Wednesday, December 14, 2005

AIDS : Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Kalau mengikut statistik, yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan kita baru baru ini. Peningkatan pengidap AIDS dan pembawa HIV amat membimbangkan. Sebenarnya AIDS dapat mengukuhkan peribahasa 'Mencegah lebih baik dari mengubati', ini kerana memang tiada lagi vaksin yang ditemui untuk mengubati penyakit ini, jadi langkah pencegahan mestilah dilakukan dengan penuh kesungguhan.

Kerajaan telah menjalankan kempen pemberian kondom pada pekerja seks dan jarum suntikan kepada penagih dadah sebagai langkah pencegahan. Isunya, apakah keberkesanannya? Kalau kita lihat di negara yang telah mengamalkan langkah ini, tidak ada penurunan yang berlaku. bagi aku ini adalah satu pembaziran, kerana langkah yang paling betul adalah balik kepada ajaran Islam kita. Kita sendiri tahu punca utama ialah melalui seks rambang dan gejala dadah. Semuanya ditegah oleh islam, ini adalah penyakit sosial. dan langkah mencegahnya juga harus dipandang melalui permasalahan sosial kita. Untuk melakukan sek di luar perkahwinan biasanya bermula dari pergaulan yang bebas, pergaulan tanpa batas batas agama. Jadi dengan menjalankan undang2 islam secara menyeluruh dapat menyekat gejala sosial dari terus merebak. Kerajaan kita yang Islam secara majoritinya tidak pernah cuba untuk menggunakan Islam secara total, sedangkan mereka tahu ia dapat mengatasi masalah ini.

No comments: