Thursday, December 08, 2005

Pilihanraya : PAS vs BN

Akhirnya, seperti yang kita ketahui, BN menang dalam pilihanraya kecil di Kelantan dengan majoriti yang kecil. Sebenarnya aku tak kisah siapa yang menang, yang penting orang yang diberi mandat tu kenalah betul betul memikul tanggung jawab yang telah diberikan. Jangan jadi ayam menang kampung tergadai sudah.

Yang sering menjadi isu dalam pilihanraya di Malaysia kebelakangan ini adalah isu pengundi hantu. Semalam, jawapan yang mamat yang handle pilihanraya tu beri, bagi aku amat mendukacitakan. Patutkah, bila ditanya kenapa ada wujudnya nama orang yang dah mati dalam senarai pengundi, dia jawab "Kita tak tahu kalau Jabatan Pendaftaran Negara tak bagitau kita ada orang yang dah mati kita tak tahulah". Bagi aku benda ini tak patut berlaku lagi. Sebab isu ini dah banyak kali ditimbulkan tapi belum ada tindakan susulan Tak boleh fikir kah jalan untuk diselesaikan. Kalau dah tahu cara lama ada masalah, cuba la cari cara baru untuk update senarai pengundi tu. Ini tidak maintain juga dengan cara lama. Memang lah tak akan selesai.

Apapun bagi Parti PAS anggaplah kekalahan ini sebagai satu titik tolak untuk mencari apa kelemahan parti anda, dan pada BN yang menang tunailah janji-janji yang telah dibuat semasa berkempen dan berilah komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pengundi anda.

No comments: