Tuesday, March 05, 2013

Lahad Datu : Gendang penyatuan untuk rakyat Malaysia

Insiden yang sedang berlaku di Lahad Datu ketika ini menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran jika dilihat dengan lebih dalam. Namun adalah lebih baik bagi kita untuk tidak menuding jari mencari salah orang lain dalam menangani insiden ini.

Apa yang lebih penting, insiden ini adalah satu ruang  untuk menyeru penyatuan seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa jua fahaman politik yang dipegang. Kita lihat bagaimana Amerika yang menggunakan tragedi 911 utk menyatupadukan rakyatnya.

Kepada parti parti politik yang sibuk menuding jari menyalahkan satu sama lain, berhentilah.. tak kira dari BN mahupun PR.. hentikan menggunakan isu ini untuk meraih sokongan. Mual dan jijik bila melihat anda bertikam lidah menuduh itu dan ini. Kamu umpama 2 beradik yang bertelagah merebut harta pusaka sedangkan bapa kamu masih nazak di hospital.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sama bersatu hati bagi menangani isu ini. Berilah sokongan moral dan apa jua bentuk bantuan yang termampu kepada perwira perwira kita di medan perang. Kita doakan agar isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Berilah kerjasama yang sepatutnya.

Bila isu ini sudah ditangani nanti, barulah kita siasat puncanya, dan perbaiki kelemahan kelemahan yang ada supaya ia tidak berulang. Jika ada pengkhianat atau dalang yang menjadi puncanya, hukumlah mereka dengan hukuman yang setimpal tidak kira sebesar manapun pangkatnya.

Al Fatihah buat perwira perwira kita  yang terkorban dalam insiden ini. Dan iringan doa buat mereka yang sedang bertungkus lumus menangani pencerobohan ini. 

Monday, March 05, 2012

Antara Israel dan Malaysia, kita jatuh tangga..

Sejak anwar ibrahim mengeluarkan kenyataannya mengenai keselamatan israel, setiap hari ulasan ulasan mengenainya keluar di media media mengecamnya, sehinggalah hari ini Tun M juga diseret kedalam isu ini. Sebenarnya sedar atau tak, sememangnya negara ini sudah lama hubungan dengan israel tapi secara tidak langsung. Walaupun secara tidak langsung ia menang memberi impak kepada kedudukan negara kita diatas muka bumi ini. Aku bukan nak heret isu ini kearah teori konspirasi tapi itulah yang berlaku. "TRUTH IS HURT". Kalau benar bencikan israel, kita juga perlu menutup hubungan kita dengan amerika dan uk yang juga adalah sekutu kuat israel, penyembelih umat islam dunia.


Jadi apa kejadahnya kita nak melompat bila tiba2 isu israel ini timbul? Apa kata kita fokus apa yg membuat mereka mereka ini amat memerlukan israel dan sekutunya amerika. Sedar atau tak isu ini dibangkitkan hanya untuk politik hampeh kedua dua pihak. Perhati dengan teliti kedua dua pihak yang respon kepada isu ini memang jelas hanya untung kepentingan politik atau periuk nasi masing2. Si anwar mungkin buat statement tu nak menunjukkan kepada dunia yang dia lah pemimpin terbaik utk malaysia. Untuk membodek sekutu kutu israel memberi bantuan kewangan apabila memerlukannya kelak. Geng geng BN pula membalas kononnya sayangkan palestin tapi sebenarnya cuma bertujuan menempelak musuh politik mereka dan berharap pengundi beralih kepada mereka.


Kalau benar lah palestin yang puak puak ni bela, lupakan perbezaan politik dan plan sama sama cam na nak bantu palestin atau nak musnahkan israel. Takkan buatnya kan? So tak payah lah berkobar sangat. Bunag masa dan menjelekkan ja. Tanggungjawab kat negara sendiri pun masih kucar kacir pastu nak tunjuk hero bela orang lain. Yg puak nak sokong israel ni plak satu hal, sibuk dengan orang lain sedangkan keselamatan negara yang kamu duduk ni pun masih tak ketentuan halanya.


Tak ada ke sekumpulan manusia yang teringin sgt memerintah Malaysia ini mempunyai yangbenar2 ikhlas nak memajukan negara dan membela agama Allah di muka bumi ini? Dulu Mmg takdak pilihan, lepas dia.. dia gak yg perintah.. bila di beri alternatif pun sama ja 2 x 5. Nampaknya tak lama lagi negara ni nak jadi cam negara negara arab, macam bom jangka ja..kalau BN menang.. slow sket... kalau PR menang .. maybe cepat sket rakyat rakyat sedar dari tidur yang lena...


