Thursday, December 29, 2005

Penukaran MyKAD

Sekarang ni rakyat malaysia sibuk nak tukar IC lama kepada MyKAD maklumlah minggu terakhir utk tukar secara percuma.

Semalam kementerian cakap sapa yang ada IC lama masih boleh guna dalam urusan rasmi, kalau dah boleh guna lagi yang lama buat apa nak buat dateline utk tukar secara percuma. Teruskanlah buat tukar secara percuma sampai betul betul 100% IC lama tu takleh guna lagi. Adakah alasan kena bayar ini sebab nak pau duit rakyat yang kerajaan sendiri tahu suka buat last minute. Kalau ikut logik aku lah kan, kalau ikut takyah pun charge tukar MyKAD tu, sebabnya kalau orang tu tak tukar dia tak bleh buat urusan rasmi le. So nak taknak bila dia nak berurusan dia kena gak buat MyKAD. Cthnya masa penukaran BankCard dulu. At last semua orang kena tukar gak kan? So bab bab bagi free untuk masa tertentu ni memang kesempatan besar la nak charge rakyat sebenarnya.

Lagi satu MyKAD tu sebenarnya just membolehkan certain data/maklumat di bawa didalam kad tu. So dalam masa yang sama untuk Bank/Organisasi baca data tu kena ada device yang dibekalkan oleh vendor MyKAD tu lah kan. Ish ish.. byknya duit vendor tu dapatkan? Jual MyKAD tu kat kerajaan RM1 katakan darab dengan 25 Juta rakyat Malaysia perhh dah RM 25 juta kan? Belum campur harga device untuk baca maklumat dalam MyKAD, Service & Maintainence.

Kenapa kita tak maintain data dekat server then organisasi tertentu boleh akses maklumat tertentu melalui network kat server tu. Kalau buat camtu tak payah tukar MyKAD tak payah beli reader/device utk baca kad tu. Boleh pakai je barcode yang ada kat belakang IC lama tu. takpun nombor IC tu jadi primary key dia. Hmm mungkin kalau buat camni, vendor tu tak dapat le jual MyKAD tu.

Entahlah itu just cetusan dari kepala otak aku. Aku bukan anti kerajaan cuma, rakyat malaysia yang curious.

Friday, December 16, 2005

Kadar Elektrik Naik 10% Tahun Depan

Lagi satu kos keperluan asas kita dinaikkan. Kalau dulu kita bayar RM 70 utk bil letrik, tahun depan dah RM 77, kalau dulu kita boleh simpan RM 50 sebulan tahun depan RM 43 saja. kadar inflasi kita dah meningkat. Sepatutnya bagi yang makan gaji kena ada kenaikan gaji, kalau takdak alamat kena lah cut cost sini sikit sana sikit bagi melancarkan kehidupan dgn kenaikan taraf hidup di Malaysia.

Rujukan www.utusan.com.my

Wednesday, December 14, 2005

AIDS : Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Kalau mengikut statistik, yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan kita baru baru ini. Peningkatan pengidap AIDS dan pembawa HIV amat membimbangkan. Sebenarnya AIDS dapat mengukuhkan peribahasa 'Mencegah lebih baik dari mengubati', ini kerana memang tiada lagi vaksin yang ditemui untuk mengubati penyakit ini, jadi langkah pencegahan mestilah dilakukan dengan penuh kesungguhan.

Kerajaan telah menjalankan kempen pemberian kondom pada pekerja seks dan jarum suntikan kepada penagih dadah sebagai langkah pencegahan. Isunya, apakah keberkesanannya? Kalau kita lihat di negara yang telah mengamalkan langkah ini, tidak ada penurunan yang berlaku. bagi aku ini adalah satu pembaziran, kerana langkah yang paling betul adalah balik kepada ajaran Islam kita. Kita sendiri tahu punca utama ialah melalui seks rambang dan gejala dadah. Semuanya ditegah oleh islam, ini adalah penyakit sosial. dan langkah mencegahnya juga harus dipandang melalui permasalahan sosial kita. Untuk melakukan sek di luar perkahwinan biasanya bermula dari pergaulan yang bebas, pergaulan tanpa batas batas agama. Jadi dengan menjalankan undang2 islam secara menyeluruh dapat menyekat gejala sosial dari terus merebak. Kerajaan kita yang Islam secara majoritinya tidak pernah cuba untuk menggunakan Islam secara total, sedangkan mereka tahu ia dapat mengatasi masalah ini.

