Wednesday, January 25, 2006

Antara Penipu Dan Penderma

Kes Dr Ellie sedang hangat diperkatakan. Seorang jutawan yang ingin mendermakan sebahagian daripada kekayaannya kepada MAKNA, akhirnya diberkas oleh polis kerana beberapa kes penipuan termasuk kes pemalsuan dokumen perkahwinannya.

Isu sebegini memang laris., namun adakah kita mengambil sesuatu sebagai teladan atau sempadan dari isu isu yang timbul. Isu pemalsuan sijil perkahwinan, isu ini memang beri satu tamparan majlis agama Islam dan kerajaan umumnya. Bagi aku sudah berapa lama ICT bertapak dinegara kita data data penting seperti maklumat perkahwinan dan maklumat perubatan masih tidak centralized. Even MyKAD yang digembar gemburkan tu pun tak dapat mengesan status perkahwinan seseorang individu. Daripada menghabiskan duit menghasilkan MyKAD dan menyusahkan rakyat untuk menukar IC ke MyKAD, lebih baik bangunkan sistem centralized maklumat rakyat dengan lebih efisyen. Sebenarnya jalau sistem kita dah centralized Tak perlu bawa MyKAD, Cuma bekalkan PBT dengan Device untuk semak maklumat rakyat menerus network. Tak payah tukar MyKAD pun boleh.

Berbalik kepada tajuk di atas. Kalau betul Dr Ellie ini penipu, kiranya dia Penipu yang ada juga baiklah sebab dia teringin gak nak buat amal jariah. Tapi kalau ikut memang tak guna satu sen pun dia punya amal tu disisi tuhan. Tapi bagi aku lagi busuk orang yang menerima rasuah sebab ada kuasa untuk meluluskan projek juta juta, walaupun projek itu kadang kadang tak best pun malah ada yang membahayakan nyawa rakyat. Dah lah terima rasuah pastu takdak teringin langsung nak menderma. Yang menjadi mangsa, seperti biasa rakyat marhain pembayar cukai.

No comments: