Thursday, March 23, 2006

Duti Eksais Kereta import

Nampaknya kerajaan cuba amibl semula hati rakyat dengan menurunkan duti eksais terhadap kereta kereta import. Memang sudah dijangkakan perkara ini berlaku. Penurunan duti ini akan diumumkan selepas pengumuman kenaikan harga minyak. Nak tahu kenapa? Jawapannya mudah - "Melayu @ rakyat Malaysia mudah lupa". Tujuannya dengan pengumuman penurunan ini adalah untuk melupakan isu kenaikan harga minyak. Rakyat Malaysia memang biasalah, bila ada kenaikan, akan merungut dan bila ada penurunan, melompat kegirangan sehingga lupa isu kenaikan yang berlaku sebelumnya. Selain dari itu, mereka lupa untuk menganalisa adakah penurunan itu membantu untuk cover kos kenaikan sebelum ini???

Duti Eksais turun dari 5% - 75%. Kena ingat yang 5% itu untuk rakyat marhain dan 75% itu untuk golongan "atasan" termasuk kroni kroni orang yang tukang umum. Mana taknya, untuk kereta yang cc nya kurang 1800cc turun sebanyak 5%. Untuk kereta yang 3000cc keatas turun sehingga 75%. Kerajaan nak tolong siapa sebenarnya ni? Nak tolong orang bergaji RM2000 kebawah? Mampu ke orang bergaji kurang dari RM 2000 nak pakai kereta melebihi 3000cc? Takkan mampu punya. Yang mampu, tokey tokey balak, menteri menteri dan beberapa lagi manusia yang kaya kerana rasuah. Sudahlah mereka tak merasa kesan terhadap kenaikan harga minyak, dapat pulak durian runtuh bila kereta mewah yang diidamkan turun harga.

So jangan terlalu mudah melonjak girang dek kerana ada berita gembira. Berfikir dan analisa dulu berita gembira itu untuk anda atau anda tumpang gembira atas kesengsaraan anda sendiri.

3 comments:

shahrul azmi said...

Penurunan duti import bagi negara ini seharusnya tidak memberikan apa2 kesan kepada rakyat. Kerana pada kadar masa panjangnya rakyat perlu membayar lebih lagi dengan kadar kenaikan harga minyak pada setiap tahun.
Yang penting adalah sejauh mana penambahbaikan sistem pengangkutan awam dapat dijalankan dengan baik. Adala lebih baik sekiranya eksais duti kereta import dinaikkan lebih tinggi lagi bagi mengelakkan penggunaan petrol yang berlebihan di kalangan orang kaya kerana cc mereka jauh lebih besar.

Anonymous said...

Harga kereta buatan malaysia tidak sepatutnya begitu tinggi. Daripada menurunkan harga kereta luar lebih baik turunkan harga kereta nasional.Kenapa negara seperti India mampu menjual kereta buatan tempatan dgn harga $2500 seunit atau lebih kurang RM 8,750. Tetapi di Malaysia, kereta kelisa pun sudah mencecah RM 40,000 / $11,428. Secara perinadi nya saya rasa harga kereta dan minyak petrol harus seimbang agar tidak membebankan rakyat. Jika tidak turun serendah manapun kalu harga minyak melambung, x guna.

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik