Thursday, March 23, 2006

Duti Eksais Kereta import

Nampaknya kerajaan cuba amibl semula hati rakyat dengan menurunkan duti eksais terhadap kereta kereta import. Memang sudah dijangkakan perkara ini berlaku. Penurunan duti ini akan diumumkan selepas pengumuman kenaikan harga minyak. Nak tahu kenapa? Jawapannya mudah - "Melayu @ rakyat Malaysia mudah lupa". Tujuannya dengan pengumuman penurunan ini adalah untuk melupakan isu kenaikan harga minyak. Rakyat Malaysia memang biasalah, bila ada kenaikan, akan merungut dan bila ada penurunan, melompat kegirangan sehingga lupa isu kenaikan yang berlaku sebelumnya. Selain dari itu, mereka lupa untuk menganalisa adakah penurunan itu membantu untuk cover kos kenaikan sebelum ini???

Duti Eksais turun dari 5% - 75%. Kena ingat yang 5% itu untuk rakyat marhain dan 75% itu untuk golongan "atasan" termasuk kroni kroni orang yang tukang umum. Mana taknya, untuk kereta yang cc nya kurang 1800cc turun sebanyak 5%. Untuk kereta yang 3000cc keatas turun sehingga 75%. Kerajaan nak tolong siapa sebenarnya ni? Nak tolong orang bergaji RM2000 kebawah? Mampu ke orang bergaji kurang dari RM 2000 nak pakai kereta melebihi 3000cc? Takkan mampu punya. Yang mampu, tokey tokey balak, menteri menteri dan beberapa lagi manusia yang kaya kerana rasuah. Sudahlah mereka tak merasa kesan terhadap kenaikan harga minyak, dapat pulak durian runtuh bila kereta mewah yang diidamkan turun harga.

So jangan terlalu mudah melonjak girang dek kerana ada berita gembira. Berfikir dan analisa dulu berita gembira itu untuk anda atau anda tumpang gembira atas kesengsaraan anda sendiri.

Monday, March 13, 2006

Rakyat Malaysia Berani?

Demo pembantahan kenaikan minyak.
Adakah ini adalah salah satu cara menunjukkan keberanian? bagi aku ya? ini adalah satu permulaan, walaupun keberkesanannya masih belum menentu. Namun bagi aku ia tetap satu langkah permulaan untuk kita mempertahankan hak kita.


Thursday, March 09, 2006

Rakyat Malaysia Pengecut

Aku menulis ini kerana response satu artikel dari bismillah.net yang menyeru rakyat malaysia menukar kerajaan yang ada dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Artikel itu ditulis berdasarkan kenaikan harga minyak baru baru ini. Aku memang bersetuju dengan cadangan tersebut dan aku juga dah lama ingin melihat kerajaan baru sejak dari 2 penggal yang lepas.

Memang ada betulnya, menunggu Pilihanraya Umum(PRU) untuk memilih pemimpin kita nanti. Masalahnya nanti masa pilihanraya, rakyat malaysia ni ntah apa kenanya pun tak tau, Biasanya tahun PRU kerajaan kita buat benda yang memang best lah untuk rakyat, takdak kenaikan minyak, cukai turun dan sebagainya. Yang hairannya rakyat malaysia terus happy dan terus pilih kerajaan yang sama yang selama 4 tahun mencekik mereka sendiri. Dan rotation tu terus berlaku penggal demi penggal. Melayu mudah lupa atau lebih tepat lagi, Malaysian mudah lupa, atau sebenarnya Rakyat Malaysia Pengecut, tak berani berubah. Takut kalau tukar nanti, itu jadi ini jadi ekonomi tak stabil nanti, padahal bila tak tukar sama gak, itu jadi ini jadi jugak, ekonomi stabil sangat ke skrg nih??

Kebanyakan rakyat Malaysia nampak kepincangan yang berlaku dalam kerajaan sekarang, namun semua mengambil langkah selamat dengan hanya mengikut arus dengan alasan ingin kestabilan politik berterusan di Malaysia. Kita nampak ada masalah dengan Kementerian Kerja Raya yang diketuai oleh seorang menteri yang angkuh bila berkata kata. Kalau takdak masalah, masakan jejambat MRR2 tu begitu teruk sekali. Namun Pak Lah masih mengekalkannya. Begitu juga isu AP yang masih kabur, namun Menterinya juga turut dikekalkan. Kalau ketua takut berubah apalagi rakyat, "kepimpinan melalui teladan". Itu yang tak betul kalau ketua kita penakut, kita kena cari ketua yang berani. Tapi bukan berani membabi buta "Berani Kerana Benar".

So pada rakyat malaysia yang rasa terhina jika dipanggil pengecut. Jika anda ingin berubah, berubahlah. Berfikiran terbuka dan bertindaklah.

