Thursday, December 29, 2005

Penukaran MyKAD

Sekarang ni rakyat malaysia sibuk nak tukar IC lama kepada MyKAD maklumlah minggu terakhir utk tukar secara percuma.

Semalam kementerian cakap sapa yang ada IC lama masih boleh guna dalam urusan rasmi, kalau dah boleh guna lagi yang lama buat apa nak buat dateline utk tukar secara percuma. Teruskanlah buat tukar secara percuma sampai betul betul 100% IC lama tu takleh guna lagi. Adakah alasan kena bayar ini sebab nak pau duit rakyat yang kerajaan sendiri tahu suka buat last minute. Kalau ikut logik aku lah kan, kalau ikut takyah pun charge tukar MyKAD tu, sebabnya kalau orang tu tak tukar dia tak bleh buat urusan rasmi le. So nak taknak bila dia nak berurusan dia kena gak buat MyKAD. Cthnya masa penukaran BankCard dulu. At last semua orang kena tukar gak kan? So bab bab bagi free untuk masa tertentu ni memang kesempatan besar la nak charge rakyat sebenarnya.

Lagi satu MyKAD tu sebenarnya just membolehkan certain data/maklumat di bawa didalam kad tu. So dalam masa yang sama untuk Bank/Organisasi baca data tu kena ada device yang dibekalkan oleh vendor MyKAD tu lah kan. Ish ish.. byknya duit vendor tu dapatkan? Jual MyKAD tu kat kerajaan RM1 katakan darab dengan 25 Juta rakyat Malaysia perhh dah RM 25 juta kan? Belum campur harga device untuk baca maklumat dalam MyKAD, Service & Maintainence.

Kenapa kita tak maintain data dekat server then organisasi tertentu boleh akses maklumat tertentu melalui network kat server tu. Kalau buat camtu tak payah tukar MyKAD tak payah beli reader/device utk baca kad tu. Boleh pakai je barcode yang ada kat belakang IC lama tu. takpun nombor IC tu jadi primary key dia. Hmm mungkin kalau buat camni, vendor tu tak dapat le jual MyKAD tu.

Entahlah itu just cetusan dari kepala otak aku. Aku bukan anti kerajaan cuma, rakyat malaysia yang curious.

No comments: