Monday, April 24, 2006

Pahlawan Malaysia

Al fatihah kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba yang kembali ke rahmatullah pada 23 April 2006 jam 730 pagi. Segala jasanya kepada seluruh rakyat Malaysia akan dikenang dan segala dosanya dengan rakyat Malaysia haruslah kita maafkan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat tempat dikalangan orang orang yang beriman.

Kita sebagai rakyat Malaysia, tentu ada yang teringin mendapat pengiktirafan sebagai Pahlawan Negara. Agak agaknya apakah kriteria untuk menjadi pahlawan negara sehinggakan di akhir hayat nanti jasad kita akan disemadikan di Makam Pahlawan. Namun, elok juga kriteria itu tidak diperkatakan, kalau tak dah tentu pemimpin pemimpin negara akan buat kerja semata mata menepati kriteria supaya boleh di makamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

Semoga pemimpin yang masih hidup akan terus memperjuangkan hak hak rakyat terbanyak dengan ikhlas dan jujur tanpa mengira pangkat dan darjat supaya mereka akan diangkat sebagai Pahlawan Negara walaupun tidak dimakamkan di Makam Pahlawan.

Thursday, April 13, 2006

Indahnya jambatan itu

Isu pembinaan jambatan indah baru menghubungkan Malaysia – Singapura berakhir sementara apabila Pak Lah mengumumkan bahawa projek tersebut akan dihentikan. Aku memang setuju ia dihentikan sebab tak guna mengikut kehendak Singapura yang mengada-ngada meminta itu ini dari kita sedangkan ia adalah kepentingan bersama. Bagi aku Singapura ini boleh dikatakan Israel Asia. Kerana tindak tanduknya saling tak tumpah dengan sikap negera haram (Israel). Mana tidaknya, sememangnya Singapura telah menjalin hubungan erat dengan Israel sejak awal dia keluar dari Malaysia lagi (History of Singapore, Discovery Channel). Umpama pepatah “bagi betis nak peha” memang secocok dengan Singapura, sudahlah diberi air dengan harga yang rendah dan bila kita nak runding untuk semak balik harga, macam macam alasan diberi.

Kenapa perkara begini boleh terjadi? Lemah sangat ke kerajaan Malaysia yang tak habis habis tunduk dengan anak derhakanya Singapura tu. Tentang isu air, kenapa teragak agak lagi nak naikkan harga, kenapa bila dengan rakyat sendiri bila nak naikkan satu satu harga tu, tiada kompromi lagi. Takut sangat ke kerajaan Malaysia dengan Singapura tu, kenapa perlu takut jika ingin mempertahankan hak sendiri. Setiap kali bajet tahunan berbilion billion peruntukan untuk pertahanan, tak cukup lagi kah untuk mempertahankan negara.

Projek jambatan pun satu hal. Kenapa sebelum mulakan projek tersebut, tak dapatkan kata putus dari Singapura. Macam tak pernah berurusan dengan Singapura yang putar alam tu. Sememangnya dia tunggu peluang je nak demand kat kita itu ini. Tak ada perancangan strategik langsung bila buat kerja. Main jalan je. Cuba baca keratan akhbar ini

Perdana Menteri berkata, Kabinet membincangkan projek itu pada mesyuarat mingguannya hari ini dan berpendapat sekiranya Malaysia meneruskan projek itu akan timbul implikasi dan komplikasi undang-undang yang perlu diselesaikan kelak.

``Masalah akan timbul apabila kita hendak potong tambak, laluan paip air dan laluan kereta api (yang sedia ada) kelak untuk disambungkan dengan jambatan yang baru. Masalah itu tidak akan selesai,'' katanya.


Utusan Malaysia 13 April 2006

Pelikkan? Macammana perkara perkara penting seperti ini tak di selesaikan dulu sebelum mulakan projek? Sekarang ini siapa yang tanggung kerugian? Rakyat lah yang tanggung Pak Lah oiii.. Dah berapa juta dah habis dalam projek tersebut, lepas tu nak bayar lagi RM 100 juta kat Gerbang Perdana Sdn Bhd. Semua tu pakai duit siapa? Duit rakyat lah siapa lagi?

Aku sebagai rakyat Malaysia menuntut pihak kerajaan Malaysia menjelaskan dengan terperinci, kronologi Projek Jambatan Indah ini serta laporan kegagalan projek ini. Aku juga menuntut kerajaan Malaysia memohon maaf kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Wednesday, April 05, 2006

Isu Pemakaian Tudung (Menutup Aurat)

Baru baru ini isu pemakaian tudung menjadi agak hangat apabila perkara itu dibangkitkan oleh seorang ahli parlimen yang beragama islam tentang kes anaknya dikatakan menjadi mangsa diskriminasi kerana tidak memakai tudung di sekolah. Kes lain seorang pelajar sekolah dipotong tudungnya kerana bentuknya tidak mengikut gars panduan pemakaian tudung di sekolah dan Polis mewajibkan anggota wanitanya memakai tudung ketika upacara rasmi.

Kenapa isu ini boleh menjadi begitu besar? Kalau yang membangkitkannya adalah orang bukan islam, aku masih boleh faham. Tapi masalahnya ia dibangkitkan oleh orang islam sendiri. Bukankan semua orang islam itu tahu menutup aurat itu hukumnya wajib. Dah memang termaktud dalam al Quran dengan jelas. Perkara ini lebih kurang makanan halal dan haram, dah tahu makan Babi tu haram. So takkan kalau anak kita makan babi kita nak mempertahankan yang babi tu boleh dimakan.

Tahniah pada pihak sekolah yang mewajibkan pemakaian tudung di sekolah bagi pelajar beragama islam. Sekurang kurangnya masih ada pihak yang mengambil berat hal hal sebegini, nak harapkan pemimpin yang beragama islam di parlimen... yang menentang adalah. Apa salahnya sekolah buat peraturan begitu. Dah lah sebagai mak bapak tak nak ajar anak ikut syarak, bila pihak sekolah nak didik, kita naik angin pulak.

Kepada pemimpin semua, jangan kerana nak jaga periuk nasi hukum hukum wajib ini dipandang remeh. Tak ada sesiapa yang kita boleh salahkan apabila negara tercinta ini ditimpa pelbagai bencana, tak kira bencana alam atau bencana ekonomi atau apa apa saja, kerana kesalahan itu harus diletakkan dikepala anda sendiri yang memandang remeh kekuasaan Allah.