Wednesday, March 08, 2006

Sejarah Hitam Umat Islam

3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah; “Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam”.
     Pada hakikatnya, keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Pertentangan antara dua peradaban ini (Islam dan Kufur) telah pun berlaku sejak awal Rasulullah diangkat sebagai Rasul lagi. Daulah Khilafah yang dirobohkan ini merupakan kesinambungan Negara Islam yang didirikan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah selepas berlakunya peristiwa Hijrah. Khalifah Abu Bakar As Siddiq merupakan orang pertama yang memulakan diari Negara Khilafah diikuti oleh Khalifah ‘Umar Al Khattab, Khalifah Osman bin ‘Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib di mana zaman pemerintahan mereka dikenali juga sebagai era Khilafah Rasyidah. Selepas itu kekhilafah diteruskan oleh Bani Umaiyyah diikuti kekhilafahan Bani Abbasiyah dan terakhir, kekhilafahan Bani Uthmaniyyah yang semuanya berlarutan lebih 1300 tahun. Benarlah sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sepertimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hazim yang berkata:
     “Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun dan pernah aku mendengarnya menyampaikan hadits dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang bersabda: “Dahulu Bani Israil dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seseorang nabi wafat, digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak khalifah.’ Para sahabat bertanya: ‘Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?’ Baginda menjawab: ‘Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban dari mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka”
     Sepanjang tempoh tersebut Islam telah menjangkau dan meliputi 2/3 dunia (lihat rajah kawasan umat Islam pada abad ke 15) dari Timur ke Barat. Sehingga itu juga banyak kejayaan yang telah dicapai dan rahmat melimpah ke atas umat manusia sepertimana Firman Allah:
     “Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam” [TMQ al-Anbiya’ 21:107]
     Malapetaka ketiadaan Khilafah
     Kehinaan yang menimpa umat Islam secara bertali arus sehingga ke hari ini adalah merupakan kesan dari tiadanya kekuatan politik di dalam tubuh umat Islam – tiadanya sebuah kepimpinan umum umat Islam (Al-Khilafah) yang menerapkan hukum-hukum Islam di dalam Negara Islam dan menyebarkan Islam ke luar Negara melalui dakwah dan jihad. Malapetaka yang terus menerus menimpa kaum Muslimin merupakan rentetan dari tiadanya perlaksanaan ke atas perintah Allah secara menyeluruh. Dari firman Allah di atas, adalah merupakan suatu kepastian bahawa dengan terlaksananya hukum-hukum syara’ secara menyeluruh, alam ini pasti akan dipenuhi rahmat Allah.
     Namun apa yang kita perhatikan hari ini adalah perintah dan larangan Allah hanya tinggal sebagai tulisan-tulisan di dalam kitab sebagai rujukan akademik dan bukannya sesuatu yang diterapkan sebagai penyelesaian bagi masalah umat manusia. Rentetan dari itu, masalah gejala sosial, murtad, seks bebas, Aids, dadah dan sebagainya kini menjadi lumrah dan keluhan di bibir umat. Hakikatnya, penyelesaian bagi semua masalah-masalah ini telahpun dijelaskan oleh Allah dan RasulNya dengan penyelesaian yang hakiki. Apa yang perlu dilakukan adalah menerapkannya secara menyeluruh.
     Salah satu malapetaka yang cukup menyedihkan yang menimpa umat Islam akibat dari kelalaian umat dalam menerapkan hukum Allah secara menyeluruh adalah dari segi ekonomi. Lihat sahajalah di negeri-negeri umat Islam, hasil bumi mereka seperti petroleum, emas dan perak yang sepatutnya menjadi milik umat telah dimonopoli oleh kapitalis Barat dan juga menjadi milik peribadi penguasa mereka. Akibatnya, umat Islam hidup dengan penuh  kemiskinan dan menagih simpati di bumi sendiri. Di Iraq, sebagai contoh, akibat dari ketamakan Barat, 120,000 orang terbunuh di sepanjang 2003-2005, 5 juta kehilangan nyawa akibat embargo, 5000 kanak-kanak meninggal setiap bulan dan 100,000 meninggal akibat radiasi nuklear [Perang Iraq-AS, COMES: 2003].
     Dominasi ideologi kapitalis yang kufur pada hari bukan sahaja membawa pelbagai kesengsaraan kepada umat Islam, malah kepada lebih 60% umat manusia di dunia. Kemiskinan, kehinaan dan kesengsaraan termanifestasi di seluruh dunia. Di dalam dunia yang serba canggih ini, masih terdapat 1.214 billion orang miskin, 78% kanak-kanak kekurangan zat, 11 ribu kanak-kanak mati kelaparan setiap hari dan lebih dari 800 juta orang kelaparan di seluruh dunia di mana 70% di antara mereka adalah wanita dan anak-anak. [Shukor Rahman, World Food Program, New Staits of Malaysia Times, 2001]. Semua ini berlaku dalam keadaan 20% dari penduduk dunia menerima lebih dari 60% dari kekayaannya!!! [100 ways of seeing an unequal world – Bob Sutcliffe].
     Di Malaysia sendiri, individu terkaya di negara ini memiliki harta melebihi RM 11 bilion sedangkan pendapatan per kapita rakyatnya hanya sekitar RM 1700; malah masih ramai lagi rakyat termiskin yang tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga mereka. Dengan kenaikan harga petrol sebanyak 30 sen baru-baru ini, sudah pasti bebanan rakyat akan bertambah dan bagi yang sudahpun berada di dalam keadaan yang sempit, mereka ini bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga...
     Soalan yang pasti akan bermain di minda adalah kemanakah perginya segala kekayaan hasil bumi anugerah Allah yang menjadi milik umat Islam keseluruhannya? Kemanakah perginya kekayaan dari petroleum, gas, hasil balak dan lain-lain sumber asli yang begitu banyak dikurniakan Allah kepada kaum Muslimin?? Dalam dunia kapitalis hari ini, kekayaan yang sewajarnya menjadi milik umat, kini diraut oleh para kapitalis yang tidak pernah kenyang dari ketamakan mereka. Akibatnya merintihlah umat untuk mendapatkan bantuan perubatan, pendidikan dan keperluan asas kehidupannya kerana negara telah melepaskan tanggungjawab utamanya – menjaga urusan umat.
     Dalam aspek pendidikan pula, cengkaman ideologi kapitalisme yang berasaskan aqidah sekular secara langsung memainkan peranan besar dalam perkembangan kurikulum di semua negeri umat Islam. Barat mengetahui bahawa dengan mengawal pemikiran umat melalui pengaruh yang mendasar ke atas kurikulum pendidikan, arah tuju umat dapat dialihkan kepada apa yang mereka inginkan. Realiti, dan bukan wahyu dijadikan sebagai sumber pemikiran. Akibatnya, realitilah yang menentukan jalan pemikiran dan bukannya berfungsi sebagai objek pemikiran. Akhirnya, akan lahirlah manusia yang pragmatik dan liberal – manusia yang langsung tidak merasa perlu untuk kembali kepada perintah Allah dalam menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Hari ini, dengan dominasi sistem pendidikan Barat, pengajian ilmu dan tsaqafah Islam menjadi sekadar proses pemindahan ilmu untuk ’dipelajari’ bukan untuk diterapkan dan diamalkan. Akhirnya agama diambil hanya dalam konteks hubungan makhluk dengan Tuhannya sahaja (ibadahkhusus), tidak lebih dari itu. Akibatnya lahirlah masyarakat sekular yang memegang aqidah Islam namun tidak mengambil Islam sebagai penyelesai bagi masalah-masalah kehidupan mereka. Mereka hidup semata-mata ingin meraih dunia tanpa komitmen yang kuat terhadap Islam. Mereka merasa cukup selesa meletakkan Islam hanya sebagai isu peribadi tanpa kesedaran bahawa mereka sebenarnya bertanggungjawab menerapkannya.
     Malapetaka yang menimpa kaum Muslimin akibat dari tiadanya Islam dalam kehidupan juga dapat dilihat dalam aspek politik. Satu persatu negeri umat Islam dijajah secara ketenteraan; Iraq, Palestin dan Afghanistan merupakan contoh yang amat jelas. Manakala di negeri kafir umat Islam turut dibunuh dan dihina seperti di Thailand, Filiphina, Rusia serta Perancis. Di negeri-negeri lain, penguasa umat Islam tidak dapat memboloskan diri dari cengkaman negara ’super power’ AS seolah-olah akan berlaku bencana yang amat besar sekiranya telunjuknya tidak dipatuhi. Dalam keadaan ini, kaum kafir begitu bermaharajalela sehinggakan penghinaan ke atas Rasulullah melalui karikaturnya terus dipandang sepi oleh penguasa-penguasa umat Islam. Mereka (penguasa muslim) ini nampaknya sehingga hari ini tidak pernah mengambil pendirian yang tegas dalam menyelesaikan masalah tersebut. Dengan nada penuh kehinaan mereka hanya mampu menyeru kepada penyelesaian melalui dialog dan kompromi dengan kuffar, suatu yangmereka, kaum kafir, sambut dengan tangan terbuka. Dan pada waktu yang sama penguasa-penguasa ini menekan kebangkitan umat yang mahukan penyelesaian yang lebih tegas. Di manakah pendirian kita sebagai umat yang mulia?
     Gambaran pemikiran umat Islam hari ini
     Terdapat berbagai kelompok yang menyedari kegawatan permasalahan umat Islam kini. Namun usaha mereka masih belum dapat menyelesaikan masalah utama umat Islam malah menimbulkan banyak lagi masalah lain. Ini berlaku akibat dari kekeliruan mereka dalam menangani masalah tersebut. Kelompok yang ikhlas ini terlalu menumpukan tenaga mereka dalam menyelesaikan masalah cabang, namun, terlepas pandang masalah yang lebih mendasar. Contohnya, penyelesaian masalah murtad yang hangat suatu ketika dahulu. Dalam mempertahankan kedudukan mahkamah syariah mereka juga bertekad untuk mengekalkan perkara 121 Perlembagaan Persekutuan yang kononnya melindungi umat Islam padahal permasalahan yang lebih mendasar adalah kedudukan perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan ini, pada hakikatnya tidak didasarkan kepada aqidah Islam dan merupakan ciptaan manusia sedangkan hak untuk membuat hukum itu hanya terletak di tangan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Oleh itu, isu yang menjadi dasar permasalahan yang sepatutnyadiperhatikan adalah mengembalikan hukum Allah dalam aspek perundangan dan kenegaraan secara menyeluruh, bukannya berpuas hati dengan penyelesaian secara separuh-separuh.
     Selain itu, natijah daripada diterapkannya sistem pendidikan sekular telah menimbulkan berbagai pemikiran yang rosak di dalam umat. Akibat dari acuan kekufuran yang telah ditanam di dalam pemikiran umat oleh sistem ini, mereka memandang nasionalisme, patriotisme dan demokrasi kapitalisme sebagai pemikiran yang benar dan mendarah daging di dalam tubuh mereka sehingga tidak kelihatan lagi pemikiran lain di dalamnya, apatah lagi pemikiran Islam. Malah ada yang menganggap bahawa kembali kepada Islam itu hanya memberi makna kembali ke zaman silam yang mundur. Tidak kurang juga yang melihat Islam sebagai pemikiran yang tidak lengkap dan uzur sehingga ia perlu diselaraskan, atau diubah, sekiranya perlu, agar selaras dengan perkembangan geo-politik dan sosio-ekonomi dunia. Inilah realiti pemikiran kaum Muslimin hari ini akibat dari penerapan ideologi kufur di tengah-tengah umat.
     Kewajiban mendirikan Khilafah
     Pada saat ini umat Islam adalah bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya; kehinaan menimpa mereka di mana-mana. Mereka berusaha mencari kemuliaan dengan berbagai-bagai cara namun masih belum lagi menemuinya. Hakikatnya, inilah permasalahan ’hidup dan mati’ yang dihadapi oleh umat hari ini. Satu-satunya penyelesaian yang tuntas adalah dengan menegakkan semula Khilafah. Benar, menegakkan Khilafah bukanlah semudah mengatakannnya. Untuk meraih kejayaan ini, umat haruslah bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapainya melalui pengkajian, pembinaan dan perjuangan yang tidak kenal lelah. Usaha keras untuk mengembalikan Islam sebagai ideologi yang mendominasi dunia ini bukan sahaja merupakan satu-satunya jalan yang harus ditempuh oleh kaum Muslimin, malah, ia merupakan kewajiban setiap muslim untuk melakukannya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman;
     “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin daripada kamu...” [TMQ an-Nisa’ 4:59]
     Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda yang bermaksud;     “Siapa saja yang mati tanpa tanpa ada baiat (kepada imam/khalifah) di pundaknya, maka matinya adalah mati jahiliah” [HR Muslim].
     Kedua-dua nas di atas menyatakan kewajiban setiap individu muslim untuk melantik (bai’at) pemimpin (Khalifah) yang akan menjaga urusan mereka. Namun kewajiban bai’at tersebut tidak akan terlaksana jika tidak ada orang yang hendak dibai’at. Oleh itu usaha untuk melantik atau mendirikan Khilafah itu sendiri menjadi pokok persoalan utama bagi memastikan tertegaknya Islam.
     Realiti musibah demi musibah yang menimpa umat pada hari ini juga menunjukkan bahawa tidak ada cara lain yang lebih utama untuk mengembalikan kemuliaan umat yang terbaik ini selain dengan mendirikan semula Khilafah ’ala minhaj annubuwwah. Sesungguhnya janji Allah dan Rasul dalam perkara ini adalah jelas sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis di bawah;
     “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.” [HR Ahmad dan Baihaqi dari Nu├óman bin Basyir dari Hudzaifah]
     Jalan untuk mendirikan semula Khilafah
     Khilafah adalah bentuk sistem pemerintahan Islam seperti yang diamal dan dijalankan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mendirikan Khilafah bukanlah usaha yang berbentuk individu, namun, ia merupakan usaha yang berbentuk jamaah. Bagi memastikan bahawa jamaah ini bergerak di atas jalan yang benar, ia haruslah memiliki fikrah (pemikiran) dan tariqah (jalan/kaedah) yang jelas dan benar. Dan kebenaran hanya dapat diperoleh dari nas yang kuat.
     Dengan kejelasan dan kebenaran fikrah dan tariqah ini, jamaah tersebut akan dapat bergerak memimpin umat menegakkan semula Khilafah. Pada masa yang sama, setiap individu muslim haruslah berusaha bersungguh-sungguh, bersama dengan jamaah ini ke arah mengembalikan kehidupan Islam. Ini sesuai dengan kaedah syara’ yang berbunyi;
     “Tidak sempurna sesuatu kewajiban melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”
     Menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi syara’. Kini Khilafah tidak wujud. Mewujudkan Khilafah menjadi suatu kewajiban dan tanpa jamaah, kewajiban ini tidak akan dapat dijalankan. Dan selagi jamaah ini masih belum berjaya menegakkan Khilafah, maka di atas setiap pundak kaum Muslimin ada kewajiban untuk bersama-sama jamaah ini menegakkan Islam. Jamaah ini haruslah berjuang dan beraktiviti sebagai sebuah parti politik, kerana aktiviti mendirikan negara, menguruskan negara dan menjaga urusan umat Islamadalah merupakan aktiviti politik. Syariat Islam tidak pula menetapkan bilangan jamaah yang harus ada bagi menjalankan aktiviti ini. Yang ditetapkan Islam adalah kewajiban mewujudkan jamaah untuk menyeru kepada Islam dan melakukan aktiviti amar ma’ruf dan nahi mungkar. Allah berfirman di dalam surah Al Imran ayat 104.
     “Dan hendaklah ada daripada kamu satu umat (jamaah); mereka menyeru kepada kebaikan mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah  perkara munkar dan mereka adalah orang-orang yang berjaya”  
  Wahai kaum muslimin,  
  Semenjak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3hb Mac 1924, umat terus ditimpa musibah yang tidak putus-putus. Umat, meskipun berada dalam keadaan yang tertekan, terus berpecah-belah dan saling bertelagah. Namun keadaannya berbeza dengan kaum kuffar. Mereka bersatu mempertahankan Denmark ketika negara tersebut diancam dengan pemulauan. Kata-kata Presiden EU baru-baru ini mempertahankan pendirian Denmark untuk tidak meminta maaf kepada kaum Muslimin menghidupkan semula memori Perang Salib. Apakah peristiwa penghinaan ke atas Rasul, kezaliman Yahudi dan pencerobohan mereka ke atas Qiblah-alawwal, penghinaan ke atas Al-Quran, penyiksaan ke atas tahanan Islam di Teluk Guantanamo dan Penjara Abu Ghareeb serta banyak lagi penyeksaan ke atas kaum Muslimin masih belum cukup bagi kita untuk menyedari bahawa tiada penyelesaian lain bagi kaum Muslimin kecuali dengan menegakkan Negara Islam Khilafah?
     Semoga Allah menanamkan kesedaran ini kepada kaum Muslimin dan mempercepatkan berdirinya Daulah Khilafah. Marilah kita sama-sama berdoa agar 3hb Mac tahun ini merupakan hari peringatan terakhir bagi kaum Muslimin sebelum kemenangan gilang-gemilang dikurniakan Allah kepada umat yang mulia ini!. Amin.     Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuesday, March 07, 2006

