Tuesday, May 23, 2006

Antara Khalifah Islam dengan Pope

Siapa agaknya pemimpin teratas agama Islam? Tidakkah sahabat-sahabat seislam semua terfikir akan hal ini? Sedangkan penganut kristian boleh berbangga dengan Pope yang menjadi pemimpin atau ulama tertinggi agama mereka. Kalau anda tak percaya anda boleh tanya mana mana penganut kristian yang anda kenali, sudah tentu mereka akan berbangga dengan Pope mereka ini. Cukup kita lihat kematian Pope John Paul pada tahun 2005 yang lepas. Bagaimana mereka semua menunjukkan kesedihan dan penghormatan kepada Pope mereka sehinggakan banyak rencana khas tentang Pope dihasilkan yang boleh kita lihat di saluran saluran TV rumah kita.

Sebenarnya kita memerlukan seseorang untuk memimpin dan menjadi rujukan utama mengenai hal ehwal agama kita. Kalau kita kata ada Ustaz atau Tuan Guru yang berhampiran, penganut kristian pun ada Paderi di gereja gereja mereka. Tapi siapa pulak rujukan kepada ustaz dan tuan guru kita. Kita akan jawab AlQuran dan Hadis. Penganut Kristian akan boleh jawab ketua paderi yang berada di setiap Region hinggalah akhirnya sampai ke tahap Pope yang menjadi Pemimpin utama di dunia dan mereka juga mempunyai kitab suci mereka dan gospel gospel sebagai rujukan. Kita nampak kesatuan mereka. Kita tak nampak kesatuan kita dalam Islam. OIC? anda sendiri boleh nilaikan keberkesanannya.

Kalau kita lihat Zaman kegemilangan Islam adalah semasa zaman pemerintahan berkhalifah. Konsep khalifah adalah hampir sama dengan konsep Pope malah lebih hebat lagi kerana ia merangkumi semua aspek termasuk pentadbiran negara sedangkan konsep Pope hanya merangkumi aspek agama sahaja. Mengapa konsep khalifah merangkumi keseluruhan kehidupan manusia? Jawapan yang tepat dan mudah. Islam adalah lengkap, lengkap secara keseluruhannya.

Sebenarnya aku sendiri tidak nampak cara untuk merealisasinya. Mungkin sebab aku hanya insan kerdil yang pendapatnya tak siapa yang ambil kisah. Aku harap pemimpin tertinggi yang beragama ISLAM di bumi ini, dapat merealisasikannya. Bukan sekadar mengambil langkah "OHHHH.. I SEE" tanpa tiada tindakan yang membina.

Wallahua'lam.

3 comments:

Shahrul Azmi said...

baru2 ni aku tengok Doha debate kat BBC, mengenai Arab League dan perlidugan yang diberikan. Rata-rata semua orang bersetuju yang the Arab League tak pernah berbuat apa2, jadi macamana kita nak harapkan pemimpin yang datang dari Arab pada masa ini. Mungki orang seperti Yusoff Qardawi boleh menjadi rujukan, tapi sejauh mana orang kenal dengannya, dan bersediakah pemimpin2 negara Islam meninggalkan amalan2 yang bercanggah dengan Islam sesudah mendapat teguran?

Ajaque said...

Sebenarnya ada orang yang layak, tapi masalah utamanya kesatuan tu takdak. Kira cam OIC la lebih kurang tapi OIC yang lebih islamic dan berorientasikan Sistem Khalifah.

Semoga ada yang boleh merealisasikannya.

Anonymous said...

sebenarnya ramai yang layak cuma tak sefahaman dan tak ramai negara islam yang terdapat di dunia ini bersatu padu cuma untuk mempertahankan negara masing-masing.