Thursday, December 08, 2005

Pilihanraya : PAS vs BN

Akhirnya, seperti yang kita ketahui, BN menang dalam pilihanraya kecil di Kelantan dengan majoriti yang kecil. Sebenarnya aku tak kisah siapa yang menang, yang penting orang yang diberi mandat tu kenalah betul betul memikul tanggung jawab yang telah diberikan. Jangan jadi ayam menang kampung tergadai sudah.

Yang sering menjadi isu dalam pilihanraya di Malaysia kebelakangan ini adalah isu pengundi hantu. Semalam, jawapan yang mamat yang handle pilihanraya tu beri, bagi aku amat mendukacitakan. Patutkah, bila ditanya kenapa ada wujudnya nama orang yang dah mati dalam senarai pengundi, dia jawab "Kita tak tahu kalau Jabatan Pendaftaran Negara tak bagitau kita ada orang yang dah mati kita tak tahulah". Bagi aku benda ini tak patut berlaku lagi. Sebab isu ini dah banyak kali ditimbulkan tapi belum ada tindakan susulan Tak boleh fikir kah jalan untuk diselesaikan. Kalau dah tahu cara lama ada masalah, cuba la cari cara baru untuk update senarai pengundi tu. Ini tidak maintain juga dengan cara lama. Memang lah tak akan selesai.

Apapun bagi Parti PAS anggaplah kekalahan ini sebagai satu titik tolak untuk mencari apa kelemahan parti anda, dan pada BN yang menang tunailah janji-janji yang telah dibuat semasa berkempen dan berilah komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pengundi anda.

Wednesday, December 07, 2005

Keganasan : Apa definasinya?

Isu keganasan memang telah muak kita mendengarnya. Di mana sahaja  kita lihat, kita baca, kita tonton mesti ada sekurang kurangnya 1 cerita keganasan. Apa sebenarnya keganasan? Definasinya tentu berbeza-beza. bagi George Bush Laknat, sudah tentu mempunyai definasi yang berbeza dengan definasi keganasan bagi Saddam Hussein.
 
Fikirkan bagi situasi ini:
Negara anda sedang dijajah ditindas, tidak ada jalan lain bagi anda untuk melawan penjajah kecuali dengan menaiki kereta yang memiliki bom ke kawasan kem penjajah dan meletupkannya.
 
Fikirkan pula situasi ini:
Anda mempunyai askar yang kuat dan berjaya menduduki sebuah kawasan yang bukan milik anda. Anda menangkap orang yang cuba menentang anda. Satu hari seorang penentang memasuki ke kawasan kem anda dengan sebuah kereta yang mempunya bom dan meletupkan kawasan anda menyebabkan 2 askar anda terkorban.
 
Fikirkan situasi berikutnya:
Anda ingin menangkap seorang penjenayah dalam satu kawasan. Anda mengunakan sebutir bom yang mengakibatkan 50 orang terbunuh termasuk penjenayah yang dikehendaki. Anda berjaya menumpasakan penjenayah tersebut.
 
Dalam 3 situasi di atas anda bolehkah anda memberi definasi yang tepat apa itu keganasan.

BLR (Base Lending Rate) Naik

Setelah beberapa tahun BLR berada di paras 6.00%, kini beberapa bank (BCB, Maybank,Citibank)telahpun mengisytiharkan BLR naik sebanyak 0.25% menjadi 6.25%. Agak malang bagi saya kerana baru sahaja mula buat pinjaman untuk membeli rumah. Dalam keadaan sekarang ini hampir semua harga bahan bahan asas telah naik, menjadikan perbelanjaan meningkat, namun kebanyakan sumber kewangan individu masih ditakok lama. Sama-sama lah kita mencari jalan untuk mempertingkatkan pendapatan bulanan kita.

Wanita China Dibogelkan Polis

Isu tentang salah laku polis memang sering menjadi bahan panas dimana jua anda berada. Biasanya ia hanya menjadi high profile bila ia dibangkitkan oleh orang orang yang berpengaruh dan melibatkan media utama seperti TV. Kalau kita lihat kes kes sebelum ini, seperti seorang remaja dibelasah oleh polis kerana dituduh mencuri siasatan yang dijalankan amat perlahan. Tapi boleh dikira agak cepat itupun disebabkan bapa kepada remaja itu menggunakan media. Apa pula yang berlaku jika rakyat yang didera pihak polis dan dia melaporkannya kepada pihak polis sahaja tanpa pergi kepada media? Agaknya kes itu hanya akan selesai selepas 3 4 tahun, dan mungkin juga kes itu takkan selesai sampai hari kiamat.