Friday, May 26, 2006

Tariff Elektrik : Antara TNB dan LLN

Pasti semua orang dah tahu tentang kenaikan tariff elektrik bermula Jun 2006 ni. Nak melenting? Tak payahlah, buat penat melenting je, takkan jadi apa pun, naik tetap naik. Pernahkah bila sesuatu perkara terutama bab duit ini, bila kerajaan setuju naikkan kemudian rakyat semua tak setuju, mereka turunkan semula? Tak pernahkan? So buat apa nak melenting. Jadi je la pak turut. Sebenarnya nak tahu kenapa jadi camtu? Sebab, pilihanraya akan datang kita masih pangkah mereka. "Rakyat Malaysia Mudah Lupa".

Cerita pasal TNB adalah salah satu contoh yang idea kapitalis juga wujud dalam kerajaan kita. Adakah saudara masih ingat kepada LLN - Lembaga Letrik Negara. Apa perbezaan besar antara TNB dengan LLN. Mudah. TNB sebuah syarikat korporat yang mesti mempunyai keuntungan. Bezanya dengan LLN adalah lembaga di bawah kerajaan yang menyediakan tenaga elektrik kepada rakyat tanpa perlu memikirkan keuntungan. So bila TNB tak untung dia naikkan tariff, tapi kalau LLN mungkin menaikkan tariff bila dia tak dapat cover kos. Contoh mudah, saya beli baju dengan harga RM10. Untuk untung saya akan jual RM 12. Tapi untuk cover kos saya jual dengan harga RM 10. Fahamkan? tak faham sendiri mau ingatlah. TNB kena buat untung. Sebab dia memang syarikat korporat. Buat apa buat bisnes kalau tak untung kan?

Kadar baru untuk yang biasa bil elektriknya RM60-70 akan naik sekitar RM2-3. Macam kecilkan. Itu bil elektrik rumah kita. Belum kira bil elektrik kilang beras, kilang ais, kilang gula, stesen minyak, pasaraya, yang akan mengalami kenaikan hingga lebih dari 12%. Bila kos kilang2 tu bertambah bermaksud kos produk2 kilang tersebut pun bertambah dan secara automatik harga jualan bertambah. So secara tak langsung akan kena pada kita semula. Harga beras,gula, ais, minyak dan sebagainya akan naik.

Dengan ini, saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong kerajaan BN walau apa pun mereka buat. Lihatlah hasilnya. Kita akan dapat membantu syarikat korporat seperti TNB terus berjaya walaupun kita terpaksa berkorban RM 3 untuk setiap bulan.

Tuesday, May 23, 2006

Antara Khalifah Islam dengan Pope

Siapa agaknya pemimpin teratas agama Islam? Tidakkah sahabat-sahabat seislam semua terfikir akan hal ini? Sedangkan penganut kristian boleh berbangga dengan Pope yang menjadi pemimpin atau ulama tertinggi agama mereka. Kalau anda tak percaya anda boleh tanya mana mana penganut kristian yang anda kenali, sudah tentu mereka akan berbangga dengan Pope mereka ini. Cukup kita lihat kematian Pope John Paul pada tahun 2005 yang lepas. Bagaimana mereka semua menunjukkan kesedihan dan penghormatan kepada Pope mereka sehinggakan banyak rencana khas tentang Pope dihasilkan yang boleh kita lihat di saluran saluran TV rumah kita.

Sebenarnya kita memerlukan seseorang untuk memimpin dan menjadi rujukan utama mengenai hal ehwal agama kita. Kalau kita kata ada Ustaz atau Tuan Guru yang berhampiran, penganut kristian pun ada Paderi di gereja gereja mereka. Tapi siapa pulak rujukan kepada ustaz dan tuan guru kita. Kita akan jawab AlQuran dan Hadis. Penganut Kristian akan boleh jawab ketua paderi yang berada di setiap Region hinggalah akhirnya sampai ke tahap Pope yang menjadi Pemimpin utama di dunia dan mereka juga mempunyai kitab suci mereka dan gospel gospel sebagai rujukan. Kita nampak kesatuan mereka. Kita tak nampak kesatuan kita dalam Islam. OIC? anda sendiri boleh nilaikan keberkesanannya.

Kalau kita lihat Zaman kegemilangan Islam adalah semasa zaman pemerintahan berkhalifah. Konsep khalifah adalah hampir sama dengan konsep Pope malah lebih hebat lagi kerana ia merangkumi semua aspek termasuk pentadbiran negara sedangkan konsep Pope hanya merangkumi aspek agama sahaja. Mengapa konsep khalifah merangkumi keseluruhan kehidupan manusia? Jawapan yang tepat dan mudah. Islam adalah lengkap, lengkap secara keseluruhannya.

Sebenarnya aku sendiri tidak nampak cara untuk merealisasinya. Mungkin sebab aku hanya insan kerdil yang pendapatnya tak siapa yang ambil kisah. Aku harap pemimpin tertinggi yang beragama ISLAM di bumi ini, dapat merealisasikannya. Bukan sekadar mengambil langkah "OHHHH.. I SEE" tanpa tiada tindakan yang membina.

Wallahua'lam.

Monday, May 22, 2006

Katakan Tidak Pada Interfaith Commission (IFC)

Mungkin masih ramai yang tak tahu tentang Isu IFC. Maklumlah, media media kita cuma sibuk dengan Pilihanraya Sarawak tak pun sibuk sebab Kelantan nak pakai matawang dia sendiri (Dinar Emas). Oleh itu aku insan kerdil ini, cuba untuk menghebahkan kepada pembaca blog aku tentang isu penting khas untuk rakyat Malaysia beragama Islam dan sayang pada ajaran islam ini.

IFC dalam bahasa melayunya "Suruhanjaya Antara Kepercayaan" ini ingin ditubuhkan untuk kononnya menjadi jambatan antara penganut agama agama di Malaysia mencari satu titik kesepakatan. Ironinya, penubuhannya ini hanya akan menyebabkan Islam yang menjadi Agama Rasmi Malaysia, semakin rapuh dan mudah diperkotak-katikkan. Badan ini juga berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama (termasuk aduan orang Islam terhadap agama Islam dan orang Islam).

Kalau kita semua peka, dengan pemikiran logik sudah memadai untuk kita, umat Islam khususnya akan menolak penubuhan Suruhanjaya yang aku yakin, juga dilaknati Allah SWT. Secara ringkasnya IFC ini akan dengan mudahnya menidakkan kuasa Mahkamah Syariah yang sememangnya sudah terhad kuasanya di Malaysia berbanding Mahkamah Sivil.

Di sini aku cuma petik sebahagian daripada tuntutan penaja IFC dalam memorandumnya :
  • Seseorang Muslim patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama Islam tidak membenarkannya;
  • Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan (dilihat dari aspek pelbagai dokumen antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan hujah-hujah kes mahkamah di negara-negara bukan Islam) seharusnya diguna-pakai dalam menentukan hak seseorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya undang-undang syarak;
  • Untuk memudahkan proses murtad Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim itu keluar dari agamanya;
  • Usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Syariah Negeri memulihkan orang-orang yang bakal murtad dipertikaikan;
  • Istilah “Muslim” di bawah Undang-undang Enakmen Negeri terlalu luas walaupun didapati konsisten dengan undang-undang Syariah;
  • Seseorang itu tidak harus dianggap Muslim hanya disebabkan kedua ibubapanya Muslim atau beragama Islam atau dalam keadaan lain berdasarkan Undang-undang Syariah. Individu berkenaan sepatutnya membuat pilihan atas kehendaknya sendiri;
  • Agama seseorang Muslim itu tidak sepatutnya tercatat pada Kad Pengenalannya.

Kalau kita nilai tuntutan ini, kita tentu sudah dapat menilai apakah agenda sebenar penubuhan IFC. Tepuklah dada, Tanyalah Iman..

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari => http://www.geocities.com/bantah_ifc/ Semoga Allah terus mencucuri rahmat di bumi bertuah ini. Aminn.