Monday, May 22, 2006

Katakan Tidak Pada Interfaith Commission (IFC)

Mungkin masih ramai yang tak tahu tentang Isu IFC. Maklumlah, media media kita cuma sibuk dengan Pilihanraya Sarawak tak pun sibuk sebab Kelantan nak pakai matawang dia sendiri (Dinar Emas). Oleh itu aku insan kerdil ini, cuba untuk menghebahkan kepada pembaca blog aku tentang isu penting khas untuk rakyat Malaysia beragama Islam dan sayang pada ajaran islam ini.

IFC dalam bahasa melayunya "Suruhanjaya Antara Kepercayaan" ini ingin ditubuhkan untuk kononnya menjadi jambatan antara penganut agama agama di Malaysia mencari satu titik kesepakatan. Ironinya, penubuhannya ini hanya akan menyebabkan Islam yang menjadi Agama Rasmi Malaysia, semakin rapuh dan mudah diperkotak-katikkan. Badan ini juga berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama (termasuk aduan orang Islam terhadap agama Islam dan orang Islam).

Kalau kita semua peka, dengan pemikiran logik sudah memadai untuk kita, umat Islam khususnya akan menolak penubuhan Suruhanjaya yang aku yakin, juga dilaknati Allah SWT. Secara ringkasnya IFC ini akan dengan mudahnya menidakkan kuasa Mahkamah Syariah yang sememangnya sudah terhad kuasanya di Malaysia berbanding Mahkamah Sivil.

Di sini aku cuma petik sebahagian daripada tuntutan penaja IFC dalam memorandumnya :
  • Seseorang Muslim patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama Islam tidak membenarkannya;
  • Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan (dilihat dari aspek pelbagai dokumen antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan hujah-hujah kes mahkamah di negara-negara bukan Islam) seharusnya diguna-pakai dalam menentukan hak seseorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya undang-undang syarak;
  • Untuk memudahkan proses murtad Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim itu keluar dari agamanya;
  • Usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Syariah Negeri memulihkan orang-orang yang bakal murtad dipertikaikan;
  • Istilah “Muslim” di bawah Undang-undang Enakmen Negeri terlalu luas walaupun didapati konsisten dengan undang-undang Syariah;
  • Seseorang itu tidak harus dianggap Muslim hanya disebabkan kedua ibubapanya Muslim atau beragama Islam atau dalam keadaan lain berdasarkan Undang-undang Syariah. Individu berkenaan sepatutnya membuat pilihan atas kehendaknya sendiri;
  • Agama seseorang Muslim itu tidak sepatutnya tercatat pada Kad Pengenalannya.

Kalau kita nilai tuntutan ini, kita tentu sudah dapat menilai apakah agenda sebenar penubuhan IFC. Tepuklah dada, Tanyalah Iman..

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari => http://www.geocities.com/bantah_ifc/ Semoga Allah terus mencucuri rahmat di bumi bertuah ini. Aminn.

9 comments:

Shahrul Azmi said...

It is sickening to the Muslim community, but what have the government done to prevent all this.
Ajaque, kekadang semua ni bermula kerana ketidakihklasan kerajaan sendiri. Mencampurkan aduk dua undang2 dunia dan akhirat lama2 boleh menjerat diri sendiri. High Court pun mengistiharkan ketidakpastian tentang malaysia sebuah negara Islam, jadi semestinyalah perlaksanaan undang2 Islam itu menjadi tidak ketahuan.

Ajaque said...

Bagi aku orang islam sepatutnya duduk dibawah satu negara sahaja. Macam tak logik, tapi pernah jadi logik satu ketika dulu sehingga zaman Uthmaniah. Sistem Khalifah adalah sesatunya thariqoh/jalan untuk menyatupadukan umat dan mengukuhkan umat islam seluruhnya

Shahrul Azmi said...

Untuk mengulangi zaman khalifah umat Islam kena kuat dan yakin pada agidah. Harta bukan tujuan utama untuk hidup - bolehke orang kita nak tinggalkan mentaliti materialistik?

al-amin said...

assalamualaikum..
tudung hai tudung!!!!
knpa isu pemakaian tdg sering menjadi isu yang boleh dikatakan hangat skrg?
sbnrnya itu tletak kpd individu itu sendiri tntg inisiatif mereka thdp pemakaian tdg... wallah waalam.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.