Friday, February 03, 2006

Polis gagal kurangkan kemalangan?

Setiap kali perayaan, semua anggota polis sibuk dengan OPS Sikap, sehinggakan cuti para anggota terpaksa dibekukan, namun statistik kemalangan terus meningkat dari tahun ke tahun. Pada pendapat saya, ini bukan kegagalan polis, polis sudah buat kerja mereka, penguatkuasaan telah dijalankan, yang salahnya sikap para pemandu Malaysia sendiri yang terlalu mementingkan diri sendiri.

Sebagai pengguna jalan raya di Malaysia, saya amat malu dengan sikap sikap pemandu negara saya sendiri. Sikap seperti potong Q, memandu perlahan di lorong kanan, memandu laju, tidak bertimbang rasa, mengekori terlalu rapat, seola olah menjadi tabiat semulajadi pemandu Malaysia. Polis tidak gagal dalam OPS Sikap ini, bagi saya, tanpa polis mungkin statistik kemalangan adalah 2 kali ganda dari statistik semasa.

1 comment:

Anonymous said...

Attitude pemandu menyumbang kepada statistic yang tinggi, faktor jalanraya juga mungkin menjadi penyebab.
http://drebar.blogspot.com