Wednesday, January 04, 2006

Isu artis Malaysia

Isu artis Malaysia terlibat dengan dadah semakin menjadi jadi sekarang ini. Walaupun bukan semua artis tetapi oleh kerana segolongan yang terkantoi ni menyebabkan pandangan umum terhadap artis mula serong.  Sebenarnya bukan artis saja yang amik dadah nih, banyak lagi orang biasa yang ambil dadah tapi disebabkan oleh artis adalah public figure maka penglibatan artis dalam gejala dadah adalah amat serius.

Golongan Public Figure sepatutnya menjalankan tatasusila hidup yang baik dan sihat supaya ia menjadi ikutan para peminatnya yang terdiri daripada golongan dewasa, remaja mahupun kanak-kanak. Kesedaran harus timbul kepada golongan yang menjadi public figure ini. Mereka patut sedar apa yang mereka buat berkemungkinan menjadi ikutan para peminatnya.

Bila ditanya kepada golongan artis, mereka akan jawab. “dekat luar tu byk gak yang isap dadah bukan artis saja”. Memang betul tapi anda sebagai artis yang glamour tak patut buat demikian. Kalau nak jadi glamour mestilah bertanggung jawab. Bila anda jadi terkenal anda harus berkorban mengawal diri anda bukan untuk anda sahaja malah untuk orang lain yang meminati anda.

No comments: