Wednesday, December 07, 2005

Keganasan : Apa definasinya?

Isu keganasan memang telah muak kita mendengarnya. Di mana sahaja  kita lihat, kita baca, kita tonton mesti ada sekurang kurangnya 1 cerita keganasan. Apa sebenarnya keganasan? Definasinya tentu berbeza-beza. bagi George Bush Laknat, sudah tentu mempunyai definasi yang berbeza dengan definasi keganasan bagi Saddam Hussein.
 
Fikirkan bagi situasi ini:
Negara anda sedang dijajah ditindas, tidak ada jalan lain bagi anda untuk melawan penjajah kecuali dengan menaiki kereta yang memiliki bom ke kawasan kem penjajah dan meletupkannya.
 
Fikirkan pula situasi ini:
Anda mempunyai askar yang kuat dan berjaya menduduki sebuah kawasan yang bukan milik anda. Anda menangkap orang yang cuba menentang anda. Satu hari seorang penentang memasuki ke kawasan kem anda dengan sebuah kereta yang mempunya bom dan meletupkan kawasan anda menyebabkan 2 askar anda terkorban.
 
Fikirkan situasi berikutnya:
Anda ingin menangkap seorang penjenayah dalam satu kawasan. Anda mengunakan sebutir bom yang mengakibatkan 50 orang terbunuh termasuk penjenayah yang dikehendaki. Anda berjaya menumpasakan penjenayah tersebut.
 
Dalam 3 situasi di atas anda bolehkah anda memberi definasi yang tepat apa itu keganasan.

No comments: