Thursday, April 13, 2006

Indahnya jambatan itu

Isu pembinaan jambatan indah baru menghubungkan Malaysia – Singapura berakhir sementara apabila Pak Lah mengumumkan bahawa projek tersebut akan dihentikan. Aku memang setuju ia dihentikan sebab tak guna mengikut kehendak Singapura yang mengada-ngada meminta itu ini dari kita sedangkan ia adalah kepentingan bersama. Bagi aku Singapura ini boleh dikatakan Israel Asia. Kerana tindak tanduknya saling tak tumpah dengan sikap negera haram (Israel). Mana tidaknya, sememangnya Singapura telah menjalin hubungan erat dengan Israel sejak awal dia keluar dari Malaysia lagi (History of Singapore, Discovery Channel). Umpama pepatah “bagi betis nak peha” memang secocok dengan Singapura, sudahlah diberi air dengan harga yang rendah dan bila kita nak runding untuk semak balik harga, macam macam alasan diberi.

Kenapa perkara begini boleh terjadi? Lemah sangat ke kerajaan Malaysia yang tak habis habis tunduk dengan anak derhakanya Singapura tu. Tentang isu air, kenapa teragak agak lagi nak naikkan harga, kenapa bila dengan rakyat sendiri bila nak naikkan satu satu harga tu, tiada kompromi lagi. Takut sangat ke kerajaan Malaysia dengan Singapura tu, kenapa perlu takut jika ingin mempertahankan hak sendiri. Setiap kali bajet tahunan berbilion billion peruntukan untuk pertahanan, tak cukup lagi kah untuk mempertahankan negara.

Projek jambatan pun satu hal. Kenapa sebelum mulakan projek tersebut, tak dapatkan kata putus dari Singapura. Macam tak pernah berurusan dengan Singapura yang putar alam tu. Sememangnya dia tunggu peluang je nak demand kat kita itu ini. Tak ada perancangan strategik langsung bila buat kerja. Main jalan je. Cuba baca keratan akhbar ini

Perdana Menteri berkata, Kabinet membincangkan projek itu pada mesyuarat mingguannya hari ini dan berpendapat sekiranya Malaysia meneruskan projek itu akan timbul implikasi dan komplikasi undang-undang yang perlu diselesaikan kelak.

``Masalah akan timbul apabila kita hendak potong tambak, laluan paip air dan laluan kereta api (yang sedia ada) kelak untuk disambungkan dengan jambatan yang baru. Masalah itu tidak akan selesai,'' katanya.


Utusan Malaysia 13 April 2006

Pelikkan? Macammana perkara perkara penting seperti ini tak di selesaikan dulu sebelum mulakan projek? Sekarang ini siapa yang tanggung kerugian? Rakyat lah yang tanggung Pak Lah oiii.. Dah berapa juta dah habis dalam projek tersebut, lepas tu nak bayar lagi RM 100 juta kat Gerbang Perdana Sdn Bhd. Semua tu pakai duit siapa? Duit rakyat lah siapa lagi?

Aku sebagai rakyat Malaysia menuntut pihak kerajaan Malaysia menjelaskan dengan terperinci, kronologi Projek Jambatan Indah ini serta laporan kegagalan projek ini. Aku juga menuntut kerajaan Malaysia memohon maaf kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

No comments: