Thursday, March 09, 2006

Rakyat Malaysia Pengecut

Aku menulis ini kerana response satu artikel dari bismillah.net yang menyeru rakyat malaysia menukar kerajaan yang ada dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Artikel itu ditulis berdasarkan kenaikan harga minyak baru baru ini. Aku memang bersetuju dengan cadangan tersebut dan aku juga dah lama ingin melihat kerajaan baru sejak dari 2 penggal yang lepas.

Memang ada betulnya, menunggu Pilihanraya Umum(PRU) untuk memilih pemimpin kita nanti. Masalahnya nanti masa pilihanraya, rakyat malaysia ni ntah apa kenanya pun tak tau, Biasanya tahun PRU kerajaan kita buat benda yang memang best lah untuk rakyat, takdak kenaikan minyak, cukai turun dan sebagainya. Yang hairannya rakyat malaysia terus happy dan terus pilih kerajaan yang sama yang selama 4 tahun mencekik mereka sendiri. Dan rotation tu terus berlaku penggal demi penggal. Melayu mudah lupa atau lebih tepat lagi, Malaysian mudah lupa, atau sebenarnya Rakyat Malaysia Pengecut, tak berani berubah. Takut kalau tukar nanti, itu jadi ini jadi ekonomi tak stabil nanti, padahal bila tak tukar sama gak, itu jadi ini jadi jugak, ekonomi stabil sangat ke skrg nih??

Kebanyakan rakyat Malaysia nampak kepincangan yang berlaku dalam kerajaan sekarang, namun semua mengambil langkah selamat dengan hanya mengikut arus dengan alasan ingin kestabilan politik berterusan di Malaysia. Kita nampak ada masalah dengan Kementerian Kerja Raya yang diketuai oleh seorang menteri yang angkuh bila berkata kata. Kalau takdak masalah, masakan jejambat MRR2 tu begitu teruk sekali. Namun Pak Lah masih mengekalkannya. Begitu juga isu AP yang masih kabur, namun Menterinya juga turut dikekalkan. Kalau ketua takut berubah apalagi rakyat, "kepimpinan melalui teladan". Itu yang tak betul kalau ketua kita penakut, kita kena cari ketua yang berani. Tapi bukan berani membabi buta "Berani Kerana Benar".

So pada rakyat malaysia yang rasa terhina jika dipanggil pengecut. Jika anda ingin berubah, berubahlah. Berfikiran terbuka dan bertindaklah.

2 comments:

Shahrul Azmi said...

Realiti dan Fantasi,

fantasinya kita mahu melihat UMNO tumbang, tapi realitinya orang Malaysia tidak mampu untuk melakukannya.

'Silent Majority'telah lama membunuh Malaysia, semuanya tak suka tapi semuanya tak buat apa2.

Mengalahkan Barisan Nasional memerlukan pakatan baru yang kuat, tapi sampai sekarang tiada satu pakatan pun yang bertahan... Ideologi terlampau berbeza, satu sosialis, satu Islamis dan satu lagi about the freedom of Anwar.

Untuk aku, the only solution is to boycott the pilihanraya ataupun lebih drastik REVOLUSI

Ajaque said...

UMNO & BN 99.99% takkan tumbang tanpa keberanian rakyat untuk berubah. Revolusi takkan berlaku tanpa keberanian rakyat. Kalau hanya 20 orang yang berani dari 20juta rakyat Malaysia, bukan kata revolusi, bau revolusi pun tak dapat.

So persoalan pokoknya adalah keberanian. Didiklah anak anda dari sekarang. Tanamkan dalam dirinya sifat keberanian menegakkan kebenaran.