Buat tatapan bangsaku - Melayu

Sedikit Kisah Untuk Tatapan Anak Bangsa Di tulis oleh seorang yang conecern tentang bangsa melayu. Renungkan lah

CATATAN SEMULA HASIL DARIPADA CERITA SEORANG ANAK MELAYU YANGPRIHATIN DAN BANGGA DENGAN ANAK BANGSANYA SENDIRI
........ UNTUK PENGETAHUAN DAN PENGAJARAN BUAT KITA SEMUA.

Kebelakangan ini kita banyak membaca berita seperti yang tersiar di akhbar mengatakan orang melayu masih mundur dan ketinggalan, itu adalah sama sekali tidak benar. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dengan saudara saudari sekalian pengalaman saya selama bekerja di bahagian industri. Saya berjaya mendapat kerja di kilang mungkin kerana nasib menyebelahi saya. Majoriti ditempat kerja saya adalah bangsa Cina dan rata-rata daripada mereka tidak fasih berbahasa Inggeris dan memiliki Diploma dari kolej yang tidak diiktiraf oleh JPA.

Setelah beberapa tahun saya berada di sini, saya telah dinaikkan pangkat yang mana saya adalah satu-satunya orang melayu yang memegang jawatan tertinggi dalam syarikat saya. Sedangkan ramai lagi melayu lain yang berkebolehan dan berpendidikan tinggi yang layak menjawat jawatan tinggi dalam syarikat ini. Saya dikelilingi oleh bangsa cina yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris dan tak ada qualification (not qualified by JPA) tetapi dinaikkan pangkat sehingga menjadi pengurus dan senior engineer.Sedangkan orang melayu yang mempunyai ijazah, boleh berkomunikasi dalam bahasaInggeris dengan baik dan mempunyai reputasi kerja yang baik hanya diberi jawatan assistant engineer.

Kalau pasal gaji tak payah cakap lah. Graduan lepasan ijazah Melayu diberi gaji RM 1200/- (starting salary ) tetapi graduan ijazah bangsa Cina diberi gaji RM 1800/- . Bayangkanlah betapa jauhnya berbezaan mereka.

Saya pernah didatangi oleh seorang engineer (bangsa cina) dia minta tolong saya memeriksa surat draft untuk membatalkan perkhidmatan insuran bagi credit cardnya. Alangkah terkejutnya saya seorang engineer menulis " I like to cancer my Insurance ....." Dalam hati saya berkata, "Awatlah teruk nya cina bukit ni tulis surat ... dia ni tau ke meaning cancer dengan cancelled tu." Sebenarnya rata-rata orang cina boleh berjaya kerana mereka ni diberi peluang oleh majikan mereka saja. Sekiranya orang melayu diberi peluang sepertimana yang diperolehi oleh mereka tu, we can perform much better than them. Masalahnya nasib orang melayu tidak terbela disebabkan kuota tidak dibuka untuk bahagian staff dan management.Kerajaan kita hanya meletakkan kuota secara umum disetiap sector swasta 30-40% mestilah melayu. Maka 30-40% itu dimasukkan ke dalam bahagian bawahan seperti operator, drebar dan kerani saja. Sebenarnya orang Melayu merempat di negara sendiri. Orang Melayu dianggap 'second class' oleh orang cina di Malaysia.

Perkara diskriminasi di sektor swasta terlalu ketara sekali. Orang-orang melayu kalau adapun hanya dipergunakan oleh majikan mereka. Contohnya diri saya sendiri saya bekerja di bahagian logistics. Saya behubung rapat dengan jabatan kerajaan mengenai kemasukan dan penghantaran barang.

Saya tak rasapun yang saya dihargai di tempat kerja saya kerana saya tak dapat layanan (treatment) yang sepatutnya berbanding dengan bangsa cina yang sejawatan saya. Dari segi gaji, elaun dan bonus. Saya hanya dipergunakan untuk memudahkan urusan mereka saja. Tetapi saya masih bekerja di sini kerana, sekiranya saya lari ke tempat lain keadaannya juga sama atau mungkin lebih teruk lagi.

Di sini sekurang2nya saya diperlukan, kalau saya tidak ada siapa nak membela nasib anak buah saya yang kesemuanya Melayu. Saya pernah ditegur oleh MD saya kenapa pilih semua staff melayu. Dengan alasan bila perayaan siapa nak standby? Saya rasa sakit hati teramat sangat dengan persoalan tadi secara terang-terangan dan saya tanya dia balik, kenapa Procument /Purchasing department semua Cina pulak? Macam mana kalau cuti Chinese New Year siapa nak stand by? Boss saya terus diam dan tak dapat kata apa-apa. Nampak tak mentaliti mereka? Cukup busuk hati.

Dalam hati mereka dah tertanam sikap bencikan melayu dan beranggapan melayu no class. Kalau dikaji mereka tu lagi tak dak class. Kita selalu lihat di luar rumah mereka begitu gah tersergam indah tapi di dalamnya bersepah tak berkemas lansung. Begitu jugalah diri mereka nampak putih bersih tapi busuk dan tak suci sebabnya tak mandi.

Saya sangat berharap agar kita semua dapat lakukan sesuatu untuk membantu nasib graduan melayu yang terpinggir dan juga melayu yang lain agar tidak menjadi kuli batak saja. Anggapan Melayu bodoh dan tak de class patut dihakis sama sekali. Alasan pengangguran siswazah Melayu yang selalu dikeluarkan oleh pemimpin kita adalah kelemahan berbahasa Inggeris dan kekurangan pengetahuan tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Tetapi bagi saya, pemimpin yang berkata begitu adalah pemimpin yang hanya dengar cakap orang dan jarang turun padang. Saya ingin menyatakan pengalaman saya dan rakan-rakan semasa proses pencarian kerja sejurus tamat pengajian didalam dan di luar negara. Saya telah duduk di kalangan bangsa asing sejak berumur 19 tahun. Saya menimba ilmu dengan dikelilingi bangsa lain begitu juga dengan rakan-rakan saya.

Jadi bahasa pengantar kami adalah bahasa Inggeris. Jarang saya jumpa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terutama sekali yang datang dari bandar-bandar besar lemah berbahasa Inggeris kecuali yang datang dari pedalaman. Kalau nak diikutkan purata pelajar IPT yang betul-betul datang dari pedalaman amat sedikit sekali bilangannya. Di manakah silapnya orang Melayu kita? Hampir setiap hari di dada surat khabar kita dihamburkan dengan kritikan-kritikan yang tidak membina tentang orang Melayu. Semua yang tak bagus dilemparkan kepada orang Melayu, yang baik-baik kepada bukan Melayu. Bagi saya itu hanyalah alasan pihak tertentu untuk mengaburi mata rakyat.

1. Ketinggalan.
Apa sebenarnya berlaku di Malaysia? Sebenarnya bukan kerana kelemahan bahasa Inggeris ataupun ketinggalan dari segi teknologi, tetapi kita mesti akui bahawa syarikat-syarikat besar di Malaysia kebanyakannya dikuasai oleh kaum bukan Melayu walaupun syarikat itumilik Amerika Syarikat (AS) ataupun Eropah. Mereka telah memegang jawatan penting di syarikat itu dan mempunyai agenda tersendiri. Mereka menggunakan pelbagai cara supaya orang Melayu dilihat sebagai lemah. Mereka menggunakan alasan bahasa Inggeris sedangkan apabila membuat iklan tercatat di situ Mandarin is an added advantage atau berkemahiran berbahasa Mandarin ataupun Kantonis. Kalau dilihat, syarikat-syarikat tersebut adalah dari AS ataupun Eropah. Adakah mereka akan menggunakan bahasa Mandarin untuk berkomunikasi? Sudah tentu tidak. Itu hanyalah alasan yang dibuat-buat supaya peluang orang Melayu akan tertutup dengan sendirinya. Kalau tidak percaya, belilah akhbar bahasa Inggeris dan lihat di ruangan jawatan kosong.

Untuk pengetahuan pembaca, bukan setakat belajar bersama bangsa asing tetapi saya bekerja pun bersama mereka. Saya adalah satu-satunya pegawai peringkat pertengahan di mana selebihnya adalah bukan Melayu dari peringkat saya sampai ke peringkat atasan. Saya percaya tujuan pengambilan saya adalah untuk mencukupkan syarat supaya apabila ada pegawai- pegawai kerajaan yang hadir, saya ditolak untuk melayan mereka walaupun bidang sayatidak mempunyai kaitan langsung dengan mereka. Saya telah lihat mereka bukanlah seperti yang digembar-gemburkan di dada- dada akhbar malahmereka adalah lebih teruk daripada Melayu bila berbahasa Inggeris.

2. BercakapMemang mereka yang tidak tahu berbahasa Inggeris mengatakan mereka sudah cukup bagus tapi bagi saya orang Melayu kita lagi bagus. Mereka hanya berani bercakap walaupun tatabahasanya tunggang terbalik. Di sini saya sertakan beberapa ayat yang selalu digunakan oleh mereka " you calling from where? ", you want to talk to who? " yang mana kadang-kadang menyebabkan saya ketawa besar bila mendengarnya. Inikah kaum yang perlu dicontohi oleh orang kita? Mungkin mereka pandai dalam bidang ekonomi tapi sebenarnya mereka bukanlah pandai sangat. Mereka hanya mempunyai persatuan yang kuat di mana mereka bersatu padu dan sanggup bantu membantu.

Antara pengalaman yang saya alami sendiri apabila ingin mengambil staf di bahagian saya yang baru. Pengurus besar awal-awal memberitahu, jawatan ini adalah untuk bukan Melayu. Mereka sudah pendekkan senarai dan suruh saya menemu duga mereka, yang paling mengejutkan bos saya (yang ketika itu berada di sisi) yang selama ini mengutuk orang Melayu keluar tersipu-sipu dari bilik temu duga kerana malu apabila kaumnya sendiri bercakap bahasa Inggeris tunggang terbalik dan mempunyai ijazah dan diploma yang tidak berkualiti dari IPT swasta. Pengalaman rakan baik saya semasa ditemu duga oleh sebuah kilang milik pelabur AS yang terkemuka di Malaysia amat menyedihkan.

Walaupun fasih berbahasa Inggeris tetapi tidak juga berjaya menambat hati kaum pegawai bukan Melayu. Dia lulus ketiga-tiga peringkat yang diperlukan dan akhir sekali penemu duga tidak mempunyai cara lain selain berterus terang. Rakan saya bagaikan tidak percaya, walaupun berada di negara sendiri tetapi diberi layanan seperti rakyat asing. Akhirnya dia berjaya mendapat jawatan di salah sebuah syarikat kerajaan. Tujuan saya menceritakan semua bukanlah untuk mengutuk pemimpin kita, tetapi janganlah lagi menggunakan alasan yang tiada langsung kebenarannya. Buat analisis di kilang-kilang, kenapa banyak orang Melayu hanya bekerja sebagai operator kenapa tidak jawatan yang berpangkat? Di manakah longgokan graduan Melayu? Adakah mereka ini benar-benar tidak berkualiti atau menjadi mangsa keadaan kerana pemimpin yang sengaja menutup sebelah mata?

Nota:i. Di dalam akhbar menyatakan setatkat hari ini seramai 80,000graduan menganggur di mana 90% adalah bumiputera. Itu di dalam akhbar, hakikat sebenar mungkin lebih.ii. Kenapa isu graduan melayu menganggur tak selesai sampai hari ini?Siapa Menteri Sumber Manusia: Fong Chan On. Kenapa ramai anak melayu(baca:kanak2) yang sakit kritikal (e.g: sakit jantung berlubang, hati) tak dapat bantuan. Masalah birokrasi, tiada peruntukan. Dalam media massa/elektronik ramai yang mati sebelum dapat rawatan. Orang Melayu tengok sahaja.
Lebih2 pun mengalir hati mata. Besok lupa. Siapa Menteri Kesihatan? Dulu Chua Jui Meng, sekarang Soi Lek. Pernah keluar berita anak cina mati tak dapat rawatan? Fikir2kan lah.

iii. Satu2nya peluang anak melayu adalah dalam pendidikan. Itupun sedang digugat sekarang. Ada kuota untuk mrsm, matrikulasi dan lain2. kenapa tak mintak kuota untuk pusat serenti? Di bidang pekerjaan, jabatan kerajaan kekosongan jawatan hampir tepu, swasta, jangan mimpilah anak melayu nak masuk kecuali milik melayu.iv. Betulkah pelajar melayu tidak bersungguh2? Mungkin ada tapi bukan majoriti. Ramai yang berminat belajar tapi tiada panduan. Yelah, waktu sekolah menengah, mrsm, matrikulasi ada orang jaga. Masuk U takde siapa jaga, bebas, kau-kau aku-aku. Di jabatan kerajaan lebih 80% adalah melayu/beragama Islam. Penglibatan semua pihak, makcik cleaner, pekerja am, pensyarah, para pegawai nc, tnc, universiti amat2 diperlukan.

Perlu satu anjakan model untuk mengubah segalanya. Kalau pelajar melayu kurang motivasi, kita beri motivasi, yang susah kita bagi bantuan. Majoriti anak melayu datang dari kampong dan keluarga susah, anak yatim. Tiada siapa yang pandang atau membantu. Dari segi psikologi rasa keseorangan. Akan menjadi seorang 'individualism'.

iv. Kenapa nak tolong pelajar melayu/islam. Kenapa nak manjakan mereka? Kenapa nak suap? Kenapa perkara yang sama orang cina buatkita tak cakap apa, memang budaya bangsa cina tolong menolong. Kenapa bila nak tolong bangsa sendiri kita cakap nak manjakan, nak suap. Tolonglah ubah pemikiran begini.vi. Memang penat dan payah nak tolong anak bangsa sendiri. Kadang2menyirap pun ada bila tiada sambutan yang baik. Tapi kita kena banyak bersabar. Benda baik banyak dugaan dan cabaran. Kalau maksiat tu senang sahaja buat sebab syaitan bagi lorong untuk permudahkan keje. Pelajar melayu akan berubah sedikit demi sedikit sikap mereka bila kita dapat buktikan jika mereka belajar bersungguh2, mereka akan dapat keputusan yang baik. Kira dorongan positif.

