Tuesday, February 28, 2006

Minyak naik lagi

Isu minyak ni dah letih nak layan sebenarnya, kenaikan ini memang telah dijangkakan. Terpaksa lah kita menghadapinya dengan paksa rela. Kononnya kerajaan tidak lagi mampu menanggung kos subsidi yang meningkat dengan banyaknya.

Aku bukan nak tekan sangat tentang kenaikan harga minyak cuma aku nak tekankan 2 janji dari jabatan Perdana Menteri berasaskan kenaikan kali ini

  1. Kenaikan takkan berlaku lagi sepanjang tahun 2006
  2. The Prime Minister's Department also said the savings from the price increase would be used “to pay for development projects and improving the public transport system for the benefit of all people.”

Dengan ini kita tunggu dan lihat apakah 2 janji besar ini akan terlaksana, yang pertama tu memang boleh tunaikan, kita tengok bagi janji yang kedua tu.

Monday, February 20, 2006

Islam Di Ludah lagi

Islam diludah lagi, dan kali ini berlaku di negara kita yang tercinta ini.

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa minta di"tiada"kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau takdak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?

Dan beberapa lagi perkara yang bercanggah, anda boleh merujuk majalah Millenium Muslim.

Monday, February 06, 2006

Karikatur Nabi Muhammad

Marah, benci, geram itulah perasaan umat islam seluruh dikala tersiarnya karikatur yang menghina nabi Muhammad khususnya dan umat islam amnya. Barat memang sengaja mahu menimbulkan kemarahan kita umat islam, dan kita memang marah dan memang benci dengan apa yang telah dilakukan kepada kita.

Isunya, apa yang harus kita buat sekarang? Berdiam diri? Ambil jalan selamat? Kalau kita ambil jalan selamat, nampaknya kita akan cuma selamat di dunia. Apa kita nak jawab diakhirat kelak bila ditanya kenapa kita berdiam diri tatkala Rasul kamu dihina oleh kaum kafir, kenapa kita tidak bertindakbalas dengan apa yang telah dibuat kepada Al Quran junjungan kita. Nauzubillah kita tak boleh ambil jalan ini.

Islam telah mengajar kita cara menentang kejahatan dan kemungkaran. Pertama kalau kita mampu untuk mengangkat tangan kita memerangi mereka ini teruskan. Kedua kalau kita tidak mampu dengan tangan, gunakan lidah kita mengutuk dan mengeji perbuatan mereka itu. Dan di zaman teknologi sekarang kita boleh menggunakan blog, website dan sebagainya bagi mengutuk tindakan sial kaum kafir ini. Tindakan bodoh, laknat dan celaka kaum kafir ini memang tidak boleh dikompromi. Dan akhirnya kalau kita tidak berdaya untuk melakukan kedua dua cara di atas masih boleh menggunakan hati, iaitu dengan mengganggap perkara yang dilakukan oleh kaum kafir di Denmark ini menga dilaknati dan amat menjijikkan sekali. Namun ini adalah selemah lemah iman kita.

Oleh itu saudara seislam sekalian bangkitlah, bersatulah kita untuk memerangi mereka ini dengan salah satu cara diatas. Jangan biar mereka terus melayan kita seolah olah agama kita tidak bermaruah, kerana kalau kita biarkan ia terus berlaku, maka kita akan turut dilaknati Allah di dunia dan di akhirat kelak, Nauzubillah.

Allahhuakbar, Allahhuakbar Allahuakbar.

Friday, February 03, 2006

Polis gagal kurangkan kemalangan?

Setiap kali perayaan, semua anggota polis sibuk dengan OPS Sikap, sehinggakan cuti para anggota terpaksa dibekukan, namun statistik kemalangan terus meningkat dari tahun ke tahun. Pada pendapat saya, ini bukan kegagalan polis, polis sudah buat kerja mereka, penguatkuasaan telah dijalankan, yang salahnya sikap para pemandu Malaysia sendiri yang terlalu mementingkan diri sendiri.

Sebagai pengguna jalan raya di Malaysia, saya amat malu dengan sikap sikap pemandu negara saya sendiri. Sikap seperti potong Q, memandu perlahan di lorong kanan, memandu laju, tidak bertimbang rasa, mengekori terlalu rapat, seola olah menjadi tabiat semulajadi pemandu Malaysia. Polis tidak gagal dalam OPS Sikap ini, bagi saya, tanpa polis mungkin statistik kemalangan adalah 2 kali ganda dari statistik semasa.