Bangun lah dari tidur dibuai mimpi yang indah itu


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 10, 2012

Tentang Bulan

Jika anda berminat mengikuti artikel mengenai Teori Konspirasi, Sila ikuti link di bawah. Semoga ia dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan.

http://re-matrix.blogspot.com/p/tentang-bulan.html

Monday, January 09, 2012

DS Anwar bebas, Hasan Ali pun bebas

Hari ini mungkin ramai yang terkejut apabila mahkamah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat Saiful. Tidak kurang juga yang bergembira apabila mendengar keputusan mahkamah itu. Aku cuba memberi komen dari 2 sudut berbeza ini.

Di sudut BN, ia adalah satu bonus point kepada mereka. Ini kerana ia setidak tidaknya membersihkan sedikit ketidakpercayaan rakyat  kepada badan kehakiman. Secara tidak langsung dapat membersihkan tuduhan rakyat yang BN menggunakan institusi ini untuk membunuh musuh politiknya.Walaubagaimana pun ada juga yang berada disebelah pihak PR, mereka boleh menyangkal hal ini dengan mengatakan, keputusan membebaskan Anwar ini juga disusun oleh BN yang ingin meraih populariti. Ini dikuatkan lagi dengan hujah keputusan pihak polis membenarkan perhimpunan ada kaitan dengan pembebasan Anwar, iaitu meraih populariti dari situasi yang dicipta sendiri oleh PR.

Populariti PR agak tercalar dengan kuputusan PAS menyingkirkan Dr Hasan Ali. Jika BN terlibat dalam perancangan ini, ia adalah satu tindakan yang strategis oleh politikus dalam BN. Kenapa bagi aku ia mencalarkan kredibiliti PR terutamanya PAS? Ini kerana sejak sekian lama PAS memperjuangkan penubuhan negara Islam tapi bila ahlinya bersuara untuk meneruskan perjuangan itu dengan lantang, beliau disingkirkan, walaupun sebenarnya bagi aku dia disingkirkan bukan kerana keinginannya untuk meneruskan perjuangan menegakkan Negara Islam, tapi itulah yang pandangan orang ramai tentang insiden penyingkiran ini.

Walau apa pun kisah kedua dua isu terhangat ini, aku masih yakin apa yang berlaku didepan mata ini langsung tidak menjanjikan apa apa. Penyokong dari kedua-dua pihak seolah olah terus khayal dengan isu isu pertelingkahan antara 3 parti terbesar orang Islam-Melayu ini. Pemimpin pemimpin seolah olah sengaja membiarkan keadaan ini terus berlaku. Tidak ada yang betul betul ingin mengukuhkan ikatan antara orang Islam di negara ini. Adakah ini sengaja dibiarkan atas arahan pihak "tertentu"? Atau terlalu asyik untuk menjarah hasil kekayaan bumi bertuah ini? Apapun aku yakin ada pihak yang sedang tersenyum dan ada juga yang tertawa melihat keadaan umat Islam-melayu di Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia  khususnya umat islam dan yang bukan Islam amnya, lihat lah sekeliling anda, berfikirlah dengan lebih luas, kerana hari yang dijanjikan, pasti akan tiba jua.

Wallahualam.

Saturday, January 07, 2012

Perhimpunan "halal" 901 diberi permit

Nampaknya polis bertindak agak bijak dengan memberi permit bersyarat kepada penganjur perhimpunan ini. Mungkin agak sukar bagi pihak penganjur untuk 100% tidak melanggar syarat syarat yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh mereka.

Pada aku, tindakan pihak polis ini sedikit sebanyak menaikkan reputasi mereka. Secara psikologi, manusia amat gemar kepada perkara perkara yang dilarang. Bila pihak polis kata.."Jangan menghadiri perhimpunan.." menyebabkan golongan yang semenangnya suka buat benda yang dilarang ini akan bersemangat untuk hadir. Secara tidak langsung tindakan memberi permit ini mungkin akan mengurangkan bilangan mereka yang akan hadir.

Dalam masa yang sama, ada tekanan daripada pihak penganjur. Ini kerana bilangan orang yang hadir nanti akan menjadi ukuran sebenar tahap sokongan rakyat terhadap mereka. Apapun mereka semestinya sudah menyediakan jawapan jika bilangan penyokong yang hadir nanti tidak sebanyak yang mereka jangkakan.

Syabas kepada pihak polis atas keputusan bijak ini, dan good luck kepada penganjur.