vii. Orang cina adalah golongan oportunis (berkepentingan). Kalaukita ada kepentingan, mereka akan baik, bodek bagus, muka manis. Cuba kalau kita takde kepentingan, pandang pun tak nak. Pengalaman seorang pensyarah senior: waktu belajar, student cina (satu kumpulan) ni cukup baik ngan saya. Boleh kata selalu jumpa kat bilik. Tunjuk minat untuk belajar, muka manis tersenyum 24 jam. Tapi bila dah bergraduat, selisih (face to face) kat shopping complex, sikit pun tak pandang. Pelajar melayu walaupunkurang berjaya, bila ada masa mereka datang melawat. Kalau kereta kita rosak tepi jalan anak2 melayu yang 'bodoh dan malas' inilah yang akan tolong tolak (berdasarkan pengalaman). Anak2 bangsa yang kita pandang rendah inilah saudara seagama kita. Pelajar2 melayu walaupun kita bagi 'D' atau 'F' sekalipun, bila berselisih insya-Allah takkan kedekut untuk memberi salam dan sedia membantu bila kita memerlukan.

viii.Orang melayu cuma akan sedar/insaf bila:
a. Bila datang dari keluarga susah. Mak ayah penoreh getah, nelayan. Kena berusaha bersungguh2 untuk berjaya dalam hidup.b. Bila masuk dunia pekerjaan (baca: swasta). Walaupunkita sama kelayakan dengan mereka (baca: bangsa cina), mimpilahkita akan dapat jawatan atau layanan yang setaraf dengan mereka.c. Bila kene tipu ngan cina, pernah tak kene tipu ngancina bila beli barang? Ya, banyak kali pulak tu. Beli rumah pun kene tipu. hari2 keluar berita. Masalah tak selesai2 pun. Siapa menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan? Ong Ka Ting (cina). Siapa pemaju perumahan? (Ong Ah Tipu - cina juga) Orang melayu memang dilahirkan untuk ditipu agaknya.d.Bila diri sendiri atau ahli keluarga dianiayai olehorang cina. Melayu adalah bangsa individualism. Bila tengok orang lain kene pukul, biaq pi la. Bukan keluarga aku yang kene. Tapi bila kene kat batang hidung sendiri baru tau nak marah.ix. Orang MELAYU perlu menjadi BANGSA YANG BERANI. Jangan takutdengan bangsa cina. Bangsa yang kurang ajar perlu dilayan dengan kurang ajar juga. Jangan takut. Kalau mereka ada samseng, kita ada askar dan polis. Orang melayu memang senang dipijak, pijak banyak kali pun takpe.
x. Ingat tak zaman darurat dulu. Parti Komunis Malayaditubuhkan untuk apa? Adakah untuk memerdekakan Malaya pada waktu itu? Tidak. Mereka menubuhkan Parti Koumintang untuk menguasai dari Tanah Besar Cina sehingga ke Indonesia. Tapi tak berjaya. Tapi usaha itu masih diteruskan dari sudut politik, ekonomi dan social. "Tanah Rizab Untuk Dipajak, Tanda Melayu Akan Dipijak". Arwah datuk (bekas pegawai tentera) pernah berpesan, kalau Singapura serang Malaysia, cina Malaysia akan membantu cina Singapura.Tak percaya? Kita tunggu...

Lirik - Warisan (Versi Tanpa Potongan)
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati,
bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

Zainudin Bin Hamid
Johor Bahru Showroom
Tel. : +6072226818
Fax : +6072276977
Mobile : +6012 2351361

Thursday, March 02, 2006

Kenapa Harga Minyak Naik - Renungkan

Pertama sekali abang kpd Perdana Menteri kita ia ituIbrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChefmenjadi supplier makanan kepada syarikat penerbanganMAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuksembilan bulan pertama 2005. Abang PM kita jualsebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?

Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telahmengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelanduit rakyat sebanyak RM300.0 Juta. Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernamaPatrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludinmenantu Perdana Menteri. Perlumbaan kapal layar taksampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta. Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu ditelan oleh orangyang sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu. Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarangsabsidi minyak di potong dan harga minyak nail 30 sensatu liter.

Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duitrakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikattelekom German ia itu Deutsche Telekom. Terpaksa bayarganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahubuat kontrak. Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidiminyak. Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asiapergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur keKuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orangsekeluarga. Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah danyang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat. Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja nak pergi balik dari KualaLumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (keretaProton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagisekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini bermaksudjumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balikdari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM300.

Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyakdi Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol. Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorongtanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam LebuhrayaUtara Selatan kita). aku tau ni sebab aku pernah studykat utara kedah 5 tahun.... Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta HondaCivic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murahdaripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand- tak ada AP di sana. Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yangperlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenalsebagai "AP King". Rasuah AP ini telah berlanjutanselama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yangterpaksa tanggung rasuah AP ini. Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yangdijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik hargasehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysiarugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan takcukup wang - maka potonglah sabsidi minyak. Maka naiklah harga minyak 30 sen satu liter.

Saya minta sila sebarkan maklumat ini kepadaseberapa ramai orang yang kita kenali. Maklumat inielok di jadikan sepanduk dan kain rentang untuk dikibarkan pada Hari Jumaat ini. Semoga Tuhan kita akanmelindungi rakyat Malaysia yang bersusah payahdaripada kejahilan dan kerakusan tamak halobaKerajaan. kau renung baik2..abis la kita terutamanyamelayu jadi mangsa melayu...