhkan maruah negara seperti yang dicanang oleh Che Det? Atau pembatalan tersebut merugikan kroni kroninya yang membantu memenuhkan koceknya? Kalau pun benar ia melibatkan maruah. Kenapa projek tersebut sudah dijalankan sedangkan masih banyak isu berkaitan yang belum diselesaikan?

Ketiga, kes nya disembur dengan gas/serbuk pemedih mata di Kelantan. Bukankah Che det terkenal dengan kelicikannya berlakon untuk menarik rakyat Malaysia yang mudah lupa untuk bersimpati dengannya? Adakah anda semua pasti insiden tersebut sememangnya sabotaj terhadap Che Det dan bukan Che Det mengsabotaj dirinya sendiri untuk mendapatkan liputan tentang dirinya? fikirkan..

Masih banyak lagi perkara yang anda boleh fikirkan sebelum anda dapat menerima semula kehadiran Che Det sebagai wira negara. Aku harap kita tidak akan berada dalam golongan "Melayu Mudah Lupa" atau "Rakyat malaysia mudah lupa", agar maruah diri kita tidak mudah diperkotak katik oleh manusia yang mempunyai agenda tersendiri. Berfikirlah secara bijak. Pekalah terhadap persekitaran. Beriktibarlah dengan sejarah.